Showing posts with label ceritaharini. Show all posts
Showing posts with label ceritaharini. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

hard time in life.

Exam in Progress. 
No entry is allow to be updated.
FOCUS ! 


wish me luck, GUYS !
byebye ;)

Wednesday, November 10, 2010

Dah jadik orang Kelantan.

Kalau entry yang ini aku punya lunch tak best, tapi kali ni lunch aku best gilaaa ! i loike ! ;)
Tapi, perasan tak? kenapa aku suka nak update blog time tengah hari ni? 
balik kelas jaa, makan dan terus rasa nak update blog. 
demam tengahari agaknyaa. haha
apa apa jela ! 
Nak tau? 
Nak tau? 
Aku makan nasi kerabu wehhh. sedaaap ! Ini adalah kali pertama saya makan nasik kerabu yang best lagi lazat sehingga menjilat tayik kuku. Aku makan satu satu nasik tu dengan penuh belaian kasih sayang sebab takut dia habis cepat sangat, nanti mesti rindu dia sampai mimpi mimpi. Nasi dia kaler biru, cantek gitu. Pastu boleh pilih nak letak ayam ataupun ikan. Pastu ada budu, tapi aku tak sure pulak dia letak budu atau tak. haha. Tapi yang tak best nya dia letak banyak sangat benda benda hijau (golongan sayur). Susah betul nak asing asing kan golongan hijau(sayur) dan biru(nasi).
haa, takda unsur unsur politik ya kat sini. Saya tak berminat dengan politik. maaf.
Ohh, lupa pulak nak amik gambar nasik tuu.
Sekali makan mesti nak lagi !
Pastu kena marah dengan mak, "ohh, memang la suka habeskan duit. nak makan sedap ja tauuu, belajar tak pandai pandai jugak. Kalau dapat A semester ni baru boleh makan nasi tu !"
Pastu awak balas "Macam tuu ka mak? 
Kalau macam tuuu, saya nak bagi nama nasi ni, Nasi A. Ok dak?"
Alamatnyaa, tak makan dah la nasi ni. Susah bebenor nak dapat A nya. haha

Come on laa Zabedah. Semua orang dah tahu nasi kerabu kaler biru. Orang dah makan nasik kerabu tu beratus ratus kali dah, hang baru nak try. Jahil betul ! HAHAHA *gelak setan
Oh, yaka? ok, fine. Nak merajuk. Buat buat la tak tauu pleaseee..
:(

Sunday, November 7, 2010

Lunch makan apa?

Tragis sikit harini.
Dah la main main ngan abang maintenance lagi. Eh, bukan main apa pon.
Maintenance kat hostel aku ni kalau nak masuk buat kerja (yang sepatutnya dia buat) mesti masuk secara tiba tiba yang menyebabkan jantug aku dah terkeluar satu skru.
Terkejut punya pasal.
Tetiba jaa ketuk pintu, bagi salam dengan suara yang sangat macho (dan handsome),
terus laju laju carik tudung yang dah disepuk atas katil tadik macam tudung tu tiba tiba jadik sesuatu benda yang berharga lebih berharga dari mutiara di lautan.
aicehhhh ;)
tapi kalau tak sempat tudung, towel busuk yang tak basuh seminggu pun bantai ja.
biarlahh ! haha.
pastu kena bukakkan pintu macam VIP pulak maintenance ni.
'Silakan masuk abang maintenance' 
ohh, mengada gila !
haha :D
Tapi tak boleh jugak nak marah kat abang maintenance tuu kan?
Haritu sapa suruh ketua bilik pergi report kat Mahallah Office cakap tersumbat laa, paip tercabut laa.
Kalau nak marah, marah ketua bilik.
Ahli bilik ;
"Apalaa bang*** gila ketua bilik ni pergi report"
Ketua Bilik ;
"Nanti tak pergi report, bising pulak makcik cleaner tuu"
Ini boleh menimbulkan pergaduhan, tapi takpaa bilik kami cool jaa :D
 cool macam ni ;)
Dan, selesai sudah kisah abang maintenance dan makcik cleaner.
Cerita pulak pasal kisah aku yang sadis ni.
Tadik, aku pergi jalan jalan cuci mata nak pergi ambik duit kat atm dan bercadang untuk terus ke cafe untuk membeli makanan untuk perut ni.
Untuk perut, bukan untuk aku.
Tapi, atm pulak rosak.
What's The Problem?
Ayoyo, dah laa satu sen pon takda kat tangan.
Nak beli buku lagi petang ni (cee, tetiba)
Memang dah tak syak lagi !
Memang !
Memang atm tak sayang aku, dia dah merajuk sebab lama dah aku tak p sana.
Alalalala :(
Aku pun pulang ke sarang bilik dengan perasaan kecewa lagi traumaa.
wahhh !
Lepas tu sambung lagi online.
Boleh tahan lagi perut ni.
5 minit, cool lagi perut ni.
Tak lama lepas tuu, terus dia menendang nendang. Bukan baby yang tendang,
BUKAN !
Tapi, perut ni dia nak balas dendam kat aku sebab aku tak bagi dia makan.
Mak aih, melampau kot.
Aku baru tak bagi makan sehari jaa, dah nak balas dendam.
Memang perangai huduh macam tuan diaa
ok, SHUT UP !
apahal kutuk diri sendiri ni :D


Tapi, tapi nasib baik ada Q.
(contoh orang ada kat gambar atas)
Dia yang meng'offer' aku makanan untuk dimakan sebagai penanda wacana alas perut.
Dia bagi makan ni ;
Gambar sapa ni? 
pinjam sat.
terima kasih :D
Boleh la hentam yang ni dua keping pon.
janji perut ni dah tak menendang nendang.
hahaha.
Harap harap lepas ni atm ok.
Nak withdraw duit, nak makan, nak beli buku, nak beli shawl.
ok melampau nak beli shawl lagi.

"Yes, Mr.Ell !"
Eh, lecturer dah panggil.
Kena pergi kelas dah ni.
byebye ;)

Saturday, October 30, 2010

main main satu petang :D

 Assalamualaikum.
Harini gembira sangat sebab aku pergi perang tadik. haha
takda laaa, pergi taman permainan ja pon. Kat Dataran Nilai, dekat gila ngan hostel. 
Dan, dan tempat tuu sangat laa best, cantik, harmoni, nyaman dan semua lahh kata sifat yang baik baik aku bagi kat taman tuuu. Tolong la pergi kalau sesapa yang duduk dekat dengan Nilai. Sesapa yang jauh dengar ja cerita yang aku nak cerita ni. haha
Kat situ boleh main main, ada taman permainan, ada padang boleh main bola, badminton, nak berkelah pon bolehh. Best kann? Haa, lagi satu nak ber'dating' pon bolehhhh :D 
Tapi, situ memang penuh dengan bebudak dan kaum keluarga la. Majoriti nya dipenuhi dengan keluarga yang ada anak anak kecik. Dan kat situ banyak bebudak kecik yang comel :DD
Tak caya? Jum tengok gambar.
eh, maaf maaf. 
ini bukan kanak kanak kecil cumel yang saya maksudkan.
salah !
salah !
tengok baby tuuuu, comel kann ?
pandai dia main ! padahal scooter adik diaaa :D
tengook, kan aku dah cakap :)
tengok kaki baby ni betol betol. Dia letak kat tayar. Tak sakit ka? haha
Satu lagi, tempat ni memang sangat harmoni. Nak tau kenapa? Sebab banyak sangat 'happy family'. Tak kisah laa yang baru kahwin ataupun dah lama kahwin. Betul wehh, jealous betul aku tengok. Masa tengok tengok keadaan kat sana aku terus rasa macam nak kahwin cepat cepat pastu nak pergi situ jalan jalan dengan keluarga baru aku nanti. haha. tak menahan kann ? 
memang la bagus tempat ni, kalau orang dating pon tak 'over' sebab yelaaa, family dengan bebudak banyak dekat situ. memang muka tembok la kalau nak ber'manja manja' kat situu. HAHA
Jum tengok suasana harmoni kat sana :D
ni pon boleh dikatakan salah satu suasana harmoni kann ? 
 cumel kann ?
sweet kot family ni. menyampah betul 
LOL.
tengok lahhh, ramai gila. macam mana aku nak main ?
Bestt la kalau tiap tiap hujung minggu macam ni. tak balik pon takpaaa. 
*tipu. haha
Aku bagi gambar jelaaa, tak larat dah nak cerita. 
sakit mata ! 
sakit mata ! 
dah ngantuk :|
 byebye ;)

Sunday, September 26, 2010

Mengalah.


 Assalamualaikum,
woahhh, harini sangat takda keja dan mood aku berubah rubah dari satu saat ke saat yang lain. 

haha
perkara yang sepatutnya aku buat harini adalah study bersungguh sungguh sebab isnin ni exam, intro to HS. 

sem ni dah masuk sem ke 4 dan tahun ke 2 aku kat UIA Nilai.
masa aku first sem duluuuu, memang rilek habes laa.
dua tiga hari sebelum exam punn aku boleh keluar jalan jalan, melepak lagi ngan member.
memang TERBAIK lahhh.
perkara itu juga berlarutan sehingga ke sem 2 dan 3. haha

selalunya kat UIA ni kalau tengah exam week, memang jarang orang keluar bilik.
nak turun kl lagi la tak.
so, masa keluar jalan nak naik teksi pergi ktm tuu memang takda orang la.
kalau ada punn, org yang terserempak tuu mesti tengok pelik ja.
yela, org exam tapi aku keluar merayau.
mesti mereka cakap bengong jugak budak ni kann, exam exam pergi merendek. haha
tapi, biarlaaa, aku tak kisah pun.

aku tak suka pressure, bila pressure macam ni la aku jadik.
baca apa semua tak masuk. 
aku ada time untuk aku study dengan sendirinya.
masa tuuuu, jangan kacau aku.
aku akan study dengan bersungguh sungguh dan menjauhkan diri dari semua malaun malaun yang adaaa. HAHA
*terlebih semangat pulak.

sem ni, ada subject Introduction to HUMAN SCIENCE.
subject ni kena banyak hafal dan baca macam macam.
lebih kurang macam history.
aku memang lemahh history ni.
masa sem 1 duluu ada subject Basic Themes of Al-Quran atau BTQ.
lebih kurang macam subject intro to hs tuu la jugak, 
macam macam nak kena ingat.
subject subject macam ni boleh dikatakan sengaja membuatkan otak aku tersepai berterabur dengan darah darah yang akan terpercik kat semua tempat, pastu ada kucing jilat jilat semua benda tersepai tuu.
perggghhh, rasa macam maggi brand MAMEE kari berapi extra pedas. pernah rasa tak? HAHA
memang gempak !
________________________________________

kembali kepada cerita asal,
aku pernah secara tak sengaja nya mengeluarkan mutiara putih yang dikenali jugak sebagai air mata disebabkan subject BTQ tuuu.
Ia adalah disebabkan lecturer tuuu yg bernama Alizaman D Gamon.
beliau berasal dari Philipina. 
alahhh, tak penting pun negara asal dia tuuu. aku nak cerita pasal dia.
famous jugak diaaa ni. aku search google nama dia ja punn ada gambar dia. HAHA

haa, dia ni laaaa.
aku sangat tension ngan beliau dari first class aku.
sebab dia pernah cakap dia tak suka budak BEN. aku punn sangat kecil hati.
aku pun rasaa dia tension ngan aku sebab aku ni suka buat muka tak berminat masa kelas dia.
 haaa, amik muka akuuu. patotla dia menyampah ! haha

kekadang aku tak bawak buku, pastu bukak buku pon lambat. haihhhh. 
*eh, aku pulak yg tension. sepatutnya dia. haha
lagi, lagi aku pernah jugak masuk lambat kelas dia.
lepas tuu, yes ! padan muka aku kena berleter ka kena halau balik tahhh.
tak ingat dahh. yang pastinya menimbulkan kesan kat akuu. haha.

masa nak presentation, aku tak ready apa sangat.
pastu aku amik jela kat buku teks yang ada yang dia selalu guna.
aku refer kat buku sikit sikit sebab aku carik kat internet tak banyak yg aku dapat :\
sekali aku dapat tauu, dia taknak ada yg amik kat buku. habes?
kau nak aku tanya tok aku ka?

"tokk, do you know what is modus operandi of knowledge?"
kalau tok aku jawab balik memang aku pengsan on the spot, takda tunggu tunggu lagi.

terus aku nangis sebab terlampau tension dah taktau nak cari kat mana lagi.
member aku yang bagitau info tuu agak terkejut dengan tindak balas akuu. haha
aku nangis sorang sorang kat study room. pastuu, aku telefon mama akuu, nangis nangis.
*wuuuu, tak malu betol. tapi terpaksa laaa :\ 
jangan gelak !

pastuu, pastuuu nasib ada member aku tolong aku jugak sikit sikit. thanks SABILA :)
masa hari presentation, aku sangat teruk. aku asyik lupa lupa ja kat depan, 
aku nangis lagi kat kelas. bebudak kelas pulak tauuu. 
haihhh, nampak sangat keTENSIONan akuu. 
takleh kontrol takleh kontrol. jatuh la keROCKan akuu. tapi aku tak kesah, haha.

masa final, aku tak berapa semangat nak study subject tuu tapi SABILA lagi tolong aku study.
sabila ni sangat suka dengan sir alizaman sebab sir alizaman ni ajar group dia jugak.
dia cakap sir tuu baik, err. aku tak paham kat celah mana dia baik.
last, last, nasib baik aku score jugak subject tuuu.
SABILA cakap,
"tengok dayah, walaupun hg tak berapa nak pulun subject diaaa tapi hg dapat mark ok jugak. dia tak kedekut mark"

aku terus terkedu terkesima. 
tapi kejap jaaa, aku tetap nak menunjukkan ketaksukaan aku kat sir.
lama lama aku selalu jugak jumpa sir alizaman, dia selalu senyum dan tegur aku maknanya dia dah jatuh cinta kat aku eh, bukan. maksud aku, dia still ingat akuuu. bila aku pikir pikir balik, baik jugak dia ni.
so, kalau la aku berpeluang cakap kat sir, aku nak cakap,
"a million thanks to you sir cause you have taught me a lot and although I'm not your best student, you're still one of my best lecturer."

*tapi, make sure benda ni tak diketahui oleh member member aku yang lain terutama sekali bebudak ex A212 duluuuu. haha.

dan untuk sem ni, aku tension dengan subject intro to HS pulak. haihhhh :\
esok exam, tapi aku baca still tak masuk tak  masuk. kan best kalau boleh aku tolak, tenyeh semua benda ni masuk dalam kepala hotak aku, pastu boleh aku terkangkang tidur ja sampai esok, pastu jawab exam dan fuhhhhhhhhhhh, lega ! hahaha.
banyak sangat la nak bacaaaa, aku kena beli memory card lebih untuk otak akuu ni. 
aku dah la mengalami short term memory. malu dak ada kawan macam aku? HAHA.
 subject ni, madam anisah yang ajar. masa dalam kelas diaaaaa memang BEST.
sebab kalau tak dengar punn takpaaa.
nak main judo mahupun wrestling pun boleh. HAHA
bila dah buat perangai macam tuuuu, jadi la macam ni.
menangis sebab tak paham satu patah perkataan punnn. *ok, hiperbola.
pelik laa aku ni asal stress ja nak nangis. kontrol la siket.
tapi, takkan kalau stress nak kena control ayu, kena seyum, sengih sesorang macam kambing. 
kan? kan? 
 bila aku search kat google, ni pulak yg aku jumpa.
maaf, ni bukan madam anisah yang sebenar. HAHA

jadi, untuk subject ni aku MENGALAH jaaa, sebab aku dah taktau lagi nak bagii ilmu ilmu ni masuk dalam otak. otak aku ni dah penuh dengan otak-otak. ilmu ilmu ni pulak sibuk nak masuk. memang la tak muat.

puas hati kau kann intro to HS. nak sangat jadik subject yang susah.
tak larat nak stress lagi, dah la call mama tak angkat punnn. abah punn. 
member aku cakap, 
"alaa, boleh lulus punyaaa, carry mark hg dah 42. budget lulus 50, lagi 8 jaaa. rilek laaa."
sekali lagi aku terkesima sambil berfikir apa g dia cakapkann.
ada betul jugak kannn? hahahahaha. *sambil ketuk ketuk kepala sendiri dengan ekzos kereta.. bye.
tapi, takkan nak pass ja kannn? mesti nak result flying colours jugak kan?

tengok la esok apa nak jadik. 
ada sapa sapa nak bagi ceramah motivasi kat aku dak?
dipersilakan.

so, thats all.
byebye :)

p/s ; for the time being, this quote has inspired me to study a lot.
“Those who do not study are only cattle dressed up in men's clothes”

Monday, September 20, 2010

Syawal 1431 hijrah.



Assalamualaikum :D
firstly nak cakap..

Selamat Rari Raya Aidilfitri. 
Maaf Zahir dan Batin.
Dari Hujung Rambut Sampai Hujung Kaki.
Dari Utara Sampai Selatan.
kalau aku ada terkasar bahasa, terabaa, terterajang, tertampar, terbelasah, terkutuk.
sorry, sorry, sorry. 0-0 ok? :D

walaupun dah raya keberapa nii, tapi still raya kan?
lama lagii, lagi tak habis sebulann.
raya la sampai lebam. HAHA.

satu benda yang aku tak buat sebelum raya harituuu.
KAD RAYA.
tak pos ponnn. dah tulih siap corak corak bagaii. 
sekali... tak pos kat abg posmen. haha
buat penat jaaa.
kena tunggu raya tahun depan laa. haha

belog punn tak sempat nak edit sebab balik rumah tok.
takda internet.
kalau ada memang canggih la tok akuu.
boleh skype ngan tok. HAHA
tapi, ada berokben atau lebih dikenali sebagai broadband. 
yang sepupu sepapat sepapan punyaaa.
tapi, mak kauuuuuu.. lambat gila. 
org gila pun tak lambat macam tuu.
memang takda masa laa aku nak edit edit belog ni. 
buat sakit hati jaaa.
bukak FB boleh laaa tapi tuu punn terkedek kedek dia nak bergerak. 
hoho. seronok aku kutuk kau broadband. 
"sorry, selamat hari raya" kata aku kepada broadband. hee~

aku buat kuih raya harituuuu, nak tengok dakk ?
kena bagi duit raya duluuu. HAHA.

dua puluh sen ja ? kedekut betul lahh :\
tengok lahh !
(kuih cornflake) 

bahan bahan beterabur. haha 

 mixer.

adunan. 
sebelu dia hangus. HAHA

yeay, dah hangus. haha

dah banyak punnn.

resepi takda sebab buka aku yg bubuh semua bahan bahan tuu punn. HAHA.

ini gambar hari raya pulakk ;)

dengan abah
adik, napa muka camtuu? haha
tengok sanaaaa.
pembuli baby
dah laa sikit sikit. banyak banyak nanti berat belog ni. HAHA
padahal malas.
bukann malas, ada banyak lagi gambar ni.
gambar time kenduri abang sepupu aku pulakk.

(akad nikah)

ni kat rumah pengantin perempuan. 
kat rumah tok punya gambar ada kat kamera bami(pengantin lelaki)

"ambik la gambar saya banyak banyak. handsome kan saya?" kata tok imam
ehem ehem.
aippp, romentik ;)
aku suka laa yg ni. sebab aku yg amik. gambar kontroversi kan? haha
masa raya ke7 pulakk, ada gathering raya MMAS.
lepas dah plan punya plann.
akhirnya aku berjaya sampai kat sanaaa.
jum tengok gambar..

tengah repair shawl kat toilet
iklan gigi.
syu tunggu bila pokok ni nak cakap ngan dia. haha
muka syu ketat gila. tahan lapaq. haha
mari bergambar ngan pokok. haha
gambar bergegar !

 boring gila kot gathering ni memulaa. sebab ada ceramaahhhhh jaaa.
dah la ceramah tuu macaam apa gi.
aku p sana memang nak dengaq ceramah sebab tu aku bayar rm15.
bengong tul :|
ceramah saja dah berjam jam. 
aku ngan syuu sampai keluar hall tu duluu.
dah la garang pencerramah tuu.
aku, bha, yda, syu, nemy tengah main main, gelak gelak pastu kena maraaah.
org p reunion nak happy happy ngan kawan kawan.
bukan nak dengar ceramah dia. haiyaaa !
balik laa pakcik.
las sekali bukan pakcik tuu balik, aku yang kena balik.
sebab mama ajak p langkawi pulaaaaaaaak. nak beraya sampai sana pulak dahh.
hadoyai. =.="
tak sempat makan punnn. buat penat ja bayar rm15.
dah laa susah nak jumpa kengkawan sekolahh.
tapi, takpaa laaa. nak buat macam mana.

nak tengok gambar kat langkawi pulak?
jummmm..

adik muka bebai. kena marah laa tuu. haha
nak runtuh dah almari tuu aku duduk. haha
abg long beli tongkat tuu nak buat apa tahh. haha
adik kacau insyirah main belon.
kat pantai
adik aliaa.
adik nadia.
mama.

dah habis langkawi, habis laaa cuti rayaaa.
kena balik nilaaai dan FINAL EXAM.
haiyaaaaa. ni yang malas nak cakap pasal exam.
kan best kalau exam takdaa. hee~
keep on dreaming la makcik.

thats all, 
byebye :)