Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

nak suami macam abah.


Assalamualaikum.
first aku nak cakap aku taktau nak letak tajuk apa tapi aku rasa tajuk tu boleh bikin panas !
*dengan nada bangga sambil bersiul siul lagu dangdut.
tahukah kalian semenjak lepas raya ni banyak pulak sedara aku yang nak bertunang dan dah kahwin.
banyak tuu tak banyak la cuma sorang dah kahwin dan sorang lagi nak tunang. saja nak kasi gempak sikit cakap BANYAK ! hahahaha. nak gempak ja aku harini kann? :p
dan, disebabkan itulah aku terpikir nak post entry ni, nak cerita kat hampa semua pasal husband aku. eh, maksud aku bakal husband aku yang aku pun taktau sapa.
mungkin jejaka ni..
lu? lu yang nak kahwin ngan guwa? memang tak laa. hehhh *senyum sinis sambil memalukan aku.
ohh, takpa takpa u taknak ngan i. dulu boleh ja main kahwin-kahwin sama-sama, dah lupa la tu.
hmp, biar aku carik orang lain pulak..
(dengan nada kecewa tapi mata masih gatal mencari lelaki)
jejaka ni pulak camana?
wahh, wahh, u ni memang kacak lagi bergaya i tengok. tapi lebih baik u belajar dulu cara yang betul pakai seluar yang sepatutya dipakai kat dalam lepas tu baru i pikir lain -..-
hmm, tak boleh jugak yang ni. takpa, jangan putus asa ! jum carik lagi..
macam mana dengan yang ni?
peewittt, cumel gilaaa. tak boleh laa weh cumel sangat nanti aku tak sampai hati nak berleter atau dalam bahasa kedahnya 'beletiaq' kat dia, bila dia buat muka sedih dan kesian. hmm :\
semua tak kenaa, macam mana ni. banyak songeh betol laaa. susah jugak nak carik lelaki yang betul betul boleh dijadikan bahan ujikaji. 
eh,tak ! memain jaaaa :D
dah lama aku pikir pikir ni, sampai dah naik satu utas uban kat rambut aku. 
wahhh, mengada gila nak pikir awal awal padahal baru 19. belahhh ! haha. 
aku bukan pikir sangat, tapi selalu TERpikir yang bermaksud aku tak sengaja. yelaa, sapa suruh ramai sangat orang kawin depan aku kan? 
*dah hang dok tercongok depan pengantin tuuuu. 
ISH, MANA ADA LAA ! :p
ok, ok entry kali ini aku nak cerita pasal abah aku yang aku rasa aku nak yang kononnya bakal suami aku yang aku taktau sapa tu ada ciri-ciri seorang lelaki yang macam abah aku.

ecehhh abah, bangga dak kakak buat entry macam ni? mesti abah rasa terlampau best dan nak belanja kakak tomyam pedas sampai terangkat yang kat depan kedai minyak tuu kan? terima kasih laa abah, susah-susah ja. belanja topap 10 hingget sekali boleh? 
*itu motif sebenar, ya itulah motifnyaa ! haha
 baiklah mari kita teruskan dengan ciri pertama :
1) abah aku seorang yang seksi, eh eh salah ! bukan yang tu. abah seorang yang sangat kuat.
ya, sangat kuat. abah aku ada kelebihan boleh buat kerja kerja yang berat macam angkat bangunan, gigit pokok balak. haha. TIPU TIPU *wink. sebenarnya abah boleh macam buat rumah, ada sesetengah bahagian kat rumah aku ni macam tangga, balkoni rumah yang kat penang ni abah la yang buat. haa, best kan? jimat duit ! kalau balik kampung kat kedah, abah suka bersihkan kawasan luar rumah tok. wuhhh, kan best kalau dapat suami macam tu, boleh la aku kerahkan tenaga dia suruh bersihkan kawasan rumah dan buat rumah banyak banyak. 
HAHAHAHAHA :D
2) suka bercucuk tanam. yang ini pon ciri ciri yang best, dulu masa aku tiinggal kat kedah, kat rumah tu ada tanah untuk abah buat kebun kat belakang rumah. macam macam abah tanam, cili, timun, dan pelbagai jenis sayuran. ha, pokok tembikai pun ada. best kan? pasar belakang rumah jaa, kalau nak cili boleh petik ja. tinggal nak beli ikan ja kat pasar tu. kalau suami aku macam ni, memang senang la kerja aku tak payah susah susah pergi supermarket beli barang mentah untuk masak. hohohoho. 
sekarang dah tak banyak abah tanam sayur macam dulu sebab rumah sekarang tak banyak tanah kosong. disebabkan mama aku suka pokok bungaa, maka penuhla pokok bunga dan pokok tak bunga abah tanam. nyamuk, gajah semua boleh membiak kat pokok2 tu. haha

3) seorang yang penyabar. yang ni aku sangat sangat sukaaa. macam mana nak cerita yang ni.. hmmm, mama aku seorang yang boleh dikatakan suka berleter. biasa la kan mak mak kita memang suka berleter. yelaa, untuk kebaikan, bukan saja suka suka bercakap benda yang tak best kan. kekadang abah aku pun sekali kena berleter. haha. tapi, abah aku sabar jaa, takdala nak melenting, mengamuk baling pasu bunga yang sama saiz ngan telinga gajah kat mama aku, takdaaa, dia rilek jaa. 
kalau suami aku nanti macam ni best laa, aku berleter, dia tadah ja telinga. haha. *gelak sambil guling guling turun tangga.

melampau kot akuu, jangan sampai dia cakap talk to the hand pastu belah balik rumah mak dia sebab merajuk sambil bawak baju pakai yang dibalut dengan kain batik.  
(=.=")
4) rapat dengan anak anak. kenapa aku cakap macam ni? yelaa, sesetengah ayah ayah tak rapat dengan anak anak. (tiada kena mengena dengan yang hidup atau tengah koma, pengsan, atau yang ada penyakit insomnia)selalu garang sangat dengan anak anak tak tentu pasal. ini mungkin terjadi kepada lelaki yang panas baran. salah sikit, pukul dengan besi panas, salah lagi korek biji mata anak. arr, taknak taknak ! macam abah aku, kekadang garang jugak dengan adik aku yang kecik sekali tuu(dengan yang dah besar besar ni tak la garang sangat) tapi, bila balik kerja atau dah lama tak nampak adik aku tuu mesti dia carik pastu ajak tidur ataupun main bola sama sama. cumel kann ?
tudiaaa ! mungkin bapak budak ni rabun sampai tak perasan dia jadikan anak dia burger :D

ada banyak lagi ciri ciri yang best, tapi takyah la demand sangat kan? melampau pulak ! kalau aku ni perdana menteri mahupun anak ratu boleh la jugak nak pilih suami macam pilih cekodok 5 biji seringgit. ngehngeh ;)

so, thats all.
byebye :D
p/s ; emmm, takda apa apa laa ;D

Tuesday, October 5, 2010

saya cucu emas nenek saya.


 Assalamualaikum.

hye, sekarang ni aku tengah cuti semester. final dah habeh boleh la bela perut ni baik baik sampai dia berjaya boleh masuk universiti. jangan lupa balas jasa aku tau perut bila hg dah berjaya. 
*sambil cucuk cucuk perut dengan kayu golf :D
aku sampai sampai ja kat penang ni terus mama aku ajak balik kedah, rumah tok aku. abah aku takleh ikut la sebab dia harus bertugas sebagai seorang polis yang kacak lagi bergaya. ecehhh ;p oleh sebab tu la sampai dah nak dekat seminggu aku tak update belog ni. sumpah boring gila kat umah tok sebab adik beradik tak ramai macam hari raya haritu, pastu aku pulak terperap lam rumah, orang ajak p open house takmau. suka sangat terperuk lam rumah sampai dah nak jadik belacan dah aku ni. nasib baik ada febreze yang mewangikan aku ni. kalau tidak memang jadik hidayah belacan. tak pasal pasal aku nak kena paksa ezany si taukey belacan tuu buat produk belacan baru nama hidayah. fulamak !
tudiaaa, bila taukey belacan pakai baju melayu, semart gila ! :D

makcik makcik dan pakcik pakcik
mari kita kembali ke pangkal jalan..
:|
muka insap.
haaa ! tapi nasib baik ada imanina, anak sedara sepupu aku yg aku cerita kat entry lepas. aku memang balik rumah tok sebab dia ponnn. nak dokong pastu baling baling dia sampai melekat kat syiling rumah tok yg banyak cicak tuuu. haha. sesuka hati ja nak buat anak orang macam tuuu. takda, takda. aku tak buat punya laaa. habeh kurang sangat pun aku bagi ayam patuk patuk dia jaaa. HAHA.
makngah mude ; iman, tengok pakcik tuu ha dia bekenan sangat kat iman. 
iman suka dak? :)
iman ; err, itu pakcik ke alien makngah mude? :\

haa, cerita pasal tok pulak. aku SAYANG gile ngan tok akuu. tolong laa paham. paham? bagus ! *sambil ketuk ketuk kepala ekau ngan hammer ^.^

tok aku baik gilaaa, tambah tambah sejak dua menjak ni dia sangat tak kedekut ngan aku. yelaaa, dah besar. kalau ballik jaa bagi duit poket sebagai tanda rasuah suruh balik lagi eh, bukan tok memang saja sedekahkan kat akuu. boleh tambah pahala. haihh, jangan salah paham. *pesan zabedah kepada diri sendiri. HAHA
tapi, bukan itu saja yang membuatkan aku sayang kat tok aku gila mati sampai kalau tok aku ada kelab-kipas-susah-mati (hard die fanclub) memang aku akan masuk jadik peminat number satu tok aku. haha. *lihatlah betapa hiperbolanya aku. 
tapi betul, aku sayang tok aku sebab aku dapat rasakan yang aku ni adalah cucu emas atau boleh dikatakan cucu kesayangan tok aku. hihi *sila baca dengan nada perasan ;)

nak tau camana aku boleh syak semua ni?
 pada zaman dahulu, tinggal seorang nenek tuaaa tapi masih cantik. kulitnyaa gebu dan tegang, takda sebarang kedutan mahupun retakan pun kat wajah dia. di saat itu juga terdapat seorang kanak kanak yang comel... haaa, sudah hidayah a.k.a zabedah wahab. sudah ! 
please ! :|

*selepas tersedar daripada keterlanjuran...
baiklahhh, cerita sebenar dia camni. masa aku kecik kecik duluuuu aku selalu jugak balik rumah tok aku ni dengan parents aku. of course laa kan, takkan aku balik sorang sorang naik kereta sorong pulak, tak gitu? masa tuu rumah aku dekat ja ngan rumah tok aku. tepi hidung jaaa. eh, menipu pulak ! sekarang jauh sikit sebab aku dah pindah penang. kecik kecik dulu aku kuat melantak, semua benda aku nak. pastu pulak, tok aku ni kalau aku mintak makanan atau pun apa apa benda yang best, selalunya dia akan bagi dengan rela hati. takda paksa paksa ponn. takpon kalau aku nak pergi kedai kann, dia selalu bagi kat aku 30 sen, 50 sen. zaman dulu dulu bagi aku bebudak ni kira kaya dah la kalau dapat duit banyak tuu. tapi tak bermakna kat cucu dia yang lain dia tak bagi, dah aku sorang ja yang berani pergi mintak kat tok aku, sebab aku dah biasa sangat ngan tok aku ni, so dia bagi la. haha. 
nak dijadikan cerita, kat rumah tok aku tu ada satu kedai makan dan kedai runcit. aku selalu kempunan nak beli roti planta yang berharga 30 sen. kalau dulu roti tuu memang terbaik dari ladang laaa. sekarang ni dah jarang jumpa. kalau mintak duit ngan mama nak beli roti ni, selalu tak dapat. mintak ngan tok, baru dapat ! haha :DD
selalu kalau aku balik kampung mesti ada jugak sepupu sepapat aku sebelah mama aku kumpul ramai ramai. satu hari tuuu, kami semua kempunan nak makan roti tuu tapi takda duit. pikir punya pikir, sepupu sepapat aku ni semua sepakat nak suruh aku pergi mintak duit kat tok sebab bebudak tu tahu tok akan bagi kalau aku mintak. wuuu, tak pasal pasal aku. tapi aku tak kisah sebab aku takkan kena marah. ecehhh, konfiden pulak. 
ok, pastu aku punn lari larii pergi mintak. tetiba terjatuh tergolek dari tangga pastu perut aku tercucuk ngan pisau yang memang terrsedia untuk cucuk aku. HAHA. maaf, anda tertipu lagi :)

penat aku lari, tok bagi 30 sen jaaa. boleh beli satu jela. tapi jangan harap la aku boleh makan sorang, terpaksa kena share ngan yang lain. tak feel betol laaa, kalau kena share, celah gigi pon tak lepas. 
ngehngeh ;)

tapi best kan boleh jadik cucu kesayangan ni. boleh dapat macam macam. boleh berbangga jugak dengan sepupu sepapat sepapan yang lain. haha.

so, cepat cepat laa amik hati nenek ekau supaya dia boleh jadikan ekau sebagai anak ikan beliau. eh maksud aku cucu kesayangan beliau. tapi jangan la jadik cucu derhaka pulak sampai ekau nak kaut segala harta benda yang nenek ekau ada. nanti habes perabot rumah, barang kemas semua ekau nak sapu. itu perompak namanyaa. haha. jangan jadik perompak, tak baik untuk kesihatan. boleh menyebabkan sakit jantung yang amat dahsyat :D

so, thats all.
byebye :)
p/s ; alamak, lupa pulak nak amik gambar tok. nak jugak aku promote gambar tok aku kat belog ni. mana tau ada yang berkenan. aku dah agak lama takda atok :|

ohh ya, maaf sebab aku gunakan ayat kejam kejam untuk entry kali ni. tak sengaja ! ;)

Wednesday, September 22, 2010

KIDS.



Assalamualaikum.
tengok tajuk kat atas.
rasa teruja dak? *sila rasa teruja yg teramat sekarang atau saya bunuh awak ! hoho

terujaaa kannn?
taktau la kenapa aku rasa nak post entry ni. 
mungkin sebab rindu kot.
masa raya harituuu,
ramai bebudak kat rumah tok.
meriah sikit. eh bukan sikt, banyak haha
habes semua anak sedara sepupu aku balik.
cumel cumel.
yg nakal gila punn ada, suka baling baling barang.
kalau nangis jaaa, suka nak jerit.
satu rumah dengar.
mau tak meriahnyaaa. HAHA
bila gadoh, memang mengganas.
tapi bila baik, baik sangat pulak.
main mainan sama sama. haha.
cumel kan ?
kalau balik kampung, nak belikan mainan mesti kena beli sorang satu.
pastu kena mainan yg sama untuk semua org.
takleh pilih kasih.
kalau tidak berebut, gadoh gadoh, nangis semua.
memang serabut.
susah gaaak, bukan makan pujuk bebudak ni.
adik aku pun sekali laaa. haha.
kalau mengamuk jaa, baling semua mainan.
pijak pijak, bakar, baling kat org sampai darah.
ok, TIPU. haha
bebudak takda la ganas macam tuuu.
org hilang akal atau lebih dikenali sebagai gila ja buat camtuuu. HAHA

jum bekenalan ngan bebudak ni.
jangan ngurat lak, tak bagus untuk kesihatan. ngehngeh :)

KIDS NO.1

Ameer Firdaus.
ini adik akuuu :)
panggil dia Mohamad/Ameer.
Aku panggil dia adik laaa :)
umur 3 tahun.
dia agak memberontak kalau org tak ikut cakap dia.
memang mengganas laaa.
geram gak kekadang, tapi sayang lebih laaaa. haha

 
dia jugak addicted ngan game. 
kalau dah dapat game tuu memang takmau buat benda lain dahhh.
kalau suruh makan pun takmau.
dia tak berani tinggalkan laptop/handset tuu takot org lain main. HAHA
kedekut kannn ?
kalau bangun pagi nampak org main laptop, terus mintak. 
dia nk main pulak. 
haihhhh :)
dia jugak suka posing. haha.
cumel betol.
kalau ambik gambar ngan dia mesti dia suruh buat muka macam2.
buat mulut muncung laaa, muka tekejut laaa, buat buat tidur. HAHA
tengok, sporting dak? hahaha.

KIDS NO.2
Nurinsyirah.
panggil dia Nurin/Insyirah.
kalau panggil dia Insyirah punn, dia akan bahasakan diri Nurin.
paling cumel rambut diaaa. CANTIK.
dia ni punn sangat aktif.
nampak lembut, ayu dan supan kann ?
suara dia punn cumel.
tapi, dia suka nak main lawan lawan. haha
kalau sembang sembang ngan dia kann, dia mesti nak tumbuk tumbuk.
tapi tak sakit laaa. dia tuu pun kecik. haha

 
kalau main main pun suka tumbuk,
apa lagi kalau mengamuk kannn.
memang besungguh sungguh keganasan diaa.
aku memang lari dulu kalau dia mengamuk.
dia akan tumbuk, tendang, terajang semua laaa yg dia mampu. haha
kesian gak ngan umi dia yg tengah pregnant. 
tapi kekadang kalau mengamuk dia tak teruk senang jugak nak pujuk. hee~
tapi marah dia punn cumel kan? :D

dia ni jugak suka posing. 
sama lahh cam adik akuu. memang boleh geng dua org tuu.
kalau bab tangkap gambar laa. haha
kalau dia nampak org pegang handset ja mesti dia suruh ambik gambar dia.
muka dia sangat excited 
pastu terus buat gaya. HAHA.
cumel gilaaaaa. 
tapi kalau org takmau tangkap pun dia paksa, sambil tumbuk tumbuk 
pastu nak nangis.
bila dah ambik gambar terus best, and sibuk sibuk nak tengok gambar dia. haha
tengok laaa, bebudak suka posing ni.
bila posing baik laa.
bila main game, habis punah ranaah. HAHA

KIDS NO.3
yg berbaju hijau muda tuu.
Mohd Hazim Irfan.
panggil dia Irfan.
tak ingat la umur dia berapa.
6 tahun kot :)
dia ni pun agak nakal.
biasa la bebudak, tetapi dia sangat pandai bercakap.
dia suka cerita pasal lori
kontena, mesin padi, trekta, cran,
semua benda begerak yg besar besar la,
semua dia tauuu.
dia minat sangat ngan menda menda camtuu.
dia tak minat sangat nak bergambar. 
sebab tu tak banyak gambar diaaa :D
kalau nak bawak pergi beli mainan,
mesti dia mintak mainan lori yg besar besar.
dia jugak boleh bercerita pasal lori dengan panjang lebar. haha
maacam macam dia reka
lori trbalik laa, rosak laaa, kena ikat ngan tali.
macam macam sangat. lawak gile ! haha
irfan ni abg kepada Nurin ni.
kekadang dia baik ngan adik diaa,
kekadang gaduh gak dua org ni.
haha.

KIDS NO.4 

yg baju merah tuuu..
nama dia Mohd Haziq Hakimi.
panggil dia Haziq.
umur dia maybe 2tahun kot.
dia punn tak berminat bergambar
gambar dia tak banyak jugak.
dia sangat berminat dengan mainan.
kalau ta kena sikt ngan dia memang dia hempuk barang tuu.
dia jugak suka main ngan benda sekeliling dia.
tak kisah laa,
pasu bunga, pisau, handset, kayu
semua dia sapu buat mainan
kalau ambik barang tuu daripada diaaa..
yelaa bahaya kann,
terus dia mengamuk.
 
yg ni punn kalau dia mengamuk aku lari duluu.
ganass, biasala budak laki kannn :)
dia cepat bebai/mengamuk.
dia tak pandai cakap lagi.
kalau dia cakap memang tak paham.
HAHA.

KIDS NO.5

ini pulak, Nur Imanina.
panggil dia Iman.
umur setahun kot, kalau tak salah laaa.
cumeeeeeeeeeeeeeel sangat.
geram gila ngan diaaaa.
dah la baik, dia tak suka nangis nangis sgt.
sekarang dia suka berjalan.
sukaaaa sangat.
kalau lepas jaa, memang boleh sampai london. HAHA
kalau jatuh pun tak nangis.
tapi ikut mood jugak.
kalau mood dia baik, memang peramah jadiknya,
walaupun takleh cakap lagi. haha
dia suka gelakk.
eee, cumel.
pipi dia memang telebih labuhh.
berat sangat.
CHUBBY !
dah laa ringann kalau dukung. haha.
 
senang ja nak jaga diaa ni.
sebab dia tak suka nangis.
kalau suka nangis ni kan susah jugak.
iman selalu kena rebut ngan aku adik beradik.
haha.
dia pulak suka ngan semua org.
memang kalau dia balik rumah diaa, rinduuu gila.
aku agak rapat dengan iman lagi daripada anak sedara sepupu yg lain sebab selalu jumpa dia.
kalau balik rumah tok, selalu gak dia ada.
kalau parent dia tak keja, mesti balik umah tok :)
tengok laaa, terlampau aktif, suka bejalan
sampai dah ngantok pun takmau tidur.
nak bejalann lagi.
tapi cumel lahhh. hihi :D
ouhh, satu lagi kebolehan,
pandai ye bebudak ni beromentik.
kecik kecik dah ada scandal. HAHA.
cute gile !


yg dah besar sikit tuu,
adik aku jugak.
tapi bukan baby lagi, dah besar.
form 1 dahh pun.
sebab tuu tak cerita pasal dia.
"entry lain nanti kakak cerita ok?"

sayang ngan bebudak ni,
harap harap nanti dah besar jadik org yg pandai dan berguna tauuuu :D

ohh, one more thing :
nak tauu anak anak sedara aku panggil aku apaa?
MAKNGAH MUDE ! haha.
kecuali adik aku laaa, dia panggil aku kakak :D

so,
thats all.
byebye :)