Thursday, August 19, 2010

Ramadhan Al-Mubarak.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh *penuh tuu, sila jawab penuh jugak ye :)

harini dah masuk hari ke10 kita berpuasa.
baru hari ke10? 
napa aku rasa dah lama?
haihh, ni mesti sebab pikir nak raya jaaa.
tak baik laa wehh.
tapi kena pikir jugak nak raya ni. kan? kan? HAHA
nak makan serunding, ketupat, kuih rayaaa.
kasut raya tak beli lagi, shawl raya, accesories raya.
wahhhhh.
ni melebih lebih punya pikir ni.
baru masuk minggu ke2 puasa.
lambat lagi rayaaaa. 

jadi, mari berpatah balik kepada tajuk asal. *sila tarik gear 'reverse' kereta anda. HAHA

tahukah anda?
setiap malam kita buat tawarih, eh terawih 
setiap malam ada ganjarannya? 
tahu? tahu?
kalau dah tahu punn nak bagitau jugak ! haha.
 
TAK MALUU.

kalau dah tahu ganjaran-ganjaran yg kita akan dapat,
mesti kita rasa cam nak buat selalu dan taknak tinggal punn.
sebab sangat besar ganjarannya.

mari kita tengok,
bermula dengan malam kesepuluh tau ;

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada
kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan
bersih dari dosa seperti baru
dilahirkan.
Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari
kiamat dengan muka yang
bercahaya-cahaya.
Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman sentosa dari
sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang
menyaksikan mereka bersolat
Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan
menyesatkan mereka.
Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy
dan Kursi akan berselawat dan
mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari
kalangan mereka yang terlepas dari
api neraka dan dimasukkan ke dalam
syurga.
Malam ke 17

Allah S.W.T menuliskan baginya
pahala pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai
hamba Allah sesungguhnya Allah
telah redha denganmu dan dengan
kedua ibu bapamu (yang masih hidup
atau yang sudah mati).
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan
darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya
pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah mahligai di dalam syurga
yang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman dari sebarang
huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah bandar di dalam syurga
daripada cahaya.
Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang
untuk dua puluh tahun ibadat bagi
orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa
kubur darinya.
Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala empat puluh tahun ibadat
bagi orang-orang yang mengerjakan
solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya kemudahan untuk
melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan
kedudukannya seribu darjat di
akhirat.
Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seribu haji yang
mabrur.
Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi
penghormatan kepada orang yang
bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang
bermaksud): Wahai hambaku!,
makanlah segala jenis buah-buahan
yang Engkau ingini untuk dimakan di
dalam syurga dan mandilah kamu di
dalam sungai yang bernama salsabil
serta minumiah air dari telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

lihat, lihat.
best kann ? :D
kalau tak busy, jum la kita bertarawih !
tak rugi punn.
upin ngan ipin punn pergi. 
 cumel :)

thats all,
byebye ;)

No comments:

Post a Comment

Bebel di kotak ini ;