Saturday, January 15, 2011

stress gila kalau tengah boring.

weekend sepatutnya diisi dengan ektiviti yang menakjubkan lagi syiok.
tapi aku boring gilaaaaaaaa. gila gila gila gila. orang gila pon tak boring macam ni.
orang lain takpala, 
ada boifren/gerlfren boleh main tekan tekan keypad henpon dengan boifren/gerlfren.
ada duit melimpah ruah sampai taktau nak buat apa boleh la keluar merayap sampai lebam.
ada rumah dekat boleh balik tiap tiap minggu sampai pecah tayar kereta mak bapak asyik mai ambik.
aku ni dah la tengah kayap, takleh keluar merayap,(wahh, boleh buat pantun) rumah jauh, mak bapak tak mampu nak mai ambik tiap tiap minggu.
takpa, aku TAK JELES LANGSUNG dengan orang yang duit banyak, boifren/gerlpren keliling pinggang, rumah tepi hidung. tak jeles pon, betoi ni ! betoi :|
*obvious sangat ka sebenarnya aku jeles? ok, fain !
AKU JELES.
nak balik jugak, boring tau dak !
tengah tengah online sampai dah sakit pinggang tadik pastu tetiba rasa rindu dekat family. ya, rindu gilaaa dan dengan pantasnya aku ambik handset dan dail "Rumah". tapi takda orang angkat. ni mesti keluar jejalan ni. jeles lagi. lepastu call "F Abah :)" tak angkat jugak. aipp melampau ni berseronok sampai takmau angkat call anak yang jauh di mata. hidung ni dah merah merah tahan sebak. sabar lagi, aku call "F Mama :)" nasib baik adik aku yang umor 4 tahun tu angkat. lepastu dia bagi kat mama aku.
sembang sembang mama aku cakap depa satu family kat rumah tok aku. cousin aku bertunang. confirm la meriah gila kan kat sana ? arghhh, marah ni ! marah ! aku taktau pun. nak balik jugak. dah la mak sedara campur sepupu sepapat aku dok bising kat belakang kata best gila  laaa, makanan banyak, boleh makan macam macam. orang ramai kat sini boleh sembang sembang, mentang mentang la aku kat sini boring sampai rasa nak tendang tendang diri sendiri. terus menangis sebab mama tak bagitau cousinn aku nak bertunang. kalau tidak boleh balik, takda la nak boring macam ni :|

RASA MACAM  LOOSER GILA ! 
p/s ; takpa nanti aku cuti tujuh bulan, aku nak duduk rumah tak keluar dah sampai jadik jakun bila keluar. haha :D

sebenarnya aku nak cerita pasal mama aku seorang hero. tapi jadik cerita ni, baca jela. bukan senang aku nak buat cerita sedih. HAHA

Wednesday, January 12, 2011

kangaroo kena hukum gantung.

Kejam dak tajuk gua ? haha

*Err, camna nak buat pendahuluan ni ? taktau pulak. 

Straight to the point jela, aku memang tak pakar nak buat  ayat karangan bahasa melayu macam masa SPM dulu. haha

Err, isi penting pun taktau nak buat macam mana. hahaha mengada ngada gila aku.
OK,OK back to the main point,

Sebenarnya aku tengah main game Hangaroo. 
Serious tengah main ni, aku tak tipu pon. betul !
 *takda orang cakap aku tipu pun kan? mengada gilaa =.="
Penah main dak ni? game ni bagus jugak sikit sikit sebab nanti kita boleh dapat pengetahuan am. Dah lama sebenarnya game ni diperkenalkan (ewahh, pandai pandai ja) Dulu masa aku sekolah menengah ka sekolah rendah, dah ada game ni. maksudnya dah lama la kan ? mesti la tuan tuan dah puan puan semua penah main kan ? mesti dah tau kan ? 
mesti dah taknak baca entry ni kan ?
TAPI KENA BACA JUGAK ! kena paksa. haha

Sapa yang taktahu, meh nak tunjukkan gambar,
ni dia !
muka nak comel ja kangaroo ni.

tapi 'jangan pandang haiwan hanya dari paras rupa.'
dan jugak,
'tak kenal maka tak tahu.'
dua periperi eh peribahasa ni sesuai untuk menatang kangaroo ni. 

bila dah main baru tahu kangaroo ni kurang hajar. mulut nak laser ja, dok maki maki. tak padan dengan nak mampus kena gantung, lagi nak maki maki orang. bawak bawak la mengucap ka, buat ibadat, ataupun bertaubat. ini tidak..

nak tahu kenapa dia maki? 
sebab kalau kita pilih huruf bukan seperti yang sepatutnya atauu dalam kata lain, SALAH pilih nanti dia kena gantung lepas tu mati. sebab tu dia takut. haha
tengok dia dah jadi angel. tapi muka masam jugak. 
" tak baik berdendam lah incik kangaroo. "

Memang takkan pernah aman kalau main ni sebab nanti mulut dia dok pot pet pot pet bila salah pilih huruf. geram lak aihhh. kalau nak tenang kan keadaan kena mute kan volume speaker so nanti tak dengar suara dia. HAHAHA
padan muka padan muka.
Tapi aku suka buka volume kuat kuat pastu kalau rasa dah geram sangat sengaja buat buat salah pilih biar dia mati digantung. *ayat nak cover ja, padahal taktahu jawapan. tak kisah la kan, asalkan dia mati terseksa.
HAHAHA 
padan muka padan muka.

KAN BEST KALAU BOLEH GANTUNG ORANG MACAM TU. KALAU GERAM JA TERUS TARIK TALI BIAR TERJERUT PASTU MENJERIT JERIT SAMPAI MATI.


gurau gurau :D
thats all,
byebye :D

Saturday, January 8, 2011

Nama aku ditukar tanpa kerelaan.

Assalamualaikum.

Penah main google translate dak?
Aku ngan bebudak dorm selalu gila kot main google translate ni. 
aku tau benda tu bukan untuk main.
aku dah salah gunakan kuasa ajaib aku.
tapi,
tapi memang lawak habes kalau buat benda main. 
tak caya tengok ni..

click untuk penambahan ukuran gambar.
Terima kasih Google Translate sebab dah tukarkan nama aku.
yang aku tak paham,
Kenapa WET NURSE ? 
Apa jadah tu weh ? 
WET NURSE tu apa ? 
nurse basah ?
HAHAHAHA

Nurse yang selalu kena simbah air dengan patients maybe ;)

Friday, December 31, 2010

Azam tahun baru membawa padah ?

Yay ! dah masuk tahun baru 2011. 
HAPPY NEW YEAR !
tapi,
apa kena mengena ngan aku ?
entah laa, orang seronok aku pon seronok la. 
orang ada azam aku pun nak ada azam jugak. 
KAH! KAH ! KAH !

Azam baru aku baru ja aku dapat tadik masa tengah basuh pinggan (tudia main point nak bagitau dia basuh pinggan ja)

betul ni.
tadik aku basuh pinggan pakai skirt.
skirt ni 
|
|
|
|

dan sekarang ni aku sangat marah. 
sebab sebab sebab
eh, nampak dak bulatan pink tuu ? teka kenapa aku buat bulatan?


sebab ni 
|
|
|
|

ni apa murid murid?
TERKOYAK CIKGU !
bagus.

skirt tu dah tekoyak la wehhhh. aku taktau macam mana boleh terkoyak. why wehhh ! 
ni aku agak kalau bukan sebab lutut aku tajam, mesti sebab anai anai yang gigit
wahh, boleh pulak anai anai gigit time aku pakai. bahahahaha. 
haa, ni mesti sebab lutut aku la ni tajam sangat. haish, bengang betul lah !

disebabkan terlampau bengang aku pun ambil penyagat dengan AZAM baru yang tertanam di hati - NAK SAGAT LUTUT.

Jadi, tula azam baru aku dan dah tertunai pon. 
yay ! 
satu azam satu tahun. tahun depan tanam azam lain pulak. 
Azam aku dah tertunai. Azam korang ?

p/s ; disebabkan lutut beliau dah disagat, zabedah kini terpaksa mengharapkan kerusi roda untuk meneruskan sisa sisa hidup beliau. 
-BERITA TV5-

Wednesday, December 29, 2010

Indonesia boleh tutup mulut.

 Gambar ihsan Google
Alhamdulillah Malaysia dah menang. Bangga gila rasa macam nak pergi tarik ja seluar penyokong Indonesia sorang sorang biar malu. bahahaha ;p

Sebelum ni salahkan laser, kali ni kita tengok pulak diorang nak salahkan apa. geram betul aku bila main game Ameba Pico ja mesti aku kena hentam dengan geng Indon ni. Dah kalah pun nak belagak lagi. susah betul.

Tapi sebenarnya bagus oh penyokong Indonesia, walaupun dah kalah masa perlawanan akhir yang pertama, tapi diorang still tak putus asa. kalau aku, Malaysia dah kalah first game terus aku tak sokong dah Malaysia. bahahaha. BURUK PUNYA PERANGAI.

Berbaloi jugak aku kena marah tadik sebab terlampau bising dan menggangu pemandangan abah mama abang dan adik adik aku kat belakang sebab end up dengan kemenangan. yippi !

Tahniah K.Rajagopal, tahniah pemain bolasepak negara, tahniah Malaysia.

Tuesday, December 28, 2010

Cerita laser.

Susah betul bila penyokong Indonesia tak boleh terima kenyataan diorang kalah. 
Nak salahkan laser pulak. ok, FINE !
tahukah anda ?
Yang sebenarnya, INDONESIA YANG START DULU MAIN MAIN LASER.

gambar ihsan KOSMO.
Penjaga gol Malaysia yang dipancar sinaran laser semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF.

tudiaaa, bukti dah ada. aku memang semangat bab bab nak bergaduh ni.. sanggup p carik gambar lagi. setan tengah beratur kat belakang aku ni tunggu turn nak menghasut. haiya !

berbalik kepada gambar. sekarang ni penyokong Indonesia dah malu balik sebab asyik nak salahkan penyokong Malaysia yang menggunakan  laser 10 hingget tu. amboi amboi amboi, yang mulut depa laser tak mau mau tu takpa pulak.

" Malu la, Malaysia kalah haritu tak kecoh pun dengan laser laser ni. Masa korang kalah nak kecoh kecoh pulak pasal laser. sekali terkena balik. boooooooooo !"

Yang aku lagi marah, tengah aku best best main application Ameba Pico kat FB. "hampa penah main dak ni? best gila game tu, cepat p main sekarang." aku asyik kena hentam ja ngan orang indon pasal bola ni laaa. bengang lak aihh. aku pon p layan, dok maki memaki. terus ada sorang budak ni cakap nak bakar rumah aku. rumah kat dalam game tu laaa, sekali dia letak unggun api kat dalam rumah aku. bahahaha. nak pecah perut aku gelak. bukan boleh terbakar pon rumah tuuu. aku bajet dia budak budak lagi kot. takpa laa, di maafkan. Aku pun click kat unggun api tu dan DELETE. senang gila padam api. bahahaha.
paham dak ? esh !
Takpa la, back to the main point.

Aku bangga gila jadik rakyat Malaysia. kalau kalah pon rilek, menang Alhamdulillah.
wahh, COOL GILA ! *sambil korek korek bijik mata. errrrr.

Majulaah sukan untuk negara. (bajet penyampai berita sukan pulak)
Semoga Malaysia dapat kalahkan Indonesia untuk perlawanan akhir peringkat kedua nanti.
Amin. *cepat amin ramai ramai ;)

5 minit baca ni.


"yela, yela nak buat la ni." 
boleh ka start entry macam ni? haha.

Perlukah saya menjawab soalan soalan di bawah dengan tepat? 
bahalol sangat ka soalan ni ?
ok, hiraukan =.="

1)Apa yang paling penting dalam hidup korang?
 Allah, sanak saudara, rakan dan taulan, pencuci muka, katil dan bantal dan juga connection internet =.='
2)Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri?
Gula gula perisa asam jawa dua puluh sen.
3)Adakah korang bercinta sekarang?
Napa tanya soalan ni? sensitif tau. Aku baru ja lepas break up semalam dengan Donald Trump  :'(
4)Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
 Selagi beliau tak serahkan harta beliau kat aku.
5)Di mana korang akan berjumpa kekasih korang?
Kedai runcit Mak Limah.
6)Novel/Buku/Majalah terakhir korang beli.
Buku Grammar dan Oral Communication semester lepas.
7)Apakah nama penuh korang.
Zabedah Wahab. betul ni  (=________=)
8)Antara mak&ayah korang mana lagi mesra?
Dua dua laa. tak sampai hati nak bezakan. kalau merajuk ngan abah, p kat mama. kalau merajuk ngan mama p kat abah. kah ! kah !
9)Namakan orang yang betul korang nk jumpe dalam hidup korang?
Rasulullah S.A.W
10)Namakan tempat yang betul2 korang nk pegi?
Ireland. dulu berangan nak sambung belajar sana, taktau kenapaa. kah ! kah ! kah !
11)Pilih 1 peluk atau cium?
atau +.+
12)Lima lagu bermakna dalam hidup korang.
E.Y.E = Izinkan selamanya nama mu di hati. (bapak retro)
Lagu sekolah rendah.
Lagu sekolah menengah.
Lagu CFS (nak jugak =,=')
Yang kelima taktau nak cakap macam mana. kah ! kah ! kah !
13)3 perkara tentang orang yg tag korang
Suka biar laptop terbuka kalau nak pergi mana mana ataupun nak tidur.
Suka cakap 'geli ngat aih'.
Pandai cakap Kedah. weeewitttt.
Nak lebih lagi boleh ?
Suka cakap benda benda yang menyedihkan secara tiba tiba. ha ha ha
Nama samaran beliau ialah Ambrell. 
Malam malam ja nak carik McD.
eh, banyak pulak. sorry ;)
14) 5 benda yang korang sangat sayang dalam hidup korang
hadiah orang kasi. tapi sayang gila aku tak pandai jaga barang.
accesories. walaupun dah buruk dan berkarat, tetap nak simpan :D
benda free.
mug yang baru guna untuk minum milo. sayang killer nak basuh. (sebenarnya malas)
benda baruu beli.
15)Bila tarikh lahir korang dan bila korang sambut tahun lepas.
aku lahir tahun lompat. 4 tahun sekali.
16)5 blogger yang korang nk tag     
Billah     
Dah siap !

Jangan tunjuk kat bakal mak mertua aku pulak tag ni. 
Kalau nak tunjuk, bagitau dulu aku nak edit lain.
HA HA HA