Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Selesaikan masalah dengan pop pop ?

Sapa yg ada masalah tu bawak bersabo lah. masalah ni kat mana mana pon ado. kalau p sampai ke hujung dunia yg ada polar bear tu pon masalah boleh ada. eh, msalah besar tu, nak kena hidup dengan polar bear pulak. memang carik masalah betul. haha yg tu dia carik masalah sendiri, aku taktau dah nak tolong mcamana.

Yg masalah dok carik kita ni yg aku nak tolong. aku nak tolong pon takda banyak la yg aku boleh tolong. cuma aku harap apa yg aku tunjukkan ni boleh la tolong hampa lupakan sat masalah masalah yg susah-gila-nak-mati nk selesaikan tu. selalunya kalau kita dok seronok seronok, gelak gelak gelak dan gelak lagi orang kata boleh la jugak lupakan masalah. jom kita test betoi dak apa orang kata tuu..


nah amik BESAR gambar, bagi cepat sikit lupa masalah.


lawak bonar, gaya apo sebonarnya ni haa. ce tengok tangan tu, kahaq sangat kot. ce p SPA bagi tangan gebu dan tau dak kat Malaysia ada GYM ? tempat tu boleh bagi badan ketul ketul. baru semart, ni macam tulang spongebob ja badan. alang alang nak tiru, tiru la bagi habeh, buat plastic surgery. baru aummmmmmmmm ! haha

kalau menari power, suara merdu okay la jugak kot nak support ! ni aku tengok macam.. 
haa, apa kata letak nama group ni spongebob ataupon pop pop ?

Sunday, March 27, 2011

eh, baru sedar.

aku ada blog rupanya, aku baru sedar dua tiga hari yang lalu. tak sangka aku dah hilang ingatan. eh, kasar sangat ayat tuuu, lupa daratan baruu sopan santun sikit.

sebenarnya nak cerita aku tengah cuti ENAM BULAN bukan enam minit mahupun enam hari mahupun enam minggu tapi ENAM BULAN. nampak dak ke-OVER-an aku tuu ? haha. dan aku jugak dah habes program pengajian asasi (taktaula betul ka dak ayat ni) dekat Nilai. Serhoonokkkk tersangat sangat sangat sebab aku ingatkan aku dah memang kena tua kat Nilai tu sampai beranak pinak pon kena stay sana lagi. tapi nasib dah habes. 2 tahun kot aku kat sana. 2 kali raya baru habeh. raya tahun ni aku raya kat rumah la pulakk :DD siap boleh puasa sebulan lagi kat rumah. seronok dak ? eh, buat apa aku tanya hampa kan ? hampa tak boleh cutiiii ENAM BULAN macam akuuuuu. hahaha. okay okay tak cakap macam tu lagi dah. 

buat pengetahuan anda, aku sekarang ni memangg free 24/7. takda buat apa pon kat rumah. carik kerja pon idak, study untuk muet pon idak. HAHA ni bukan salah aku, salah cuti la sapa suruh lama sangat aku macam rilek rilek la dulu sebab rasa macam lambat lagi nak habeh cuti. kerja ka apa ka rilek la dulu kan ? ngehngeh ;)

oh, ya ? nak tau dak kenaapa aku dah lama tak update blog ni ? *yg taknak tau p tekan tanda pangkah kat atas tu sekarang.* aku sebenarnya bebai (marah, tunjuk perangai) sebab aku punya belog tak lawa, orang lain punya semua lawa lepastu aku tak pandai nak decorate decorate semua. disebabkan rasa menyampah gila tengok belog ni terus aku rasa menyampah nak bukak sampai lupa daratan kat belog ni. BAHAHA ye, aku tau la takdak sapa hairan pon aku nak update ka idak. fine laa fine.

aish, buat sedih sedih pulak. 

DAH, SEKARANG NI AKU NAK P MAKEOVER BELOG AKU LAWA LAWA. TUNGGU TUNGGU !

Friday, January 21, 2011

Rasa macam nak update, tapi malas, tapi nak edit, tapi takdak idea. ada sebenarnya tapi malas.

I am so not in mood of updating my blog.
Got no idea.

Tonnes of assignments to be done.
 
Busy with sports. Oh yeah, I'm participating in futsal and the match will be tomorrow. 
Harap harap boleh menang. sangat berharap.


And in other words, aku pemalas rasa macam nak tidur ja sambil berdiri,

sampai tak sedar hingus dah jadik belon,
kenapa semua nak gambaq karton ni ? tak paham.

that's all.
byebye :D

Saturday, January 8, 2011

Nama aku ditukar tanpa kerelaan.

Assalamualaikum.

Penah main google translate dak?
Aku ngan bebudak dorm selalu gila kot main google translate ni. 
aku tau benda tu bukan untuk main.
aku dah salah gunakan kuasa ajaib aku.
tapi,
tapi memang lawak habes kalau buat benda main. 
tak caya tengok ni..

click untuk penambahan ukuran gambar.
Terima kasih Google Translate sebab dah tukarkan nama aku.
yang aku tak paham,
Kenapa WET NURSE ? 
Apa jadah tu weh ? 
WET NURSE tu apa ? 
nurse basah ?
HAHAHAHA

Nurse yang selalu kena simbah air dengan patients maybe ;)

Tuesday, December 14, 2010

"Aku saja jaa. haha"

Aku jalan pergi kedai runcit milik cina muka jambu takda bulu.
"Weh, kenapa Zabedah Wahab? Nama sapa tuuu?"
"Aku saja jaaa. haha"

Aku pergi kedai makan pakcik rock takda rambut kat depan.
"Weh Zabedah Wahab. Bapak veteren nama kau. Mana kau dapat?"
"Aku saja jaaa. haha"

Aku pergi kelas dekat belog C yang banyak pakcik misai naik motor a.k.a Pakcik Guard.
"Zabedah Wahab. hahahahaha. Nama nenek kau ke weh?"
"Aku saja jaaa. haha"

Aku tengah sibuk check baki duit aku dekat ATM bank lalat Muamalat. 
check jaa, nak keluarkan tak mampu :(
"Zabedah, kau tengah keluarkan duit ka? eh, camana kau boleh dapat nama Zabedah Wahab?"
"Tak laa, aku tengah cuci tapak kasut ni. Aku saja jaa. haha"

Tengah tidur dengan gaya monyet cabut bulu bulu rosak sambil usya member cabut bulu kaki.
aku pikir ada persamaan jugak member aku dengan monyet,
tetiba ada announcement ;
"Perhatian kepada wanita yang mengaku sebagai Zabedah Wahab. Sila kembali kepada diri anda yang sebenar"
"Aku saja jaa. haha" (sambil gigit gigit besi katil)

Kenapa semua manusia (hyperbola disitu) nak tanya kenapa aku letak nama tuuu? Aku macam nak ja pakai banner yang diikat dengan tali, tulis ;
'Nama aku dekat FB Zabedah Wahab sebab takda sebab pun. Lu ada masalah? Jumpa gua belakang kedai mamak' 
pastu gantung dekat leher. 
(bajet macam gangster tengah tahan nak terkencing, muka berparut, baru lepas keluar gym sambil pakai singlet.)

anyway, aku tak marah pon uolllllss tanyaaa. ini entry gedikss saja sebab esok takda exam. tapi esok, esok, esok dan esok lagi ada exam. arghhh :\

Semoga awak berjaya ! 
:D

Saturday, November 13, 2010

Williah Shakespeareah.

Aku akan jadi William Shakespeare versi pondan harini sebab aku kena buat sajak weh !
sajak dalam bahasa inggeris.
Time ni segala penyakit penyakit berperangai setan nak join aku buat sajak.
sakit kepala lah, sakit kaki lah, pusat berdenyut lah, jerawat pon nak menonjolkan diri beliau masa ni jugak.
haihhh.
Nama William Shakespeare jugak akan ditukar sebab aku perempuan. 
jadik Williah Shakespeareah.
Amacam? gempak?
Jom bayangkan shakespeare yang botak kat depan
|
|
|


bertukar jadik macam ni
|
|
|

pewwittt ;)
bak number sini, cun sangat misai tu ! 
"Nama sapa?" 
"saya Williah Shakespereah."
jawab beliau dengan nada gedik.

Ohh, nanti kalau dah siap sajak tuu aku post kat entry baru ok? 
nak buat terbaik lagi daripada shakespeare punya sajak. *berangan.
buat pasal perang ok? ataupun pasal cinta? 
:\
p/s ; cakap pasal jerawat eh, cakap pasal William Shakespeare ni, aku jadik MC untuk malam 'Shakespeare's Night' kat campus aku ni. nanti aku post entry pasal tuu ok? sekarang ni gambar dia tak dapat lagi.

Friday, November 5, 2010

Ketagihan.

Harini sangat bohsia bohsan la abang abang dan adik adik sekalian. Walaupun harini adalah hari Deepavali, tapi kenapa aku tak rasa kemeriahan tuuu? Nak makan laddoo, nak pakai sari. Nak pergi raya lahh, boleh dak? HAHA.
GILA !
Harini jugak abah nak masukkan duit. Oh no ! Oh no ! *muka menggigil gigil sambil mengetap gigi.
Kenapa aku takut dan tak suka? Sepatutnya aku gembira dan bahagia. Tapi, ini semua disebabkan gerai gerai kat bawah tuuu. semua dia punya pasal lahhh. sekarang dah hilang aku yang dulunya suka pergi ke atm dan cucuk cucuk dia dan tekan tekan dia. aku rindu aku yang dulu. *over. haha
Anda mesti tertanya tanya kenapa aku over begini kan? Sebenarnyaa, kat campus aku ni tengah ada 'Raudhah Festival'. Macam macam aktiviti ada kat sini, ada gerai bukak banyak gilaaa jual makanan, baju, selendang, kasut. Memang best untuk sesapa yang rasa duit dia banyak gila sampai tak tahu nak buang kat mana. haa, jawapan dia kat sini laa. Memang kompem boleh habis duit wehhh. kalau dia bertapa kat sini sehari dua boleh tahan la jugak. ni dua minggu wehh, dua minggu ! memang tak menahan.dah laa depan blok asrama aku. pergghh ! sebab tu la aku nak keluarkan duit kat atm pon tak berani. kalau hampa, ada beran?
kalau asyik membeli jaaa, alamatnya tak berasap la perut ni. haha
Tapi, tapi harini aku nak cerita bukan pasal festival tuuu saja. aku nak cerita pasal ketagihan. bukan ketagihan dadah sepertisyabu mahupun ice tuu. tapi aku nak cerita pasal ketagihan lain berdasarkan pengalamann yang aku pernah nampak ataupun yang familiar dalam kehidupan aku. buatpa nak cerita benda yang aku tak tahu dan tak penah rasa. kalau hampa nak aku cerita jugak, bagi aku rasa dulu dadah tuu. then baru aku boleh cerita. ok?
Ketagihan #1
Game ;
Ini memang bukan setakat berlaku di sekililing aku. sekali ngan aku sekali terjebak dalam kancah tak bermoral ni. haha *sambil buat gaya pengacara 999. tapi, ketagihan kepada game ni biasala kan? bukannya teruk sangat pon. kalau game yang tak teruk dan menunjukkann moral yang tak baik tuu memang la salah kan? ini aku ketagih dengan game tembak tembak, race kereta, game jalan jalan macam mario. tuu pun tak menang menang lagi aku main. sedih betul. selalunya aku main game dekat sini. alahhh, game bebudak ja yang adik aku umur 4 tahun pun main game tuuu. Haaa, adik aku tuu lagi la teruk kalau dah start main game memang susah nak berhenti. kalau suruh makan pun takmau dahh. petang petang selalunya keluar main dengan kawan kawan, tapi dia sibuk nak main game. dia pernah main dari pagi sampa petang. mama abah aku pun dah naik takut dengan dia. hahaha. yelaaa, dia pernah main sampai mata bengkak. yelaaa, mengadap skrin tuu jaa, mau tak bohsan mata dia. lepas dari tuu abah aku dah tak kasi dia main sangat dah. abah aku selalu bawak dia tengok benda benda hijau macam pokok, rumput, kacang hijau, dinding yang kaler hijau. haha. macam macam laaa, sebab nak rehatkan mata. budak budak kalau mengadap depan skrin lama sangat pon takleh jugak, kan? aku dah tuaaa, takpa laa :D
Ketagihan #2
Novel ; 
Ohh, ini bukan akuu, tapi orang sekeliling aku. Aku tak berminat sangat, tapi aku nak cerita macam mana keadaan orang yang boleh dikatakan gila novel. Aku ambik contoh sepupu aku, sorry cik anisah :D Dia pernah paksa aku tauu baca novel. bayangkan kena paksa dengan buat benda yang kita tak suka? sama macam kita paksa ikan minum air oren tauuu. tak suka ! dia cakap ; "baca laa ni, baca laa. best gilaaa, rugi tak baca. nah nah amik ni baca jugak !" sambil tikam tikam aku dengan pisau sembelih lembu.tapi, nasib baik best novel tuu. siap nangis nangis sikit, biasalaa, baca novel mesti mau feel kan? haha. tak sangka aku layan juga novel tuu tapi satu tu jelaa. lepas tu aku takda pon rasa nak baca lagi macam orang meracau nak bf/gf. haha. sepupu aku yang gila novel ni jugak sanggup simpan duit untuk beli novel ni. Pastu kumpul bertimbun timbun satu rak buku penuh novel. Dia akan berusaha untuk habiskan bacaan novel tu dalam masa satu hari. ish, macam buku tu ada expired date pulak. sanggup tak makan, tak tidur. Tidur la jugak, tapi lambat. Gaya duduk semasa baca novel jugak akan bertukar tukar dari semasa ke semasa. Memula rilek ja gaya, lama lama mula la tertungging laa, terkangkang, jatuh katil. haha. Baca novel mesti mau duduk sorang sorang jugak, sebab sat lagi part yang sedih tuu mesti kena nangis. Malu la kalau nangis depan orang kan? duduk dalam bilik, meraung raung kutuk watak dalam tuu "Aku benci lelaki ni, bodoh betul laa. Tak patut tau dia buat kat isteri dia macam tuuu. Tak suka !" sambil tumbuk tumbuk buku. Tak suka tak suka pun sambung jugak baca sampai habes. Bila dah habes, " Sweet gile suami dia, kan best kalau aku dapat suami macam tuuu." Oh My Galang ! Dahsyat betul impak novel ni, kalau orang dalam novel tu wujud mesti dia menjadi pujaan ramai. nasib baik tak wujud. Tapi ketagihan ni pun takda laa teruk sangat. Sekurang kurang nyaaa, kita boleh mempertingkatkan penggunaan bahasa melayu kita masa nak buat karangan nanti. *Ehemm, mari berfikiran positif mulai dari sekarang.
Test sikit ;
Kenapa si Zabedah tu suka cakap kuat sangat? Aku duduk sebelah dia jaa pon, bukannya duduk sebatu. kalau dia bisik pon aku dengar lahhh. haihhh =.="
Orang yang berfikiran positif akan cakap ;
Hmm, mungkin rumah dia dekat dengan airport kot. banyak kapal terbang, jet dan roket turun naik dekat ngan rumah dia dan menyeebabkan bising. sebab tuu dia dah biasa cakap kuat. kalau ikut volume telinga orang yang duduk dekat airport kira dah habes slow la tuuu.
WAHHHH !

Ketagihan #3 ;
Online ;
Ini macam memang kena batang hidung aku ni. bukan takat kena kat hidung, habes satu badan aku kena, macam kena cucuk cucuk dengan jarum. aduhh, sakit ! Bila dah start online dan buat bermacam macam social network macam facebook, blog, yahoo messenger memang susah nak berhenti. Kadang kadang even myspace ngan friendster yang dah tak laku pun orang still rasa best nak main. Sebab apa? sebab benda ni menyeronokkan la. kalau tak seronok sapa nak main pulak kan. Ayam kot. aku tengok ayam macam takda life ja. haha. sorry ayam *sambil kenyit kenyit mata kat ayam. ayam tu pulak buat bodoh ja kat aku sambil dia kais kais tanah carik ulat.

Dah lama pulak aku mengadap skrin bercahaya ni.
Tu tak masuk lagi ketagihan terhadap artis korea yang member aku tergila gila kan gila ! haha.
sakit mata dah ni, nak pergi tengok benda hitam hijau pulak. 
Jom !
Jom ! 
Jom !
byebye :)

Wednesday, October 6, 2010

Misteri kucing hilang.


 Assalamualaikum :D
aku ada story FRESH lagi terlampau BEST nak cerita ni.
tadik kann..

eh, kejap kejap aku kena buatkan susu untuk adik aku. 
haihhhh :\

selepas dua tahun berlalu..

sorry, sorry. 
jum sambung cerita balik. haa, tadik...

eh, sat adik aku nangis pulak..

ouhh, susu aku buatkan tadik panas sangat. haha tak menahan !
panas panas la best. apa laaaa.

dah, tanpa melengahkan masa jum sambung cerita balik dengan hati yang tenang dan gembira. 
la la la la
tadik masa aku tengah feel tengok cerita cinta dan anugerah kat rumah maklang aku,
tetiba cousin aku yang sorang ni kecoh kecoh pasal kucing.
dia cakap kat maklang ak..

"mak, mak. kalau mak jumpa kucing warna oren mak bagitau orang tau."

aku pun pelik, dia nak buat apa sibuk sibuk carik kucing ?
bukan boleh makan buat masak kurma punn.
disebabkan keraguan yang timbul tuuu,
aku terasa nak tanya si asyraf ni dia nak buat apa ngan kucing tu.
tapi, hajat aku untuk bertanya tu terpaksa diketepikan sebab maklang aku dah tanya dulu..

maklang ; hg nak buat apa ngan kucing tu? kucing sapa tu?
asyraf ; tu kucing pakcik yang duduk kat hujung tu mak. kucing dia hilang. 
dia mintak tolong carik, sapa jumpa dia nak bagi duit.
zabedah ; tah, tah dia nak bagi berapa kupang ja kat hampa.
asyraf ; hmm, taktau la kat dia (kecewa)
zabedah ; haa, p jela ronda carik kucing tuu, mana tau dia bagi duit banyak jugak nanti.
asyraf ; dah carik tadik, tapi tak jumpa.

hmm, pelik jugak kucing ni. selalunya kalau kucing hilang ni dia takkan p merendek jauh jauh. dia mesti balik jugak rumah tuan dia. yelaa, kucing yang orang bela bukannya boleh pergi jauh jauh. kalau kena buang ngan tuan dia bagai sampah masyarakat yang terkutuk lagi hina pun lama lama dia sampai jugak tercongok depan pintu rumah. pandai jugak kucing zaman sekarang carik jalan balik rumah. aku syak kucing kucing ni ada gps kot, kalau tidak mana dia tau jalan balik rumah. 
hmm ?

yang lagi pelik, kucing pun terhegeh hegeh nak balik rumah kalau kena buang. yang manusia ada akal ni, orang tak halau dia pulak yang terhegeh hegeh nak lari dari rumah sebab nak ikut lelaki lombok balik kampung. kalau kampung tu elok.... 
"chopp ! chopp !"
"weh zabedah, sudah la sikit sikit membebel. ingat orang singgah sini nak dengar ekau tu bebel ka?"

err, ok telebih pulak. emo ni, gua kesian ja kat mak bapak orang yang lari ikut lelaki lombok ni. 
dah, takyah bebel ok? sambung cerita. katna tadik ?

haa.. lepas tu malam nya pulak time aku nak pergi pasar malam ngan maknjang aku dan cousin aku si asyraf dan jugak kakak beliau si adila, tetiba timbul lagi cerita pasal kucing ni yang hilang tu sebab kami nampak tuan dia tengah carik carik kucing tuu menggunakan torchlight beliau yang canggih. eh yaka? taktau la canggih ka dak. HAHA. 
aku berasa sangat la pelik kenapa tuan dia ni sayang sangat kucing dia ni. bila aku tanya asyraf, rupanya kucing dia ni kucing parsi. cun beb kucing macam tuuu, dah la mahal. patutla dia carik carik sangat. 
si asyraf ni pun sambung cerita ;
"kucing dia tu kucing betina, kaler oren semua. pakcik tu cakap si kucing betina tu baru kahwin pastu dia lari dari rumah, mungkin dia ikut si kucing lelaki a.k.a suami baru beliau."

aku terus sawan dalam kereta tu selama beberapa minit.
  =.="

tudiaaa, patotla dia nak sangat ikut husband dia.

aku baru ja puji kucing kan tadik, ingat manusia ja yang pandai lari ikut laki ni. tak sangka kucing pun pandai jugak. sapa yang ada kucing bela la bebaik. nanti dia lari ikut lelaki susah.
so thats all. 
byebye :)
p/s ; zabedah dalam dialog tu aku laa.

Tuesday, September 28, 2010

" Biar muka tak cantik, tapi jangan pekak "


 Assalamualaikum.

Haaa, harini mari kita belajar peribahasa
:) 
*muka suci 

1) Seperti lembu dicucuk hidung.
maksud : ada seekor anak lembu, dia suka berfesyen. pada suatu hari tuu, dia pergi la jalan jalan kat bandar pastu dia terpikir nak pakai anting anting. tapi, malang betul nasib dia bila mana tokey kedai anting anting tuuu nak tembak anting anting tu kat telinga diaaa, lembu tuu secara tak sengaja alihkan kepala dia kat sorang awek lembu cunnn yg ada sebelah dia. tokey tuu dah laa rabun, terus tertembak anting2 tuu kat hidung dia.

jadi la macam ni..
"dahsyat dak anting anting akuu?" kata lembu.

(kebetulan lubang hidung lembu ni besar, memang masuk anting anting tu kat hidung)

2) Mencari Jalan.
maksud : kalau anda dah sesat, anda kena la berusaha carik jalan untuk pulang ke pangkal jalan eh, pulang ke rumah dengan segera sebelum mak anda tahu anda keluar rumah ikut tingkap. kalau dah carik punya carik, tapi tak jumpa jugak, alamatnya anda kena la pergi beli tar dan penggelek jalan tuuu untuk buat jalan pulang ke rumah dengan sendiri. 
 eh, awat signboard ni takda lukis rumah aku pun? yang ada dia tulis jalan untuk ke taman melawati, kiri. kampung ulu langat, kanan. camna nak balik? *padahal rumah kat taman melawati. nak jugak org lukis gambar rumah dia  =.='

3) Memerah Otak.
maksud : bila anda dah belajar selama lebih kurang 2 semester atau lebih, anda perlulah mengambil otak anda yang dah berkarat tuu, cuci pakai sabun axion (ingat, sabun axion ja boleh) pastuuu lepas dah tonyoh tonyoh sampai hilang semua karat pastu make sure anda peeraaaaaahhh otak anda tuuu. supaya nanti tak berair dalam kepala anda. kalau lambat sangat nak kering boleh jemur dulu kat bawah sinaran matahari atau boleh jugak dalam ketuhar gelombang dengan tahap kepanasan yang paling maksimum bagi menghilangkan kuman kuman yang dah lama menjadi warganegara otak anda. lepas dahh kering pastikan letakkan balik otak tuuu dalam kepala. 
penting tu ! *sambil picit picit cicak yang baru jatuh dari siling.

4) Bermuka Dua.
maksud : selalunya orang ada muka satuu ja kan? tapi bagi sapa sapa yang ada masalah muka berjerawat, berminyak, muka hodoh. *eh, tu bukan masalah* anda bolehlah beli muka anda lagi satu untuk dijadikan sparepart. kalau anda jalan jalan kat area Nilai ni, ada satu kedai tuu jual muka orang. haa, kalau lahh weekend nanti anda nak p dating dan  tetiba jerawat sebesar bola ping pong naik pulak betoi hidung, elok punya dia parking, boleh la anda pakai muka sparepart anda. muka sparepart ni takda expired, kalau tak penah guna memang licin, gebu, merelit (berkilat). kalau dah gamak tak berkilat sangat boleh polish macam kereta. tudiaa !
kalau muka sparepart macam ni, bukan takat perompak lari ni, tikus yang tengah kekenyangan lepas makan cheese pun boleh lari sambil kentut kentut.

tapi laaa kan, dalam banyak banyak peribahasa yang aku pernah belajar dari darjah satu sampai la aku dah tua gayut ni, ada satu 'peribahasa' yang aku tak pernah dengar. alaa, kalau takat bagai aur dengan tebing tuu biasa sangat la kan? ayat tuu tak pernah berubah daripada aku kecik kecik duluu. asyik belajar yang tuu ja. *elehhh, tu pun time masuk exam masa SPM dulu tak boleh jawab, lagi mau mengeluh. HAHA

*pelik gak kann, kalau belajar daripada start masuk sekolah tapi sampai dah nak abes sekolah pun takleh jawab. biasalaa, aku kan short term memory. haha

eh, kembali kepada tajuk. aku nak cakap pasal 'peribahasa' ni..

Biar muka tak cantik, tapi jangan pekak.

aku ambik 'peribahasa' ni daripada kawan aku kat facebook. dia jadikan 'peribahasa' ni sebagai status beliau.
 "tu mak hg cakap, yang mak aku cakap takmau dengar?" 
kata belog, bukan aku.

tauuu dak kenapa 'peribahasa' ni menarik bagi aku?
sebab 'peribahasa' ni macam ada kaitan ja ngan aku. tapi aku lagi teruk daripada 'peribahasa' ni. hahahahahaha
nak tau teruk macam mana?
tengok dia cakap,

"biar muka tak cantik, "

haaa, memang la kena ngan aku. muka tak berapa nak lawa. sekali aku senyum lari semua lembu lembu yang tengah meragut rumput kat padang besar perlis sana. 
lembu jelaaa, kalau manusia waras tak lari. haha

sambung lagi 'peribahasa'

".. tapi jangan pekak"

perghhhh, yang ni pun kena tepat kat bijik mata aku ni haa, tercucuk cucuk macam kena cucuk mata pen ngan kawan aku tadik kat tangan. aku ingat rangkap kedua 'peribahasa' ni nak memuji la orang yang tak cantik ni agar terasa sedap dan keyakinan orang orang seGENG ngan aku ni rasa dihargai siket. sekali, ceit ! kena jugak lagi. aku ni bukan la kata pekak sampai tak dengaq langsung sampai kena pakai alat bantuan pendengaran yang selalunya orang masukkan ke dalam lobang telinga. tapi, kekadang penyakit pekak ni boleh jadik kat aku jugak.ada time aku pekak ni.

1) kalau aku tengah online. tak kira la facebook, belog mahupun myspace dan sebagainya aku akan jadik pekak dan hilang tumpuan terhadap keadaan sekeliling aku. contohnya laa kann, kalau aku tengah online. tengah sibuk sibuk online siap muka berkerut macam nak terkeluar kulit kat muka ni punya berkerutnya laa, nak habaq kata tekun sungguh la online ni sampai kalau orang panggil aku ataupun ajak aku sembang ataupun orang kutuk aku sampai tersembur sembur air liur orang tuu pun aku boleh tak dengar. serious ! aku rasa aku ni sangat la teruk kalau online, tekun tak ingat  dunia. kalau asrama yang aku duduk ni tengah terbakar pun aku tak sedar. orang lain dah lari lintang pukang, terjun ikut tingkap semua dah yang aku ni nak tunggu api tuu cakap 'hello' dulu baru nak lari. teruk, teruk :\

jum bayangkan sat macam mana api cakap 'hello' ? haha
 
2) kalau aku tengah study. ecehhh, ini memang jarang la jadik sebab aku study punn jarang. haha. maksud aku study yang struggle gilaa ni sampai botak kepala. time tuu la baru semua benda yang aku belajar boleh masuk dan membuatkan aku paham segala ilmu ilmu tuu. so, masa aku tengah struggle untuk paham tuu kalau ada orang yang memanggil aku dengan nada yang lembut dan manja, confirm aku buat tak tahu. kena jerit sampai berdesing telinga aku dan aku rasa ada gegaran kat telinga ni baru aku dengar. (maaf, aku suka hiperbola) 

aku ni memang yang takleh concentrate pada banyak benda agaknyaa. yelaaa, short term memory kann, otak takleh function banyak banyak nanti lari abeh urat urat kat otak tuuu dok kerja kuat sangat. tapi tak best laa pulak, mesti member member aku ni tak puas hati ngan aku sebab 
dah la tak cantik, pekak pulak tuuu. 
susah nak buat kawan. nak cakap siket kena jerit.
patut la member member aku semua suara garau macam bapak orang, puas jerit kat aku. haha
sorry kawan kawan saya, ikhlas ni :)

jadi, kalau orang yang tak cantik dan pekak, 'peribahasa' apa pulak yang perlu direka untuk membuatkan mereka rasa dihargai dan berkeyakinan tinggi?
biar tak cantik dan pekak, tapi jangan botak. 
macam tuuu? 

dah, berenti gelak. nak p tanya bomoh sat macam mana nak hilangkan penyakit short term memory. harap harap bomoh tuu educated dan dia tahu apa itu penyakit short term memory. 
-..- 

so, thats all.
byebye ;)

p/s : aku letak 'peribahasa' macam ni sebab peribahasa tu adalah peribahasa rekaan, tak wujud pun dalam buku rujukan peribahasa edisi OXFORD FAJAR.
tak caya try carik !

Monday, September 27, 2010

cerita orang melalak.


 Assalamualaaikum.
apa khabar wahai saudara dan saudari?
ahh, skema pulak. tak suka laaa.

*** lupakan ***

nak tauu takk?
semalam, masa aku tengah study bersama dormmate aku ( ziziezizot, Q, Shaz dan Shima),
masa tuu pukul 1 pagi kott, *biasala, aku kan short term memory mana la nak ingat sangat.
hari tuu aku tidur pukul 4 lebih tauu tak?
first time tidur lambat, boleh masuk WORLD BOOK OF RECORDS.
bukannya aku tak penah tidur lambat, tapi tidur lambat sebab study tuu memang tak pernah sepanjang 19 tahun aku hidup ni. mengalahkan time aku ambik SPM punya study. HAHA
kann aku ada cakap kat entry lepas, aku ada paper INTRODUCTION TO HS.
subject ni memang menggerunkan akuu laaaa. giler !

haa, pastu masa kami tengah khusyuk study tetiba dengar anjing menyalak.
scary kannn?
tahu napa scaryy?
pernah dengar tak orang cakap kalau anjing menyalak tuuuu..
orang cakap ada SYAITONN. orang laa cakap, bukan akuu. 
kalau dia tipu aku punn tipuu laaa. HAHA
tapi memang aku dengar ramai dah orang cakap macam tuuu. taktau la boleh percaya ka dak.
lagipunn, mahallah (asrama) aku ni depan masjid.
SYAITON tak boleh masuk masjid kann?
tapi, anjing tu menyalak bukan kat dalam masjid punn, dekat ngan masjid jaaa.
haaa, SUDAH ! ni yang buatkan aku nak terkencing, boleh mencurah kat sini jugak ni kalau sambung lagi cerita pasal ni.

anjing ni, kenapa nak melalak kat sini? tak boleh ka kat jauh jauh sikit.
jangan la bagi aku cuak. aku ni dah la duduk jauh dengan ibubapa dan bomoh. kenapa pulak kalau jauh daripada bomoh nak dijadikan masalah kann? yelaaa, kalau ada pape macam histeria ka, kan susah kalau bomoh takda. takan nak suruh aku yang buang 'menda' tuuu? alamatnya koma la aku sebulann.

"alahhh hg ni hidayah, anjing tuu melalak hg nak marah. hg taktau yang hg dok melalak, jerit jerit berkaroke tuu kau ingat anjing tuu suka ka?" kata blog.

eh, blog ni kantoikan rahsia aku pulak. anjing tuu suka la ngan suara akuu, dia pernah luahkan perasaan dia bahawa dia sukakan akuuu. dia memang hidup kat dunia ni untuk dengar aku nyanyi. haaa, tengok betapa 'merdunya' suara aku. anjing ja yang tau menilai. bahahaha *hina gila !

tapi ya, aku memang suka menyanyi punnn. nak lagi kalau kat hostel aku ni, contoh dalam shower aku ni punn jadi laaa. kalau boleh menyanyi jerit jerit terlolong macam orang hilang akal memang GEMPAK laaa. kalau boleh hilang suara ataupun berdarah rengkong aku sampai ada keluar biji macam halkom punn takpa. dahsyat betol lahhh. haha.
tudiaaa, siap ada company jual mic versi shower punya lagi.
tokey company ni mesti suka nyanyi dalam toilet jugak, sebab tuu dia reka menda ni.

untuk yang ada tebiat buruk macam aku ni, boleh la beli mic yg macam tu untuk nyanyi dalam shower. sambil menyelam carik penyu, boleh jugak buat tonyoh tonyoh daki kat badan.

tapi mestila aku takkan karoke sorang sorang kann? ada geng baru best ! tambah hingaq (bising) lagi, uwahhhhh. melampau melampau. kalau buat macam ni kat rumahhh, maunya kena batang penyapu takpon jelingan tajam mama akuu yang sangat berbisa tuuuu. boleh nampak bisa tuu kat mata dia wehhh. HAHA

time ni tengah nak p banci. mengikut perintah betul kan bebudak bilik aku. 
bagus ! *tengok laa sapa ketua diaaa(aku), bye.

sejak dua menjak nii, bebudak sebilik aku ni rajin pulak study kat study room.
buat bebudak nerd dan skema tahap 10 tuu lebih baik jangan masuk bilik study ni.
sebab, kekadang bukan jadik tempat study punn. tempat melalak ja lebihhh. haha
pasang lagu kuat kuat, then semua jerit jerit mengasah bakat yang tak dapat ditonjolkan sebelum ni.

ni merupakan sesi balas dendam laaa sebab takleh jadik artis, disebabkan mendapat tentangan daripada ibu bapa masing masing dan takleh masuk AKADEMI FANTASIA sebab tak lepas time ujibakat tuuu. (aku merujuk ni kat bebudak bilik aku, bukan aku ok. sila ambik perhatian) HAHA.

so, better tunjukkan bakat yang terpendam tuuu kat dormmate kann. biar bersepai tayik telinga yang dah tak korek berbulan sampai, ok dahh takyah elaborate panjang panjang. tak makan nasik seminggu pulak nanti.

bila dah masing masing melalak menunjukkan bakat, baru aku tau bebudak ni ada jugak bakat menyanyi.
yang suara macam ning baizura punn ada bila tarik lagu yang tinggi tinggi tuuu. fuhhhh !

aku boleh bayangkan dia tarik lagu yang tinggi tinggi, vibrato suara dia cukup untuk membuatkan aku yang tengah duduk atas kerusi sekarang jatuh terduduk atas lantai. macam gempa bumi pulak jadiknyaa. haha

ada sorang budak bilik aku ni, suara dia memang ada suara vibrate ni yang diperlukan untuk menjadi ning baizura. kalau ning baizura jumpa dia mesti dia ambik jadik orang gaji. hahahahahahhaha :D

ada jugak suara yang macam fauziah latif. tapi dia ni memang tau semua pasal music music ni. pandai main guitar semua cukup. piano, drum semua lahhh. kalau bagi periuk yang mak mak selalu masak tuu pun dia boleh buat drum gamaknyaa. punya la terrer !

aku dan bebudak bilik aku kalau dah menyanyi ni memang kena nyanyi dengan serious, takleh ada salah tone, pitch dan semua lahh yang diperlukan untuk menyanyi dengan sedap dan menyebabkan Alleycat pun jeles. tapi, aku bantai ja nyanyi, pastu selalu kena marah.

"hoi, sabar laaa. tak sampai lagi part tu" =..= 

tengok punya serious nya bebudak ni menyanyi. kalau lagu tuu kena pitch tinggi, haaaa jerit laa sampai suara hang garau macam bapak orang. suara tuu pun kalau boleh kondem kondem ni dia akan tensen sebab asyik kena jerit. takleh nak rehat langsung. muahahaha :D
boleh buat kelas latihan vocal kan bilik aku ni kan? takyah bazir bazir duit nak masuk kelas vocal mahupun bersusah payah nak isi borang untuk masuk Akademi Fantasia. wahhhh ! ('o')


kalau nak nyanyi tu pulak, lagu mesti lahhh POWER ! kalau boleh lagu tuuu yang kena tarik tinggi tinggi dan untuk membolehkan klon ning baizura ni vibratekan suara dia. HAHA.
contoh lagu yang kami selalu 'sumbangkan' suara :

Maroon Five - She Will Be Loved
Maroon Five - Won't Go Home Without You
Kopratasa - Permata (Untuk Isteri Ku)
Christina Aguilera - Hurt
Spring - Pesanan Buat Kekasih
Spoon - Rindu Serindu Rindunya.

Wahhh, memang tak menahan semua lagu nak bantai. haha. masa menyanyi tuu jugak kami akan berlakon kononnya diri sendiri sendiri tu artis yang tengah buat persembahan dengan band kat belakang dan dihiasi penari penari yang menari dekat tiang macam dekat club malam. ok, melampau. tipu tipu ! serious tipu :|

antara dialog dialog untuk bajet atau boleh dikatakan sebagai perasan diri sendiri macam artis adalah seperti ;
  (boleh tiru kalau berminat sebab ini tak membahayakan kesihatan anda mahupun couple anda)
sambil mengangkat tangan seperti melambai lambai dan menjerit "ramai ramai !"
sambil mengankat tangan ke sebelah kiri dan menjerit suruh menyanyi "yeaaa, sebelah sini pulak, saya tak dengar suara anda !"
  (yang ni jangan tiruu)
sambil menghantuk hantuk kepala kat dinding dan tulis nama ning baizura dengan darah yang dah keluar disebabkan hentukan kepala. wahh, kreatif gila ! *yeaaa, sila baca dengan nada ning baizura.

semalam dah berjaga menahan mata sampai pukul 4 pagi, so aku sangat pasti malam ni pun aku takkan boleh tidur sampai pagi. sekali dah buat pernagai tidur lambat yang membuatkan mama aku kalau tau ni sangat marah dan berleter selama berminggu minggu. ahh, hiperbola ! haha


baik pergi main bola sekarang.
eh, maksud aku..
baik pergi tidur sekarang.
so, thats all.
byebye ;)

Wednesday, August 25, 2010

ikan SPA yg comel.


Assalamualaikum.
hai hai hai. *sambil lompat lompat bintang.

saya ada satu soalan.

penah dengar tak pasal ikan spa?
ikan tuu pandai urut urut org.
dia pandai buat facial muka jugak.

HAHAHA

kena tipuuu !
mana ada lahhh.
ikan spa tuu kan, macam ni
nampak tak? nampak tak?

ikan ni makan org tau tak ?
dia suka gigit, sampai darah darah. pastu makan semua tulang tulang orang.
OK, TIPU JA ! :D

harituuu, aku buat spa ikan ni tahu tak ? tahu ?
mesti la tak tahu kann ? haha.
spa tuu 10 minit jaaa.
tapi, sangat malang.
aku ngan member aku masa mula mula nak masukkan kaki tuuu..
rasa sangat gelii. euwwww.
ikan tuu macam gigit gigit. padahal dia takda gigi punn.
dah habis 5 minit baru boleh nak letak sikit.
tuu pun letak sikit sikit jaaa.
dah ikan tuu asyik nak gigit jaaaa.
aku asyik tendang tendang ja ikan tuuu.
nasib baik tak mati ikan ikan tuuu. haha
aku ada nampak ikan yg aku tendang tu tergulling guling.
mesti dia cakap :

" memang la malang nasib aku jadik ikan ni. asyik kena tendang. bila aku dah besar nanti aku nak tendang balik manusia ni "

elehh ikan ni, ada hati nak tendang orang kannn ?
kalau dia besar nanti punn tak boleh tendang lagi laaa.
HAHA *gelak setan dengan tanduk sepanjang 2 meter.
pelik tak ?
macam mana ikan ni boleh rasa nak gigit kaki orang ?
apa yg sedapnya ?
kaki busuk busuk bau setokin tak basuh sebulan pun dia berebut rebut nak gigit wehhh.
ramaaaaaaaaaaaaaiiii, semua nak gigit kaki akuu. KEJI !
banyak sangat benda kotor kat kaki, macam tuu laa. HAHA.

tapi sedih laa, gambar kat sana semua tak clear.
kakak ikan tuu laaa, dia nak tolong ambikkan gambar.
tapi...
TAK CLEAR LANGSUNG !

tak best laaa.
tapi kakak tuu baik.
" takpalaa kakak, saya maafkan awak "
baiknyaaa saya. auuwww ;)
tengok, tak clear kan?
sedih :(

takpalaa, at least ada jugak bukti.
tak tipuuuuuu. hee ~ 
* bangga :D
lepas dah putih bersih kaki kami,
kami punn berangkat pergi ke F.O.S
F.O.S tuu baru dibuka kat Nilai.
Lepas dia bukak, semua orang Nilai bangga. HAHA
Dah laaaa aku ngan Maz masuk F.O.S tuuu dengan  barang Giant penuh tangan.
aku lagi best, pegang satu tray telur ok wehh.
bawakk ja pusing satu F.O.S tuu.
orang tengok pelik jaaa. haha
tapi takpaaa, aku buat jelaaa muka tak bersalah.
aku pegang telur jaa pon, bukan pegang dadah mahupun roti canai =_="
masa tengah usya usya tuuu,
aku nampak satu cardi yg sangat cantik.
kaler merah, ada button button.
ahhh, cakap saja tak best.
nah tengok gambar.

pejam mataaa.

1
2
3

and,
taraaaa !
cantik tak?
kaler dia terang dan menawan !
kalau pakai ngan dress mesti cumel gilaaa.

SUMPAH ! :)

harga dia punn RM15 jaaa.
tapi aku tak beli.
kenapa tahhh.
haaa, sebab aku takda dress kaler merah ataupun baju yg sesuai untuk pakai ngan cardi ni.
so, aku tak beli lagi.
*alaaaa, cakap jelaaa takut duit habis. kedekut punya hidayah.
tapi, membazir tuu kan amalan SYAITAN DURJANA ! :D
bagus tindakan awak, Hidayah.
sila berbangga. 
*terus rasa cam nak pecahkan semua telur yg aku pegang tuuu. HAHA

dann, itulah cerita untuk hari ini.

thats all, 
byebye.

p/s : tak suka naik teksi pergi Giant, dah la mahal. buat habis duit akuu jaaa :(