Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Indonesia boleh tutup mulut.

 Gambar ihsan Google
Alhamdulillah Malaysia dah menang. Bangga gila rasa macam nak pergi tarik ja seluar penyokong Indonesia sorang sorang biar malu. bahahaha ;p

Sebelum ni salahkan laser, kali ni kita tengok pulak diorang nak salahkan apa. geram betul aku bila main game Ameba Pico ja mesti aku kena hentam dengan geng Indon ni. Dah kalah pun nak belagak lagi. susah betul.

Tapi sebenarnya bagus oh penyokong Indonesia, walaupun dah kalah masa perlawanan akhir yang pertama, tapi diorang still tak putus asa. kalau aku, Malaysia dah kalah first game terus aku tak sokong dah Malaysia. bahahaha. BURUK PUNYA PERANGAI.

Berbaloi jugak aku kena marah tadik sebab terlampau bising dan menggangu pemandangan abah mama abang dan adik adik aku kat belakang sebab end up dengan kemenangan. yippi !

Tahniah K.Rajagopal, tahniah pemain bolasepak negara, tahniah Malaysia.

Tuesday, December 28, 2010

Cerita laser.

Susah betul bila penyokong Indonesia tak boleh terima kenyataan diorang kalah. 
Nak salahkan laser pulak. ok, FINE !
tahukah anda ?
Yang sebenarnya, INDONESIA YANG START DULU MAIN MAIN LASER.

gambar ihsan KOSMO.
Penjaga gol Malaysia yang dipancar sinaran laser semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF.

tudiaaa, bukti dah ada. aku memang semangat bab bab nak bergaduh ni.. sanggup p carik gambar lagi. setan tengah beratur kat belakang aku ni tunggu turn nak menghasut. haiya !

berbalik kepada gambar. sekarang ni penyokong Indonesia dah malu balik sebab asyik nak salahkan penyokong Malaysia yang menggunakan  laser 10 hingget tu. amboi amboi amboi, yang mulut depa laser tak mau mau tu takpa pulak.

" Malu la, Malaysia kalah haritu tak kecoh pun dengan laser laser ni. Masa korang kalah nak kecoh kecoh pulak pasal laser. sekali terkena balik. boooooooooo !"

Yang aku lagi marah, tengah aku best best main application Ameba Pico kat FB. "hampa penah main dak ni? best gila game tu, cepat p main sekarang." aku asyik kena hentam ja ngan orang indon pasal bola ni laaa. bengang lak aihh. aku pon p layan, dok maki memaki. terus ada sorang budak ni cakap nak bakar rumah aku. rumah kat dalam game tu laaa, sekali dia letak unggun api kat dalam rumah aku. bahahaha. nak pecah perut aku gelak. bukan boleh terbakar pon rumah tuuu. aku bajet dia budak budak lagi kot. takpa laa, di maafkan. Aku pun click kat unggun api tu dan DELETE. senang gila padam api. bahahaha.
paham dak ? esh !
Takpa la, back to the main point.

Aku bangga gila jadik rakyat Malaysia. kalau kalah pon rilek, menang Alhamdulillah.
wahh, COOL GILA ! *sambil korek korek bijik mata. errrrr.

Majulaah sukan untuk negara. (bajet penyampai berita sukan pulak)
Semoga Malaysia dapat kalahkan Indonesia untuk perlawanan akhir peringkat kedua nanti.
Amin. *cepat amin ramai ramai ;)