Thursday, March 31, 2011

Famous Video Bloggers. Me ? OF COURSE NOT !

*sekarang ni aku tengah pikir tajuk untuk entry ni. PERLU KA BAGITAU KAN ?
susah la nak pilih tajuk, lemah betul bab bab ni. memang sejak azali lagi aku ni memang susah nak bagi tajuk untuk apa apa jaaa. 


pernah sekali dalam kelas, bukan sekali laa, banyak kali la jugak, lecturer suruh pilih nama group tapi group aku paling last pilih. kalau ikut aku nak letak ja nama rainbow, nose, window, benda benda yg aku nampak jaaa, tapi orang lain takmau pulak. fine la nak letak nama GEMPAK. bla..bla..bla.. eh, boleh dak kembali ke jalan yg benar ? ni apaasal melencong pergi jalan lain ni ?


okay, okay.


sebenarnya aku nak cerita pasal orang orang yg famous amous namanya disebabkan video yg depa buat lepastu letak kat YOUTUBE. tau kan youtube ? ini bukan sekadar tube yg kita buat masak masak masa kelas science tuu. BUKAN. and bukan la aku nak cerita semua orang. gilalah, ingat aku ni banyk masa sangat ka nak cerita pasal sorang sorang. dah la tulis ni terpaksa jaa. bukan nak sangat pon. TUDIAA, jujurnyaa. ya, aku memang jujur orangnyaa. makcik makcik kalau nk carik menantu dialu-lukan baca statement ni. HAHA
aku rasa mesti dah ramai yang tau pasal video bloggers atau pon nama manjanya vloggers (ada orang panggil vbloggers) taktau la org org tu manja ka tidak kan. tapi tak kisahla sebab aku nak cerita pasal video yg best !


You know what ? video depa ni bukanlah calang malang balang video, tapi kekadang ada jugak unsur unsur berpelajaran lagi berpengetahuan lagi ber.. ber.. err.. ber apa apa jelah yg elok. boleh ja kalau nak bagi adik adik atau anak anak hampa tengok video ni. takda halangan macam cinta terhalang dalam movie movie sekarang. kekadang ada bagi nasihat dan moral value macam kita kena buat buku nilam masa sekolah sekolah kan ada kena tulis moral value sesuatu buku cerita tuu ? TAK INGAT SUDAH !


jom tengok satu contoh vlogger ni ;


ANWAR HADI

ini lagi sorang ;
MATLUTHFI

nak tahu kenapa aku promote video depa ni ? sebab yg pertama tama tama tama sekali mestila sebab video depa best and tak merapu rapu rapu macam belog aku ni.. takda maklumat penting pon. Ada meseg, tu yg buat video depa terkenal selain menarik perhatian sebab depa jugak pandai berlakon. jadik pondan pon boleh. HAHA

yg kedua dua dua sebab depa org KEDAH jugak. kita GENG. yay ! *okay, nampak sangat overact. padahal dua dua orang ni takk kenal pon aku. HAHA

copp, ini ada lagi satu video but it's for girls . guys might not interested with the video. well, you still  can have a look of it if you really insist.

HANA TAJIMA
 i like her because she's so cool as others might be acting exaggeratively and of course she's captivative.




p/s ; ini bukan entry berbayar mahupun entry berasuah okay. haha

Sunday, March 27, 2011

eh, baru sedar.

aku ada blog rupanya, aku baru sedar dua tiga hari yang lalu. tak sangka aku dah hilang ingatan. eh, kasar sangat ayat tuuu, lupa daratan baruu sopan santun sikit.

sebenarnya nak cerita aku tengah cuti ENAM BULAN bukan enam minit mahupun enam hari mahupun enam minggu tapi ENAM BULAN. nampak dak ke-OVER-an aku tuu ? haha. dan aku jugak dah habes program pengajian asasi (taktaula betul ka dak ayat ni) dekat Nilai. Serhoonokkkk tersangat sangat sangat sebab aku ingatkan aku dah memang kena tua kat Nilai tu sampai beranak pinak pon kena stay sana lagi. tapi nasib dah habes. 2 tahun kot aku kat sana. 2 kali raya baru habeh. raya tahun ni aku raya kat rumah la pulakk :DD siap boleh puasa sebulan lagi kat rumah. seronok dak ? eh, buat apa aku tanya hampa kan ? hampa tak boleh cutiiii ENAM BULAN macam akuuuuu. hahaha. okay okay tak cakap macam tu lagi dah. 

buat pengetahuan anda, aku sekarang ni memangg free 24/7. takda buat apa pon kat rumah. carik kerja pon idak, study untuk muet pon idak. HAHA ni bukan salah aku, salah cuti la sapa suruh lama sangat aku macam rilek rilek la dulu sebab rasa macam lambat lagi nak habeh cuti. kerja ka apa ka rilek la dulu kan ? ngehngeh ;)

oh, ya ? nak tau dak kenaapa aku dah lama tak update blog ni ? *yg taknak tau p tekan tanda pangkah kat atas tu sekarang.* aku sebenarnya bebai (marah, tunjuk perangai) sebab aku punya belog tak lawa, orang lain punya semua lawa lepastu aku tak pandai nak decorate decorate semua. disebabkan rasa menyampah gila tengok belog ni terus aku rasa menyampah nak bukak sampai lupa daratan kat belog ni. BAHAHA ye, aku tau la takdak sapa hairan pon aku nak update ka idak. fine laa fine.

aish, buat sedih sedih pulak. 

DAH, SEKARANG NI AKU NAK P MAKEOVER BELOG AKU LAWA LAWA. TUNGGU TUNGGU !

Monday, February 14, 2011

Nabi sayang sangat dekat kita, sedar tak ?

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL.
Sempena maulidur rasul ni, aku nak cerita pasal article yang aku baru baca ni. sedih sangat dan boleh buat kita muhasabah balik diri sendiri. *baru kau nak muhasabah diri ye? sebelum ni macam cacing lupa nama nenek ni apa hal?
Tau tak nabi kita sayang sangat dekat kita semua, umat baginda. Aku baca kat page ni yang aku jumpa lepas member aku post kat FB. Aku cerita sikit sikit ok pasal article ni, nanti baca sendiri okay ?
Article ni cerita pasal kisah nabi waktu ajal dia dah dekat sangat. baginda bagi khutbah terakhir dan tinggalkan wasiat untuk kita. Semua para sahabat sedih lepas dengar khutbah dia tuu. 
Masa nyawa baginda ditarik, baginda cakap baginda sakit sangat dan baginda mintak dekat Allah supaya digantikan semua kesakitan yang bakal umat baginda rasa dekat baginda ja. dia taknak umat dia sakit. mulia kan Rasulullah ? Walaupun nyawa baginda sedang ditarik, baginda masih lagi ingatkan kita. sehingga ke saat terakhir baginda menyebut 'ummatii ummatii ummatii' 

Mari kita berselawat banyak banyak banyak dan sematkan rasa cinta dekat Rasulullah.
Sama sama lah kita berdoa semoga kita semua diberi Hidayah dan diredhai Allah, amin.
 tudiaaa, boleh dak kalau nak masuk gadis melayu ? 

Cerita kedai makan.

Lawak gile haritu aku pergi makan dengan mak sedara aku dan anak anakk beliau dekat satu tempat ni nama apa tahh. macam misteri pulak tempat tuu kan ? Kami pon masuk la satu kedai makan yang agak menarik standard restoran biasa la kan. bukan hotel lima bintang pon, tak mampu den. takpa, takdahal la kedai apa pon kan. yang aku nak cerita ni pasal menu dia. 
sekali lagi, bukan menu yang kedai tu sediakan, tapi buku menu tuu. eh, buku ka orang panggil ? lantak laa, yang penting menu yang dia tulis atas kertas keras tu untuk orang pilih nak makan apa. dah paham kan ?
aku pon dengan semangatnya order ja nasi ayam sama dengan makngah aku dan anak anak beliau merangkap sepupu aku sebab makanan tu ja cepat sikit. perut aku dah nyanyi lagu 'Gong Xi Fa Cai' dah ni. mentang mentang baru lepas raya cina. haha. ikut tema jugak perut aku ni.

tengok, dah lari topik. ni aku malas nak tulis blog ni. Aku asyik nak bawak lari ja topik ni.
berbalik kepada cerita, lepas dah order nasi ayam, aku tengok balik menu yang dia tulis atas kertas keras tu untuk orang pilih nak makan apa sebab aku nak order air pulak. tetiba aku nampak ni ;
wuu, aku ingat air nama baru. tak sangak kedai ni pandai reka reka air, nama pon macam sedap.
aku tanya makngah aku ni air apa sebenarnya. lepas makngah aku dah try sebut banyak banyak kali baru sampai ke dalam otak makngah aku dan dia cakap air 'carrot susu' kot. 
BAHAHAHA.
lepastu usha usha lagi nampak ni pulak ;
nampak tak ?nasib baik dia letak gambar buah tu kat situ, aku ingat air otromen.....buat. rupanya air strawberry. Bami(abang sepupu) aku buat kesimpulan dia salah taip kot, sebab huruf A dengan S kan dekat kat keyboard ni. haha. takpa, takpa dimaafkan.
sampai orang tu dah blah pon aku tak bagi balik menu kat dia sebab nak carik lagi kalau ada salah. pastu aku jumpa ni pulak ;
memang takleh blahh laa. tapi best la kedai ni sebab ada hiburan sementara kami tunggu makanan siap. dia memang suruh carik perkataan salah kot. HIHI

Friday, January 21, 2011

Rasa macam nak update, tapi malas, tapi nak edit, tapi takdak idea. ada sebenarnya tapi malas.

I am so not in mood of updating my blog.
Got no idea.

Tonnes of assignments to be done.
 
Busy with sports. Oh yeah, I'm participating in futsal and the match will be tomorrow. 
Harap harap boleh menang. sangat berharap.


And in other words, aku pemalas rasa macam nak tidur ja sambil berdiri,

sampai tak sedar hingus dah jadik belon,
kenapa semua nak gambaq karton ni ? tak paham.

that's all.
byebye :D

Saturday, January 15, 2011

stress gila kalau tengah boring.

weekend sepatutnya diisi dengan ektiviti yang menakjubkan lagi syiok.
tapi aku boring gilaaaaaaaa. gila gila gila gila. orang gila pon tak boring macam ni.
orang lain takpala, 
ada boifren/gerlfren boleh main tekan tekan keypad henpon dengan boifren/gerlfren.
ada duit melimpah ruah sampai taktau nak buat apa boleh la keluar merayap sampai lebam.
ada rumah dekat boleh balik tiap tiap minggu sampai pecah tayar kereta mak bapak asyik mai ambik.
aku ni dah la tengah kayap, takleh keluar merayap,(wahh, boleh buat pantun) rumah jauh, mak bapak tak mampu nak mai ambik tiap tiap minggu.
takpa, aku TAK JELES LANGSUNG dengan orang yang duit banyak, boifren/gerlpren keliling pinggang, rumah tepi hidung. tak jeles pon, betoi ni ! betoi :|
*obvious sangat ka sebenarnya aku jeles? ok, fain !
AKU JELES.
nak balik jugak, boring tau dak !
tengah tengah online sampai dah sakit pinggang tadik pastu tetiba rasa rindu dekat family. ya, rindu gilaaa dan dengan pantasnya aku ambik handset dan dail "Rumah". tapi takda orang angkat. ni mesti keluar jejalan ni. jeles lagi. lepastu call "F Abah :)" tak angkat jugak. aipp melampau ni berseronok sampai takmau angkat call anak yang jauh di mata. hidung ni dah merah merah tahan sebak. sabar lagi, aku call "F Mama :)" nasib baik adik aku yang umor 4 tahun tu angkat. lepastu dia bagi kat mama aku.
sembang sembang mama aku cakap depa satu family kat rumah tok aku. cousin aku bertunang. confirm la meriah gila kan kat sana ? arghhh, marah ni ! marah ! aku taktau pun. nak balik jugak. dah la mak sedara campur sepupu sepapat aku dok bising kat belakang kata best gila  laaa, makanan banyak, boleh makan macam macam. orang ramai kat sini boleh sembang sembang, mentang mentang la aku kat sini boring sampai rasa nak tendang tendang diri sendiri. terus menangis sebab mama tak bagitau cousinn aku nak bertunang. kalau tidak boleh balik, takda la nak boring macam ni :|

RASA MACAM  LOOSER GILA ! 
p/s ; takpa nanti aku cuti tujuh bulan, aku nak duduk rumah tak keluar dah sampai jadik jakun bila keluar. haha :D

sebenarnya aku nak cerita pasal mama aku seorang hero. tapi jadik cerita ni, baca jela. bukan senang aku nak buat cerita sedih. HAHA

Wednesday, January 12, 2011

kangaroo kena hukum gantung.

Kejam dak tajuk gua ? haha

*Err, camna nak buat pendahuluan ni ? taktau pulak. 

Straight to the point jela, aku memang tak pakar nak buat  ayat karangan bahasa melayu macam masa SPM dulu. haha

Err, isi penting pun taktau nak buat macam mana. hahaha mengada ngada gila aku.
OK,OK back to the main point,

Sebenarnya aku tengah main game Hangaroo. 
Serious tengah main ni, aku tak tipu pon. betul !
 *takda orang cakap aku tipu pun kan? mengada gilaa =.="
Penah main dak ni? game ni bagus jugak sikit sikit sebab nanti kita boleh dapat pengetahuan am. Dah lama sebenarnya game ni diperkenalkan (ewahh, pandai pandai ja) Dulu masa aku sekolah menengah ka sekolah rendah, dah ada game ni. maksudnya dah lama la kan ? mesti la tuan tuan dah puan puan semua penah main kan ? mesti dah tau kan ? 
mesti dah taknak baca entry ni kan ?
TAPI KENA BACA JUGAK ! kena paksa. haha

Sapa yang taktahu, meh nak tunjukkan gambar,
ni dia !
muka nak comel ja kangaroo ni.

tapi 'jangan pandang haiwan hanya dari paras rupa.'
dan jugak,
'tak kenal maka tak tahu.'
dua periperi eh peribahasa ni sesuai untuk menatang kangaroo ni. 

bila dah main baru tahu kangaroo ni kurang hajar. mulut nak laser ja, dok maki maki. tak padan dengan nak mampus kena gantung, lagi nak maki maki orang. bawak bawak la mengucap ka, buat ibadat, ataupun bertaubat. ini tidak..

nak tahu kenapa dia maki? 
sebab kalau kita pilih huruf bukan seperti yang sepatutnya atauu dalam kata lain, SALAH pilih nanti dia kena gantung lepas tu mati. sebab tu dia takut. haha
tengok dia dah jadi angel. tapi muka masam jugak. 
" tak baik berdendam lah incik kangaroo. "

Memang takkan pernah aman kalau main ni sebab nanti mulut dia dok pot pet pot pet bila salah pilih huruf. geram lak aihhh. kalau nak tenang kan keadaan kena mute kan volume speaker so nanti tak dengar suara dia. HAHAHA
padan muka padan muka.
Tapi aku suka buka volume kuat kuat pastu kalau rasa dah geram sangat sengaja buat buat salah pilih biar dia mati digantung. *ayat nak cover ja, padahal taktahu jawapan. tak kisah la kan, asalkan dia mati terseksa.
HAHAHA 
padan muka padan muka.

KAN BEST KALAU BOLEH GANTUNG ORANG MACAM TU. KALAU GERAM JA TERUS TARIK TALI BIAR TERJERUT PASTU MENJERIT JERIT SAMPAI MATI.


gurau gurau :D
thats all,
byebye :D