Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sunday, December 5, 2010

cari kawan macam orang gila.

Aku ada banyak kawan, tapi entry kali ni aku nak cerita kawan aku yang paling gila    gila.
letak gila saja nanti macam aku kawan ngan orang gila yang pakai selekeh, tak mandi setahun, rambut dah macam wire telefon rumah, gigi jarang jarang warna hitam dan ada ulat gonggok kat celah gigi tuu. bukan yang tuuu, bukan.
terima kasih pakcik google bagi pinjam gambar.
agaknya apa yang menyebabkan pakcik ni jadik gila eh?
aku tak sampai hati nak describe orang gila camni. 
haha.

aku suka kawan dengan orang yang tak kisah dengan perangai aku. aku ni kekadang suka buat benda yang memalukan. bukan kekadang sangat la, tapi macam selalu ja aku rasa. muahahaa. 
contohnya ;
aku selalu kutuk atau bahasa lembut dan ayunya di panggil kritik (lembuut la sangat) kuat kuat sampai orang tu dengar. kan dah kantoi. bodoh tak? *baik cakap tak. kalau aku ada kawan yang gila gila, dia akan gelakkan aku ja. kalau kawan yang tak gila atau skema dia akan cakap "hang ni buat malu aku ja. takmau kawan la." pastu terus belah tinggal aku sorang sorang sambil melutut tegah jalan bergenang air mata. ok dah, tipu.
contoh dua ;
kalau pergi jalan jalan, aku suka kalau buat benda gila gila macam kacau kacau kawan aku ataupun orang yang aku tak kenal macam couple. hahaha. kekadang aku pergi menyibuk time couple tu tengah tengok tengok barang sambil buat muka selamber, tak pon aku ikut bontot couple tu dekat dekat sambil buat muka sangap. maksud aku muka takda perasaan. weh, gila dak aku? kalau aku ada kawan yang gila gila dia akan lagi cabar aku buat benda gila. kalau aku ada kawan skema lagi bertauliah dia akan tinggalkan aku macam tuuu ja. takda feel langsung.

aku tau aku berperangai syaitanirrajim. syaitan pon menyampah ngan aku gamaknya.

tapi aku tak kisah orang nak cakap aku lalok ka hapa, baru la ada fun in our life. asyik nak jaga maruah dan harga diri tapi memang la kena jaga semua tuu tapi kau jangan la over sampai pergi guling guling tengah jalan buat sawan pulak ataupun pergi ciom mulut depan pavilion kan. itu macam haremm jadah pulak. tak bagus ya anak anak murid cikgu. cikgu taknak anak murid cikgu jadik macam tuuu. *sambil cabut bulu kaki. haha.

ini adalah contoh kawan kawan aku yang berperangai macam itik hisap ganja ;
syira
dia ni memang la gila tahap gila.
dia ni lagi suka cabar aku buat benda yang memalukan.
tapi aku pon satu bangang ikut ja cakap dia. haha
aku suka dia bila aku cubit, tumbok bontot, tendang tendang manja dia tak marah pon. 
tapi kau jangan over sampai nak cucuk lubang hidung dia.
kalau yang tuu memang terus dia jadik hulk.

maz
aku suka kacau dia dalam kelas sampai dia gelak gelak pastu takleh tulis.
sebab tangan dia dah geli sebab gelak banyak? err, paham kaa? arghhh.
faham tak perasaan aku bila dapat kacau orang dalam kelas? 
rasa macam nak sendawa. ahh.
madi
dia ni pon boleh tahan jugak kegilaan.
kalau aku merapu dia boleh tambah tambah lagi isi kandungan kemerapuan tuu. haha
dia jugak kaki jalan. 
*memang la kaki untuk berjalan kan, mana ada kaki untuk makan. 
maksud aku suka pergi jalan jalan la. kalau ada duit ja memang hari hari bejalan walaupun kat tempat yang sama. muahaha :D
itu kawan kat uia, ni kawan time sekolah pulak ;
t'en
tudiaaa, ni lagi taukeh along jual penyapu punya.
kalau aku merapu dan mengarut dia lagi up kemerapuan beliau. haha
aku suggest takyah kawan ngan dia, nanti habeh berserabut urat saraf dalam perut sebab dok gelak banyak. 
tapi best, sebab dia gila ! 
*yelaaa, orang gila memang sentiasa best sebab tak banyak prob. haha

jaet/ pakcik
tudia gambar nak skema jaaa.
padahal perangai gila gak. haha
dia suka buat muka 'buruk buruk'.
pastu asyik nak lawan cakap aku, aicehhh macam aku ni taukeh lak orang kena dengar cakap aku. haha
syuu
aku jarang jumpa dia sebab dia kat um.
tapi tak penah lost contact lahhh, aku rindu gila dia.
tengok, kawan gila camni la yang aku nak. gila gila dia pon aku rindu gila dia jugak. haha
dah lama aku kawan ngan dia since form 1 :D
beehah.
ni pon aku kawan since form 1 sampai masuk uia pon sama sama.
dia ni suka melawak gila gila punya.
pastu suka tipu tipu tapi memain jela.
aku penah tertipu kaw kaw punya dengan dia.
tapi sekarang dia dah takleh tipu aku, takkan termakan punya.
aku makan nasi jaaa. haha

banyak ja lagi kawan aku yang gila vavi punya. tapi aku rasa macam dah panjang gila ja entry ni. laen kali story lagi pasal kawan kawan lain okeh? 
entry kali ni banyak pasal gila jaaa, jangan jadik gila sudah. bahaya tuu, boleh menyebabkan sakit jantung. bahaha :D
see yaa,
byebye :)

Friday, August 20, 2010

pendatang tanpa izin.


hello hello.
eh, assalamualaikum semua. 
apa khabar? harap harap sihat selalu hendaknyaa. 
HAHA ! 
apa hal aku jadik sebegini skema?
takmau ! takmau !

jadik normal balik. hee~

nak tau cerita hari ni?
tragis gila kauu.
aku xsempat nak menikmati keindahan pagi dan tengahari punn, tahu?
petang tuu dalam pukul 6.30pm baru aku dapat menghirup udara segarr.
*wahhh, macam hiru udara tuu pakai straw ice blended pulak. sedaaapnya :D

ini bukan pasal aku tidur, aku tidur sampai pukul 12 jaaa. jaaa? 
ok la kann? HAHA
aku escape kelas wehh. bukannya sengajaaa, OVERSLEPT laa.
penyakit ni memang tak boleh dibendung.
takpaa, miss hanita(lecturer grammar) paham aku lahhh ! haha
*dengan muka konfidennya !
hoyyehh !

lepas aku bangun tuu kan.
terus aku practise untuk demonstrative presentation aku(subject oral communication)yg harus dipresentkan hari isnin ni. wuuuu ~
WISH ME LUCK GUYS !

lepasss tuuu kann, aku online jaa, pastu borak borak, main main ngan bebudak dorm.
uwaaaa. 
SANGAT rilek akuu ni. petang tuu pergi bazaar pulak. 
kalau pergi bazaar tuu, selagi tak pukul 7 memang tak balik.
haihhhh, tahhh nak beli apa la sangat. padahal boring gila bazaar tuu. 
sumpah !
dah laa murtabak pon takda. kalau aku makan kat rumah tuu la menu wajib. 
favourite !

lepas solat terawih tuu, aku terjumpa dengan Izy ngan Nani(bebudak dorm lama time first year). seriously rindu gila ngan merreka. sebab tuu aku buat keputusan untuk menjadik pendatang haram kat bilik mereka setelah diajak.
 
dan malam ni  aku tidur kat bilik E1-4. 
hmm, tak sama dengan bilik dulu masa aku dudukk dengan hampa semua.
rinduu kann masa kat bilik dulu, A2-12. 
masa tuu memang havoc gila la bilik.
hari hari, tiap tiap malam bising. 
*tetiba rasa nak jerit jerit macam dulu dulu.

tak rindu kaa wehh?

ingat tak time kita buat GEDIK GEDIK DINNER?
sebab nak celebrate hari hari last kita duduk sama sama :D

sarangheyo :)

dari kiri atas : izy,pip, mas, kakwan, jaff, aku ejah, nani, kecik.
dari kiri bawah : yana, atie, madi, fatin(telindung oleh tangan madi), hana, bha, sabila.

cumel nyaa kita kan ? kan ?
eh, maaf terperasan pulak.
xcumel punn, buruk macam udang jaa. haha

masa duduk satu dorm dulu, memang terserlah lahh segala sifat natural kita.
takda nyaa nak cover cover kan? 
pakai seluar londeh la, rambut serabai serabai, makan pun gelojoh macam munyet dapat bunga. 

errr  =.="

syukur kita dapat kenal lebih rapat.
antara kita ja tauuu perangai baik buruk bebudak bilik kita.
jangan kecoh kecoh lak sapa yg suke tidur berdengkur malam malam.
aku tauu. aku memang sure tidur tak berdengkur.
*ceee ceee cover lak. haha

kekadang aku rasa rindu gilaa sampai nak nangis, tapi tak jadik sebab kat dorm kalau nangis nanti org nampak laa.kena carik port yg tersembunyi. haha.

apa apa pun, aku harap kita tak lupa kenangan kita duluuu.
walaupun dah jauh sikit sekarang.
nanti dah pakat pergi Gombak, kita lagi jauh.
jangan lupa tauu weh? *ini amaran keras, bukan sekadar ayat ayat emo dan sweet :DD

saya di dalam bilik kawann kawan dorm lama, tapi saya keseorangan dan teringat akan kenangan kenangan kami. mereka ada kawan baru dan mungkin saya tak diperlukan sangat. tapi, takpa saya sangat berterima kasih kerana anda sudi mengajak saya tidur di dalam bilik anda. saya masih sayangkan kalian.
thanks again :)

saya sangat sayangkan kawan kawan saya macam saya sayangkan negara saya, Malaysia.
*sambil pegang bendera Malaysia. saya sangat bersemangat kenegaraan :DD

thats all,
byebye :)

p/s : Truly great friends are hard to find, difficult to leave and impossible to forget.