Friday, December 31, 2010

Azam tahun baru membawa padah ?

Yay ! dah masuk tahun baru 2011. 
HAPPY NEW YEAR !
tapi,
apa kena mengena ngan aku ?
entah laa, orang seronok aku pon seronok la. 
orang ada azam aku pun nak ada azam jugak. 
KAH! KAH ! KAH !

Azam baru aku baru ja aku dapat tadik masa tengah basuh pinggan (tudia main point nak bagitau dia basuh pinggan ja)

betul ni.
tadik aku basuh pinggan pakai skirt.
skirt ni 
|
|
|
|

dan sekarang ni aku sangat marah. 
sebab sebab sebab
eh, nampak dak bulatan pink tuu ? teka kenapa aku buat bulatan?


sebab ni 
|
|
|
|

ni apa murid murid?
TERKOYAK CIKGU !
bagus.

skirt tu dah tekoyak la wehhhh. aku taktau macam mana boleh terkoyak. why wehhh ! 
ni aku agak kalau bukan sebab lutut aku tajam, mesti sebab anai anai yang gigit
wahh, boleh pulak anai anai gigit time aku pakai. bahahahaha. 
haa, ni mesti sebab lutut aku la ni tajam sangat. haish, bengang betul lah !

disebabkan terlampau bengang aku pun ambil penyagat dengan AZAM baru yang tertanam di hati - NAK SAGAT LUTUT.

Jadi, tula azam baru aku dan dah tertunai pon. 
yay ! 
satu azam satu tahun. tahun depan tanam azam lain pulak. 
Azam aku dah tertunai. Azam korang ?

p/s ; disebabkan lutut beliau dah disagat, zabedah kini terpaksa mengharapkan kerusi roda untuk meneruskan sisa sisa hidup beliau. 
-BERITA TV5-

Wednesday, December 29, 2010

Indonesia boleh tutup mulut.

 Gambar ihsan Google
Alhamdulillah Malaysia dah menang. Bangga gila rasa macam nak pergi tarik ja seluar penyokong Indonesia sorang sorang biar malu. bahahaha ;p

Sebelum ni salahkan laser, kali ni kita tengok pulak diorang nak salahkan apa. geram betul aku bila main game Ameba Pico ja mesti aku kena hentam dengan geng Indon ni. Dah kalah pun nak belagak lagi. susah betul.

Tapi sebenarnya bagus oh penyokong Indonesia, walaupun dah kalah masa perlawanan akhir yang pertama, tapi diorang still tak putus asa. kalau aku, Malaysia dah kalah first game terus aku tak sokong dah Malaysia. bahahaha. BURUK PUNYA PERANGAI.

Berbaloi jugak aku kena marah tadik sebab terlampau bising dan menggangu pemandangan abah mama abang dan adik adik aku kat belakang sebab end up dengan kemenangan. yippi !

Tahniah K.Rajagopal, tahniah pemain bolasepak negara, tahniah Malaysia.

Tuesday, December 28, 2010

Cerita laser.

Susah betul bila penyokong Indonesia tak boleh terima kenyataan diorang kalah. 
Nak salahkan laser pulak. ok, FINE !
tahukah anda ?
Yang sebenarnya, INDONESIA YANG START DULU MAIN MAIN LASER.

gambar ihsan KOSMO.
Penjaga gol Malaysia yang dipancar sinaran laser semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF.

tudiaaa, bukti dah ada. aku memang semangat bab bab nak bergaduh ni.. sanggup p carik gambar lagi. setan tengah beratur kat belakang aku ni tunggu turn nak menghasut. haiya !

berbalik kepada gambar. sekarang ni penyokong Indonesia dah malu balik sebab asyik nak salahkan penyokong Malaysia yang menggunakan  laser 10 hingget tu. amboi amboi amboi, yang mulut depa laser tak mau mau tu takpa pulak.

" Malu la, Malaysia kalah haritu tak kecoh pun dengan laser laser ni. Masa korang kalah nak kecoh kecoh pulak pasal laser. sekali terkena balik. boooooooooo !"

Yang aku lagi marah, tengah aku best best main application Ameba Pico kat FB. "hampa penah main dak ni? best gila game tu, cepat p main sekarang." aku asyik kena hentam ja ngan orang indon pasal bola ni laaa. bengang lak aihh. aku pon p layan, dok maki memaki. terus ada sorang budak ni cakap nak bakar rumah aku. rumah kat dalam game tu laaa, sekali dia letak unggun api kat dalam rumah aku. bahahaha. nak pecah perut aku gelak. bukan boleh terbakar pon rumah tuuu. aku bajet dia budak budak lagi kot. takpa laa, di maafkan. Aku pun click kat unggun api tu dan DELETE. senang gila padam api. bahahaha.
paham dak ? esh !
Takpa la, back to the main point.

Aku bangga gila jadik rakyat Malaysia. kalau kalah pon rilek, menang Alhamdulillah.
wahh, COOL GILA ! *sambil korek korek bijik mata. errrrr.

Majulaah sukan untuk negara. (bajet penyampai berita sukan pulak)
Semoga Malaysia dapat kalahkan Indonesia untuk perlawanan akhir peringkat kedua nanti.
Amin. *cepat amin ramai ramai ;)

5 minit baca ni.


"yela, yela nak buat la ni." 
boleh ka start entry macam ni? haha.

Perlukah saya menjawab soalan soalan di bawah dengan tepat? 
bahalol sangat ka soalan ni ?
ok, hiraukan =.="

1)Apa yang paling penting dalam hidup korang?
 Allah, sanak saudara, rakan dan taulan, pencuci muka, katil dan bantal dan juga connection internet =.='
2)Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri?
Gula gula perisa asam jawa dua puluh sen.
3)Adakah korang bercinta sekarang?
Napa tanya soalan ni? sensitif tau. Aku baru ja lepas break up semalam dengan Donald Trump  :'(
4)Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
 Selagi beliau tak serahkan harta beliau kat aku.
5)Di mana korang akan berjumpa kekasih korang?
Kedai runcit Mak Limah.
6)Novel/Buku/Majalah terakhir korang beli.
Buku Grammar dan Oral Communication semester lepas.
7)Apakah nama penuh korang.
Zabedah Wahab. betul ni  (=________=)
8)Antara mak&ayah korang mana lagi mesra?
Dua dua laa. tak sampai hati nak bezakan. kalau merajuk ngan abah, p kat mama. kalau merajuk ngan mama p kat abah. kah ! kah !
9)Namakan orang yang betul korang nk jumpe dalam hidup korang?
Rasulullah S.A.W
10)Namakan tempat yang betul2 korang nk pegi?
Ireland. dulu berangan nak sambung belajar sana, taktau kenapaa. kah ! kah ! kah !
11)Pilih 1 peluk atau cium?
atau +.+
12)Lima lagu bermakna dalam hidup korang.
E.Y.E = Izinkan selamanya nama mu di hati. (bapak retro)
Lagu sekolah rendah.
Lagu sekolah menengah.
Lagu CFS (nak jugak =,=')
Yang kelima taktau nak cakap macam mana. kah ! kah ! kah !
13)3 perkara tentang orang yg tag korang
Suka biar laptop terbuka kalau nak pergi mana mana ataupun nak tidur.
Suka cakap 'geli ngat aih'.
Pandai cakap Kedah. weeewitttt.
Nak lebih lagi boleh ?
Suka cakap benda benda yang menyedihkan secara tiba tiba. ha ha ha
Nama samaran beliau ialah Ambrell. 
Malam malam ja nak carik McD.
eh, banyak pulak. sorry ;)
14) 5 benda yang korang sangat sayang dalam hidup korang
hadiah orang kasi. tapi sayang gila aku tak pandai jaga barang.
accesories. walaupun dah buruk dan berkarat, tetap nak simpan :D
benda free.
mug yang baru guna untuk minum milo. sayang killer nak basuh. (sebenarnya malas)
benda baruu beli.
15)Bila tarikh lahir korang dan bila korang sambut tahun lepas.
aku lahir tahun lompat. 4 tahun sekali.
16)5 blogger yang korang nk tag     
Billah     
Dah siap !

Jangan tunjuk kat bakal mak mertua aku pulak tag ni. 
Kalau nak tunjuk, bagitau dulu aku nak edit lain.
HA HA HA

Saturday, December 25, 2010

Kobi, Lobi, Hobi.

err, aku taktau kenapa aku letak tajuk camtu. 
hiraukan =.='

Yang penting sekarang aku nak cerita aku kena tag. yay ! aku suka.sebab kalau takda tag takda la entry baru. HAHA.
Tag kali ni pon oleh Datuk Cekadak jugak. 
memang takda orang lain dah yang sudi nak tag aku. 
eh, aku tak rasuah dia suruh tag aku pon ok. tetiba emo lebih lebih.
(=___________=' )

Aku jawab tag ni sambil letak eyemo. tau tak benda apa? alahh, yang letak dekat mata sebab taknak mata cair tuuu. 
taktau jugak? nanti pergi kedai apek tepi jalan tanya dia eye mo tu apa ok ?

dah settle masalah tu, jum kita tengok tag ni. apa benda tah dia nak aku jawab.

1) Siapa suruh anda buat tag ini?
Cekadak, isteri cekodok.

2) Apakah hobi anda?
Ushar monyet makan. 

3) Sejak bila anda mula berminat dengan hobi anda itu?
Tanpa sedar, saya dah mula meminati bidang ushar mengushar ni.

 4) Apakah faedah mempunyai hobi anda itu?
 Boleh mintak sikit makanan tu kat monyet. Jimat duit takyah beli makanan. 

Kenapa sikit ja soalan? 
tak mencabar. ha ha ha
(banyak ni punya soalan pun dah malas nak jawab sebenarnya)

Monday, December 20, 2010

First Giveaway.

Assalamualaikum.
Seronok gila sebab sebelum ni tak pernah pon kena tag untuk giveaway semua benda ni. hahaha.
so sekarang ni tengah gayut gayut pokok sambil jerit jerit dengan monyet.

tapi weh, tapi aku taktau camana nak buat benda ni pon. So aku takmau tag sapa sapa. sebab aku tak reti, aku tak tau nak buat camana (sama ja kan?) 

Looser gila aku taktau benda benda camni.
Dah la lambat update sebab malas berat tulang.

Tapi aku nak cakap terima kasih kat Miss Cekadak sebab tag aku. HAHA ;) 

Mesti lepas ni aku tak dapat dah giveaway, terasa sangat looser (=.=")

Tuesday, December 14, 2010

"Aku saja jaa. haha"

Aku jalan pergi kedai runcit milik cina muka jambu takda bulu.
"Weh, kenapa Zabedah Wahab? Nama sapa tuuu?"
"Aku saja jaaa. haha"

Aku pergi kedai makan pakcik rock takda rambut kat depan.
"Weh Zabedah Wahab. Bapak veteren nama kau. Mana kau dapat?"
"Aku saja jaaa. haha"

Aku pergi kelas dekat belog C yang banyak pakcik misai naik motor a.k.a Pakcik Guard.
"Zabedah Wahab. hahahahaha. Nama nenek kau ke weh?"
"Aku saja jaaa. haha"

Aku tengah sibuk check baki duit aku dekat ATM bank lalat Muamalat. 
check jaa, nak keluarkan tak mampu :(
"Zabedah, kau tengah keluarkan duit ka? eh, camana kau boleh dapat nama Zabedah Wahab?"
"Tak laa, aku tengah cuci tapak kasut ni. Aku saja jaa. haha"

Tengah tidur dengan gaya monyet cabut bulu bulu rosak sambil usya member cabut bulu kaki.
aku pikir ada persamaan jugak member aku dengan monyet,
tetiba ada announcement ;
"Perhatian kepada wanita yang mengaku sebagai Zabedah Wahab. Sila kembali kepada diri anda yang sebenar"
"Aku saja jaa. haha" (sambil gigit gigit besi katil)

Kenapa semua manusia (hyperbola disitu) nak tanya kenapa aku letak nama tuuu? Aku macam nak ja pakai banner yang diikat dengan tali, tulis ;
'Nama aku dekat FB Zabedah Wahab sebab takda sebab pun. Lu ada masalah? Jumpa gua belakang kedai mamak' 
pastu gantung dekat leher. 
(bajet macam gangster tengah tahan nak terkencing, muka berparut, baru lepas keluar gym sambil pakai singlet.)

anyway, aku tak marah pon uolllllss tanyaaa. ini entry gedikss saja sebab esok takda exam. tapi esok, esok, esok dan esok lagi ada exam. arghhh :\

Semoga awak berjaya ! 
:D