Wednesday, August 25, 2010

ikan SPA yg comel.


Assalamualaikum.
hai hai hai. *sambil lompat lompat bintang.

saya ada satu soalan.

penah dengar tak pasal ikan spa?
ikan tuu pandai urut urut org.
dia pandai buat facial muka jugak.

HAHAHA

kena tipuuu !
mana ada lahhh.
ikan spa tuu kan, macam ni
nampak tak? nampak tak?

ikan ni makan org tau tak ?
dia suka gigit, sampai darah darah. pastu makan semua tulang tulang orang.
OK, TIPU JA ! :D

harituuu, aku buat spa ikan ni tahu tak ? tahu ?
mesti la tak tahu kann ? haha.
spa tuu 10 minit jaaa.
tapi, sangat malang.
aku ngan member aku masa mula mula nak masukkan kaki tuuu..
rasa sangat gelii. euwwww.
ikan tuu macam gigit gigit. padahal dia takda gigi punn.
dah habis 5 minit baru boleh nak letak sikit.
tuu pun letak sikit sikit jaaa.
dah ikan tuu asyik nak gigit jaaaa.
aku asyik tendang tendang ja ikan tuuu.
nasib baik tak mati ikan ikan tuuu. haha
aku ada nampak ikan yg aku tendang tu tergulling guling.
mesti dia cakap :

" memang la malang nasib aku jadik ikan ni. asyik kena tendang. bila aku dah besar nanti aku nak tendang balik manusia ni "

elehh ikan ni, ada hati nak tendang orang kannn ?
kalau dia besar nanti punn tak boleh tendang lagi laaa.
HAHA *gelak setan dengan tanduk sepanjang 2 meter.
pelik tak ?
macam mana ikan ni boleh rasa nak gigit kaki orang ?
apa yg sedapnya ?
kaki busuk busuk bau setokin tak basuh sebulan pun dia berebut rebut nak gigit wehhh.
ramaaaaaaaaaaaaaiiii, semua nak gigit kaki akuu. KEJI !
banyak sangat benda kotor kat kaki, macam tuu laa. HAHA.

tapi sedih laa, gambar kat sana semua tak clear.
kakak ikan tuu laaa, dia nak tolong ambikkan gambar.
tapi...
TAK CLEAR LANGSUNG !

tak best laaa.
tapi kakak tuu baik.
" takpalaa kakak, saya maafkan awak "
baiknyaaa saya. auuwww ;)
tengok, tak clear kan?
sedih :(

takpalaa, at least ada jugak bukti.
tak tipuuuuuu. hee ~ 
* bangga :D
lepas dah putih bersih kaki kami,
kami punn berangkat pergi ke F.O.S
F.O.S tuu baru dibuka kat Nilai.
Lepas dia bukak, semua orang Nilai bangga. HAHA
Dah laaaa aku ngan Maz masuk F.O.S tuuu dengan  barang Giant penuh tangan.
aku lagi best, pegang satu tray telur ok wehh.
bawakk ja pusing satu F.O.S tuu.
orang tengok pelik jaaa. haha
tapi takpaaa, aku buat jelaaa muka tak bersalah.
aku pegang telur jaa pon, bukan pegang dadah mahupun roti canai =_="
masa tengah usya usya tuuu,
aku nampak satu cardi yg sangat cantik.
kaler merah, ada button button.
ahhh, cakap saja tak best.
nah tengok gambar.

pejam mataaa.

1
2
3

and,
taraaaa !
cantik tak?
kaler dia terang dan menawan !
kalau pakai ngan dress mesti cumel gilaaa.

SUMPAH ! :)

harga dia punn RM15 jaaa.
tapi aku tak beli.
kenapa tahhh.
haaa, sebab aku takda dress kaler merah ataupun baju yg sesuai untuk pakai ngan cardi ni.
so, aku tak beli lagi.
*alaaaa, cakap jelaaa takut duit habis. kedekut punya hidayah.
tapi, membazir tuu kan amalan SYAITAN DURJANA ! :D
bagus tindakan awak, Hidayah.
sila berbangga. 
*terus rasa cam nak pecahkan semua telur yg aku pegang tuuu. HAHA

dann, itulah cerita untuk hari ini.

thats all, 
byebye.

p/s : tak suka naik teksi pergi Giant, dah la mahal. buat habis duit akuu jaaa :(

Saturday, August 21, 2010

rugi.RUGI.rugi.



Assalamualaikum semuaaa.
dah pukul berapa ni, tapi aku tak tidur lagi. 
*buat pelik pulak, padahal dah biasa jaa.
yelaaa, weekend ka. sapa nak tidur awal? kau nak?

huhh, tak punyalaaahhh.

tapi aku sangat teruk, kalau time ada kelas punn tidur lambat.
ni kan pulak weekend. laaaaagi lambat laaa. haha
pastu bila bangun pagi nak pergi kelas rasa sangat malas dan ngantuk gila !
rasa cam nak escape jaa kelas pagi tuu.
dan sangat berharap dapat meseg ;

'hello guys, we have no class for today. please sleep tight until noon'

wahhhh, bestnyaaa. boleh melingkar dalam selimut dan peluk bantal sampai tertonggek tonggek. 

HAHA

macam hari jumaat harituuu.
kelas tak cancel punn.
tapi pagi tuuu,

madi kejut :

madi : dayah, bangun sat. tengok sini, nak cakap. (dengan suara serious)
dayah : hmm. (pusing tepi tengok madi dengan muka mengantuk dan mata macam mata apek kedai convinience yang cumel)
madi : jumm, kita skip kelas grammar nak?
dayah : haaa ? (terus terbulat mata). betul ni ?
madi : yup !
dayah : .. (tanpa berkata apa apa, terus ambik handset dan 'turn off' kan alarm) zzzz..

dahsyatkann? tanpa banyak soal. HAHA.

tapi kann, tak lama lepas tuu. (lama la jugak sebab aku bangun dah kul berapa) masa aku tengah online facebook, syira(gambar kat atas) post kat wall aku ;

" incik,buat pengetahuan incik. incik dan miss madihah telah kehilangan 5 markah. ini kerana kekangan mase incik utk pergi ke class pagi td. no extra quiz 4 those who are absent..kate miss nita to her students,harap maklum " 

and

" avoid overslept!! "

 

dua sekali dia post !

memang la dia semangat. haha.

memula aku tak kisah sangat.

tapi, bila lama lama aku pikir balik.

haihhh, rugi tahu? 5 markah pulak tuu. banyak, bukan sikit.

uwaaaa, tapi nak buat camana.

dah skip dahh.

benda dah jadik.

memang bukan nasib aku.

jadikan pengajaran ya kawan kawan. 

JANGAN TIRU AKSI INI DI CAMPUS ATAU SEKOLAH :DD

thats all,

byebye :)

Friday, August 20, 2010

pendatang tanpa izin.


hello hello.
eh, assalamualaikum semua. 
apa khabar? harap harap sihat selalu hendaknyaa. 
HAHA ! 
apa hal aku jadik sebegini skema?
takmau ! takmau !

jadik normal balik. hee~

nak tau cerita hari ni?
tragis gila kauu.
aku xsempat nak menikmati keindahan pagi dan tengahari punn, tahu?
petang tuu dalam pukul 6.30pm baru aku dapat menghirup udara segarr.
*wahhh, macam hiru udara tuu pakai straw ice blended pulak. sedaaapnya :D

ini bukan pasal aku tidur, aku tidur sampai pukul 12 jaaa. jaaa? 
ok la kann? HAHA
aku escape kelas wehh. bukannya sengajaaa, OVERSLEPT laa.
penyakit ni memang tak boleh dibendung.
takpaa, miss hanita(lecturer grammar) paham aku lahhh ! haha
*dengan muka konfidennya !
hoyyehh !

lepas aku bangun tuu kan.
terus aku practise untuk demonstrative presentation aku(subject oral communication)yg harus dipresentkan hari isnin ni. wuuuu ~
WISH ME LUCK GUYS !

lepasss tuuu kann, aku online jaa, pastu borak borak, main main ngan bebudak dorm.
uwaaaa. 
SANGAT rilek akuu ni. petang tuu pergi bazaar pulak. 
kalau pergi bazaar tuu, selagi tak pukul 7 memang tak balik.
haihhhh, tahhh nak beli apa la sangat. padahal boring gila bazaar tuu. 
sumpah !
dah laa murtabak pon takda. kalau aku makan kat rumah tuu la menu wajib. 
favourite !

lepas solat terawih tuu, aku terjumpa dengan Izy ngan Nani(bebudak dorm lama time first year). seriously rindu gila ngan merreka. sebab tuu aku buat keputusan untuk menjadik pendatang haram kat bilik mereka setelah diajak.
 
dan malam ni  aku tidur kat bilik E1-4. 
hmm, tak sama dengan bilik dulu masa aku dudukk dengan hampa semua.
rinduu kann masa kat bilik dulu, A2-12. 
masa tuu memang havoc gila la bilik.
hari hari, tiap tiap malam bising. 
*tetiba rasa nak jerit jerit macam dulu dulu.

tak rindu kaa wehh?

ingat tak time kita buat GEDIK GEDIK DINNER?
sebab nak celebrate hari hari last kita duduk sama sama :D

sarangheyo :)

dari kiri atas : izy,pip, mas, kakwan, jaff, aku ejah, nani, kecik.
dari kiri bawah : yana, atie, madi, fatin(telindung oleh tangan madi), hana, bha, sabila.

cumel nyaa kita kan ? kan ?
eh, maaf terperasan pulak.
xcumel punn, buruk macam udang jaa. haha

masa duduk satu dorm dulu, memang terserlah lahh segala sifat natural kita.
takda nyaa nak cover cover kan? 
pakai seluar londeh la, rambut serabai serabai, makan pun gelojoh macam munyet dapat bunga. 

errr  =.="

syukur kita dapat kenal lebih rapat.
antara kita ja tauuu perangai baik buruk bebudak bilik kita.
jangan kecoh kecoh lak sapa yg suke tidur berdengkur malam malam.
aku tauu. aku memang sure tidur tak berdengkur.
*ceee ceee cover lak. haha

kekadang aku rasa rindu gilaa sampai nak nangis, tapi tak jadik sebab kat dorm kalau nangis nanti org nampak laa.kena carik port yg tersembunyi. haha.

apa apa pun, aku harap kita tak lupa kenangan kita duluuu.
walaupun dah jauh sikit sekarang.
nanti dah pakat pergi Gombak, kita lagi jauh.
jangan lupa tauu weh? *ini amaran keras, bukan sekadar ayat ayat emo dan sweet :DD

saya di dalam bilik kawann kawan dorm lama, tapi saya keseorangan dan teringat akan kenangan kenangan kami. mereka ada kawan baru dan mungkin saya tak diperlukan sangat. tapi, takpa saya sangat berterima kasih kerana anda sudi mengajak saya tidur di dalam bilik anda. saya masih sayangkan kalian.
thanks again :)

saya sangat sayangkan kawan kawan saya macam saya sayangkan negara saya, Malaysia.
*sambil pegang bendera Malaysia. saya sangat bersemangat kenegaraan :DD

thats all,
byebye :)

p/s : Truly great friends are hard to find, difficult to leave and impossible to forget.

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan Al-Mubarak.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh *penuh tuu, sila jawab penuh jugak ye :)

harini dah masuk hari ke10 kita berpuasa.
baru hari ke10? 
napa aku rasa dah lama?
haihh, ni mesti sebab pikir nak raya jaaa.
tak baik laa wehh.
tapi kena pikir jugak nak raya ni. kan? kan? HAHA
nak makan serunding, ketupat, kuih rayaaa.
kasut raya tak beli lagi, shawl raya, accesories raya.
wahhhhh.
ni melebih lebih punya pikir ni.
baru masuk minggu ke2 puasa.
lambat lagi rayaaaa. 

jadi, mari berpatah balik kepada tajuk asal. *sila tarik gear 'reverse' kereta anda. HAHA

tahukah anda?
setiap malam kita buat tawarih, eh terawih 
setiap malam ada ganjarannya? 
tahu? tahu?
kalau dah tahu punn nak bagitau jugak ! haha.
 
TAK MALUU.

kalau dah tahu ganjaran-ganjaran yg kita akan dapat,
mesti kita rasa cam nak buat selalu dan taknak tinggal punn.
sebab sangat besar ganjarannya.

mari kita tengok,
bermula dengan malam kesepuluh tau ;

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada
kebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan
bersih dari dosa seperti baru
dilahirkan.
Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari
kiamat dengan muka yang
bercahaya-cahaya.
Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman sentosa dari
sebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang
menyaksikan mereka bersolat
Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan
menyesatkan mereka.
Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy
dan Kursi akan berselawat dan
mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari
kalangan mereka yang terlepas dari
api neraka dan dimasukkan ke dalam
syurga.
Malam ke 17

Allah S.W.T menuliskan baginya
pahala pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai
hamba Allah sesungguhnya Allah
telah redha denganmu dan dengan
kedua ibu bapamu (yang masih hidup
atau yang sudah mati).
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan
darjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya
pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah mahligai di dalam syurga
yang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di
dalam keadaan aman dari sebarang
huru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya
sebuah bandar di dalam syurga
daripada cahaya.
Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang
untuk dua puluh tahun ibadat bagi
orang-orang yang mengerjakan solat
Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa
kubur darinya.
Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan
pahala empat puluh tahun ibadat
bagi orang-orang yang mengerjakan
solat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya kemudahan untuk
melintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan
kedudukannya seribu darjat di
akhirat.
Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan
kepadanya pahala seribu haji yang
mabrur.
Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi
penghormatan kepada orang yang
bertarawih pada malam terakhir
dengan firman-Nya (yang
bermaksud): Wahai hambaku!,
makanlah segala jenis buah-buahan
yang Engkau ingini untuk dimakan di
dalam syurga dan mandilah kamu di
dalam sungai yang bernama salsabil
serta minumiah air dari telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

lihat, lihat.
best kann ? :D
kalau tak busy, jum la kita bertarawih !
tak rugi punn.
upin ngan ipin punn pergi. 
 cumel :)

thats all,
byebye ;)

Wednesday, August 18, 2010

Finally.


assalamualaikum.
hye, this is my first time blogging.
first time aku ada belog SENDIRI.
SENDIRI ! SENDIRI !

selama ni tulis kat blackboard jaa. 
 


so, tahniah untuk akuu ! haha.
*dengan muka bangganya aku gayut dekat kipas =.='

mm, kenapa tajuk tuu finally? 
padahal baru nak start membelog. haha.
PELIK ! 

sebenarnyaa, 
finally tuu sebab aku dah lama pikir nak buat belog ni.
tapi tak terbuat pon.
napa tahhh, nak buat belog pon pikir panjang kan?
tapi, YA ! 
kena pikir panjang sebab nak kena bela belog ni kan susah. 
kena selalu update. kan? kan?
sebab tu laa kena pikir panjang.
and now, taraaaa ! 
DAH SIAP !

punyaa laa susah siapkan background, setting dia yg bagai tuu.
sampai aku tak tidoq seminggu wehh. 
SEMINGGU !

percaya dak? 

dak?

bagus ! 
sebab memang tipuu punn. hahaha :DD
dengan bangganya aku menipu.
dah laa bulan puasa. 

haaa, sekarang RAMADHAN laa.
memang la belog aku ni bagus, lahir bulan puasa.
18th August 2010 bersamaan dengan 8 Ramadhan.

yepppiii ! 
napa happy ?
tahh, biar laa. hahahha
*pusing pusing dekat tengah tengah bazaar Ramadhan (kan best kalau boleh buat betul betul)

mari saya perkenalkan diri saya pulak ;
Noor Hidayah.
19tahun.
Student of CFS IIUM, Nilai.
Course English.
Asal Kedah, tapi dah pindah penang.
Anak kedua daripada enam.
Dah, itu sajaa. 
takmau cerita lebih lebih. 
nanti famous. HAHA
*statement yg nak dapat penampar !

 ituu ja nak cakap.
simpan cerita untuk entry yg akan datang tauu.

see yaa,
byebye :)