Showing posts with label luahanperasaan. Show all posts
Showing posts with label luahanperasaan. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Dah lama tak menangis ? Mai baca entry ni. sob sob

hello people.

fine la lepas dah lama takk update belog ni, harini gua nak bagi motivasi sikit. tudiaaa, nak bagi motivasi macam nak bagi masalah ja kan. main cakap gua gua pulak.

sebenarnya video ni yang buat aku nak bercerita kat sini. watch it ,

Menangis gua, mencurah-curah air mata kat atas keyboard 
:'(

Despite of discussing about his vocal, yes he surely has a veeeery good vocal but he also has a veeeery tough life. His life story back since he's 5 has motivated me. I'm thankful for what I have, thank you Allah.

bayangkan la umur 5 tahun dah hidup sendiri. adik aku yang umur 5 tahun tu pun nak kena bagi mandi lagi. angun pagi pagi menangis sambil meraung meraung "nak mamaaaaaaaaaaaaaaaa" padahal mak dia elok ja dok tidoq sebelah dia. makan buah rambutan pun aku jugak yg nak kena kopek kulit. baju sendiri pon kalau dia yang carik memang dapat baju kaler merah seluar kaler oren, bapak huduh la kan.

ni bayangkan si SUNG-BONG ni, umur 5 tahun tidur tepi jalan, makan nak kena carik sendiri, nak carik duit kat mana ? sapa nak kopekkan kulit buah rambutan kat dia ? ishh, yg tu jugak yg aku pikir. =.='

sepuluh tahun kot dia kopek kulit rambutan sendiri, maksud aku,  dia buat semua benda sendiri padahal takat umur 5, 6 tahun tu kita mana penah buat semua benda sendiri. macam mana dia hidup masaa tu ? kesian gilaaa. umur 15 tahun baru nak masuk sekolah, mesti susah dengan yuran lagi, nak beli buku, beg, baju. haihhh.

kita sepatutnya bersyukur sebab kita ada kehidupan yang lebih baik daripada dia.
Dalam hidup kita kena tengok orang yang lebih bawah daripada kita, barulah kita bersyukur.

C'mon people, show your support to Sung-Bong here.

Friday, December 3, 2010

betul la.

betul la aku ni tak matang.
betul la aku tak boleh kahwin lagi.
betul la aku tak kuat. aku tak kuat nak hadapi masalah.
betul la aku pernah jatuh basikal.
betul la aku selalu kalah dengan air mata.
betul la aku takleh kahwin lagi. (ni yang paling sedih sekali, sebab tu ulang)
betul la aku tak boleh nak selesaikan masalah sendiri.
betul la aku cacat otak. eh, ni tak betul !
betul la aku pandai masak maggi ja.
betul la aku yang hilangkan anting-anting mama aku dulu.
betul la aku banyak masalah sekarang.
betul la aku sedih.
betul la aku nak balik rumah !
betul la aku dah rabun. 

ok, dah letih.
bye :|

Monday, November 15, 2010

Pengakuan.

 susah ! 
susah !
susah !
susah !
susah !
Susah gila nak pakai Adobe Photoshop.
haritu aku dah pergi workshop pon still tak pandai jugak.
tapi mugkin sebab workshop tu 2 jam ja.
dia tak sempat ajar banyak.
tapi dia dah ajar basic, pon aku taktau guna.
apa ni, apa ni.
pastu baru nak main main ngan adobe photoshop tu, 
dah habeh lak trial dia.
pakcik CC la ni yang bagi kat aku tak ori.
bengang gilaa..
macam nak tampaq tampaq !

rasa macam nak pergi beli yang ori yang berharga beratus ratus tu.
tapi, kalau tak pandai jugak, tak guna gak kan?
HAHA.
Aku ingat dalam kepala hotak aku ni,
banyak la jugak pengetahuan pasal IT, pasal PC.
tapi, sekali p kelas komputer banyak jugak yang aku taktau.
tapi aku berminat nak tauuuu, harap harap lepas habes kelas komputer ni aku boleh repair laptop sendiri, boleh modified windows, boleh hack orang.
wahh, melampau hang ! 
patut la Allah bagi aku kurang pengetahuan pasal IT.
HAHA.
Tapi, tapi first thing aku nak jadik otai ADOBE PHOTOSHOP dulu,
pastu aku nak otai DSLR pulak.
biarla aku lambat daripada orang pun kan?
kisah pulak akuuu :p

Tuesday, September 7, 2010

'terima kasih'


 Assalamualaikum.
hye hye hye.
lama ta jumpa kann ?

Ribuan 'terima kasih' diucapkan kepada seorang wanita
keranaaa.. 
sebab dia laa aku rasa nak edit belog ni.
kalau tidakk..
BERHABUK, BERSAWANG lagi laa belog ni. 
haha.

Napa dah malas tahh nak edit belog.
dulu semangat mengalahkan PM lagi. *PM semangat kahh ? haha
padahal banyak ja benda nak cerita.
tapi tak tercerita.
ada cerita pasal aku beli kasut raya, cerita lawak, sedih, aku belakon.
macam macam kan?
kalau gabung semua buat movie mesti 15jam baru habes cerita. HAHA
ada ka org nak tengok cerita lama lama camtu.
panas ponggong woo ! haha *melebih la hg ni dayah :|

ok, dah takyah melebih.
kembali ke cerita asal.
pasal kahwin kan?
eh, bukan ka?
*asyik pikir kahwin jaa.

ini pasal kakak yg aku dh cakap 'terima kasih' tuu.
sebab dia la belog ini kembali bercerita. haha

ini bukan cerita sweet, terharu atau bangga mengenai kakak tuu.
aku sangat MARAH dan MARAH dan MARAH ngan kakak tuu sebab dia sangat.
well, boleh dikatakan KURANG HAJAR ! *sila notice aku gunakan capital letter.

Semalam. tanggal 8/8/2010, hari apa tahh tak engat ! haha
aku dan jugak family aku yg terdiri daripada abah, mama, aku, adik nadia, adik alia dan adik.
kami pergi shopping raya.
pastu masuk la billion kat seberang jaya. *taktau kan tempat tuu ? takpa, nk gtau ja. haha
ni kat google jaa :D

masa tuu, abah nak carik seluar raya dia. *acecece, abah ada seluar raya. err ? :|
aku ja teman abah carik seluar, sebab aku takda benda nak beli.
mama ngan pengikut pengikut lain carik barang lain.
pastu pastu, kat situ la ada kakak yg aku ceritakan dari tadik.
kakak tuu promoter kat situ.

abah memula dah tanya dia..

"adik, seluar saiz 34 ada dak?"

kakak tuu pun carik carik, dan dia cakap takda.
abah pun sedih. kesian abah :(
abah pun usya usya kat tempat tuuu lagi.
lama pastu abah p tempat lain, nak carik lagi seluar.

tapi kann, lama pastu abah p lagi tempat tadik.
sebab abah memang suka seluar kat situu. aku pun sukaa. *ish, menyibuk ! haha
kakak tuu pun datang lagi. 
memang aku nampak muka dia macam tayik ayam retak seribu dah time tuu.
dia nak marah lak org datang banyak kali.
biar laaa kan ? orang nak beli.
kalau taknak jual, baik tutup ja kedai tuu.
pakai semua seluar seluar tuuu. DUH !

tau dak, abah aku pegang laa seluar lain pulak nak tengok tengok.
kat tempat sama lagi la ni.
masa abah tengah pegang pegang seluar lain kann,
kakak tuu tetiba jaaa, dengan tanduk setan kat kepala diaaa..
YES, ADA TANDUK. AKU NAMPAK ! 
dia tarik seluar yg abah pegang.
boleh belahhh dak ?
 
pastuu dia cakap..

"takdaaa laa kat sini seluar saiz 34!"
sila baca dengan nada bebai.

kurang hajar bin babi kann ?
geeraaaaaaaaaaaaaaaammmm !
habis pahala puasa akuu.
kakak tuu mesti tak puasa tuuu. perangai macam setan.
dah setan kena ikat, dia pulak jadik setan. fuck off !
pandai pulak setan ni kacau dodol. nenek dia ajar kot :D

aku terus pandang kakak tuu dengan pandangan yg tajam setajam keris tokwan akuu.
tapi ni bukan pandangan menggoda ok. tak kuasa nak goda kakak tuuu.
aku macam nak jerit jaa, kurang hajar.
tapi, abah adaaa. tak elok pulak.
aku cakap selow selow, tapi bajet kakak tuu boleh dengar laaa.

"eleeeeeeeehhhhhhhhh, biaq la org nak tengok, tarik tarik apa, kurang hajaq betoi.. blaa.. blaa. blaa"

terus aku berleter kat kakak tuu sambil aku bejalan belahhh daripada situ.
abah memang belahh awal lagi.
kesian abah kann ? mesti dia sedih ?
yelaaa, perempuan tuu kurang hajar dengan dia. 

sampai ja dekat mama kann, 
terus aku cerita kat mama dengan penuh perasaan marah dan geram.
tapi, mama senyum jaaa.
errr, kenapa kenapa kenapa ?

lepas abah dah dapat carik seluar lain kannn,
aku tak sengaja terpandang perempuan yg kurang hajar tuuu.
tapi aku jeling sejeling jelingnyaaaa. 
sampai aku rasa mata aku boleh juling. serious ok ! 
kalau boleh ambik gambar masa aku jeling tuu then letak dalam belog ni.
mesti aku boleh dapat anugerah mata terjuling ! HAHA.
eh, jangan gelak. aku nak serious.

lepas ni dah takmau p billion lagi.
nak boikot ! 
nak boikot !

moral of the story *ecehhh, bagus betol belog aku siap bagi moral value lagi. eheh :)
1. hormati laa orang tua walaupun dia tu bukan ibu bapa, atok nenek mahupun kaum kerabat kita.
2. kurang hajar tuu amalan syaitan nirrajim. jadi, tak payah la nak tiru dia. biar syaitan ja buat perangai syaitan, kita manusia buat la perangai manusia. jangan jadik syaitan, bukan elok pun. dah la ada tanduk. awak nak ka ada tanduk ? 
3. banyakkan bersabar dibulan puasa yg mulia. dah penghujung ramadhan ni, harap harap kita dapat kawal perasaan yg tak elok tuuu. 
4. tak lama lagi nak raya. *ok, ni bukan moral of the story. haha

*sila baca perenggan di bawah dengan nada chef wann :|
jadi, adik adik, abang abang, kakak kakak, sayang sayang. eh, sayang tuu tak payah. haha.
marilah kita mengambil iktibar daripada cerita ini. lebih baik kita buat orang suka kan kita daripada orang benci kita. ambil yang sedap, buang yg basi. betul kannn ? :D

dengan ini, 
tamatlah cerita.
byebye.

p/s : Selamat menyambut hari hari terakhir ramadhan dan selamat hari raya Aidilfitri. 
Maaf Zahir dan Batin.
       Kat kakak promoter tuu pun, sorry !

Through out last two week, I've learnt a lot about forgiveness and respect.
So, here are the quotes :
 Forgive your enemies, but never forget their names.
As we grow as unique persons, we learn to respect the uniqueness of others