Monday, June 17, 2013

So it has been like 2 years since I posted something on my blog. 
Phewwww~ What a journey I've been going through.

I'll start posting something on my blog, InshaAllah.

Oh one thing you should know that,



















Thursday, June 23, 2011

Walau pun hari bapa dah lama belah,

Ya, walaupun hari bapa dah lama belah, tapi aku nak wish jugak

to my beloved daddy.


you know how much i love you,
you know how much i need you,
you know how much i care about you.

Abah tak pernah marah kakak, pukul apa tah lagi. TAK PERNAH.
Thank you abah for being too kind, i will try my best not to dissapoint you. I'll try hard.

p/s ; mintak mintak abah baca sebab kalau face to face agak impossible nak karang ayat. haha

Wednesday, June 22, 2011

Dah lama tak menangis ? Mai baca entry ni. sob sob

hello people.

fine la lepas dah lama takk update belog ni, harini gua nak bagi motivasi sikit. tudiaaa, nak bagi motivasi macam nak bagi masalah ja kan. main cakap gua gua pulak.

sebenarnya video ni yang buat aku nak bercerita kat sini. watch it ,

Menangis gua, mencurah-curah air mata kat atas keyboard 
:'(

Despite of discussing about his vocal, yes he surely has a veeeery good vocal but he also has a veeeery tough life. His life story back since he's 5 has motivated me. I'm thankful for what I have, thank you Allah.

bayangkan la umur 5 tahun dah hidup sendiri. adik aku yang umur 5 tahun tu pun nak kena bagi mandi lagi. angun pagi pagi menangis sambil meraung meraung "nak mamaaaaaaaaaaaaaaaa" padahal mak dia elok ja dok tidoq sebelah dia. makan buah rambutan pun aku jugak yg nak kena kopek kulit. baju sendiri pon kalau dia yang carik memang dapat baju kaler merah seluar kaler oren, bapak huduh la kan.

ni bayangkan si SUNG-BONG ni, umur 5 tahun tidur tepi jalan, makan nak kena carik sendiri, nak carik duit kat mana ? sapa nak kopekkan kulit buah rambutan kat dia ? ishh, yg tu jugak yg aku pikir. =.='

sepuluh tahun kot dia kopek kulit rambutan sendiri, maksud aku,  dia buat semua benda sendiri padahal takat umur 5, 6 tahun tu kita mana penah buat semua benda sendiri. macam mana dia hidup masaa tu ? kesian gilaaa. umur 15 tahun baru nak masuk sekolah, mesti susah dengan yuran lagi, nak beli buku, beg, baju. haihhh.

kita sepatutnya bersyukur sebab kita ada kehidupan yang lebih baik daripada dia.
Dalam hidup kita kena tengok orang yang lebih bawah daripada kita, barulah kita bersyukur.

C'mon people, show your support to Sung-Bong here.

Saturday, May 14, 2011

Keluarga besar. SERONOK ATAU TIDAK ?

Mesti ramai orang pikir mempunyai keluarga besar tu best, meriah. well, it really is tapi tak semua keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang ramai menyeronokkan. bagi aku, memang best sebab aku ada enam adik beradik dan macam macam perangai. kalau semua balik. satu rumah bergegar. tak kira la bergaduh ataupun have fun. haha

tapi aku terpikir jugak, mesti ada keluarga lain yang aada ahli keluarga ramai tapi tak seronok, menyesal sebab ada keluargaa yang besar. bagi keluarga yang tak berapa nak berada, masalah kewangan mesti diungkit. tak cukup itu lah, ini lah. lepas tu masing masing salahkan orang lain, lama lama tak bercakap satu keluarga, tak peduli antara satu sama lain. ada ka macam ni ? entah, aku terpikir jaa.

yang keluarga sedikit berada pulak masalah dengan ibu bapa yang mungkin terlalu sibuk bekerja, balik rumah dah penat, anak anak orang gaji yang uruskan. anak anak pulak sorang sorang sibuk dengan kerja masing masing, ber-online lah, bar-gayut lah, ber-guling lah, tak tahu la sebab apa dia berguling ja kan ? hahaha. lama lama satu keluarga tak rapat. ahhh, masalah. ada ka macam ni ? entah, aku terpikir jaa.

Sebenarnya semua ni da jalan penyelesaian, kita kena terima hakikat dan terima dengan redha apa yang berlaku kat kita. kalau kita tak suka dengan setiap satu, tunjukkan lah usaha untuk merubahnya. bertolak ansur dan saling memahami dalam hubungan kekeluargaan tu penting SANGAT.
bagi aku, mak ayah pon penting untuk mewujudkan keharmonian dalam keluarga. daah nak sangat bekeluarga besar pandai pandai la uruskan. kalau rasa dari segi kewangan ataupun komitmen tu tak mampu, lebih baik ada nak sorang ja lepastu bela dia sampai jadi besaaaaaaaar punya. keluarga besar la jugak tuu.
 HAHA
dan mak ayah jugak kena rapat ngan anak anak, sekali sekala kena sembang sembang dan tahu masalah serta aktiviti seharian anak anak. baru la tak rasa kekok kalau nak kongsi apa apa. ini tak, duduk satu rumah tapi dengan anak anak selalu takmau cakap, buat muka dan macam macam lagi la. kan tak best macam tuuu.
bayangkan keluarga yang happy dan meriah. bila berkumpul jaa, macam macam boleh dikongsi. keluarga harus dijadikan seperti satu kumpulan kawan yang kita sayang-nak-mati.

p/s ; aku cakap ni untuk peringatan aku sendiri untuk aku jadik emak nanti walaupun lambat lagi. HAHA

ohh ya, sekarang ni sangat kecoh dengan orang yang suka simbah asid tuu kan ? orang tu pun mesti ada masalah kasih sayang tu. eloklah jugak kalau dia baca entry tentang kekeluargaan. haha

Be careful girls out there. it's the best for you to be with crowd.

Byebye, Assalamualaikum.

Friday, May 6, 2011

Selesaikan masalah dengan pop pop ?

Sapa yg ada masalah tu bawak bersabo lah. masalah ni kat mana mana pon ado. kalau p sampai ke hujung dunia yg ada polar bear tu pon masalah boleh ada. eh, msalah besar tu, nak kena hidup dengan polar bear pulak. memang carik masalah betul. haha yg tu dia carik masalah sendiri, aku taktau dah nak tolong mcamana.

Yg masalah dok carik kita ni yg aku nak tolong. aku nak tolong pon takda banyak la yg aku boleh tolong. cuma aku harap apa yg aku tunjukkan ni boleh la tolong hampa lupakan sat masalah masalah yg susah-gila-nak-mati nk selesaikan tu. selalunya kalau kita dok seronok seronok, gelak gelak gelak dan gelak lagi orang kata boleh la jugak lupakan masalah. jom kita test betoi dak apa orang kata tuu..


nah amik BESAR gambar, bagi cepat sikit lupa masalah.


lawak bonar, gaya apo sebonarnya ni haa. ce tengok tangan tu, kahaq sangat kot. ce p SPA bagi tangan gebu dan tau dak kat Malaysia ada GYM ? tempat tu boleh bagi badan ketul ketul. baru semart, ni macam tulang spongebob ja badan. alang alang nak tiru, tiru la bagi habeh, buat plastic surgery. baru aummmmmmmmm ! haha

kalau menari power, suara merdu okay la jugak kot nak support ! ni aku tengok macam.. 
haa, apa kata letak nama group ni spongebob ataupon pop pop ?

Tuesday, April 5, 2011

Cerita dari kecik sampai besar, MAMA, you're the only one. HAPPY BIRTHDAY.

Assalamualaikum, 5th April bersamaan semalam birthday Mama aku. so here's an entry dedicated for her.
Mama aku garang, tapi sebenarnya dalam hati ada taman. bukan taman buaya, taman rama rama mahupun taman burung tapi TAMAN BUNGA yang penuh dengan bunga bunga wangi mahupun tak berapa. Dulu masa kecik kecik biasa la kena tibai (pukul), belasah tu kan ? sekarang dah besar dah tak kena dah, dah jadik BESTFRIEND dah. comel lahhhhhhhhhhhhhhhhhh. *perasan.

Mama, ingat dak masa kakak kecik, tak boleh bejalan lagi, mama basuh berak kakak. masa tu kakak sakit perut sebab kakak makan buah ceri yg kakak kutip kat depan rumah. *baguslah mama ingat, sebab kakak pon tak ingat. kakak pernah berak ka kecik kecik dulu ? hmm..*okay ni cerita tipu.

Mama, ingat dak masa kakak kena tibai jugak lagi (kecik kecik dulu duduk tak diam sebab tu asyik kena tibai), sebab apa kakak tak ingat la (maklumla short term memory) tapi yang kakak ingat kakak memang kena tibai kaw kaw la sampai sedu sedu menangis pastu kena tibai lagi sebab tak berhenti menangis. HAHA

Mama, ingat dak masa kami kena kurung duduk kat luar tak boleh masuk rumah sebab balik daripada main lambat sangat. Dah maghrib pon, dok main tendang tendang bola kat padang. urghh, kenapa dulu dulu aku main bola ? tak matang langsung ! tapi nasib baik kami adik beradik walaupun suka gaduuh tapi kalau susah sentiasa tolong menolong, bantu membantu. *masa mama tak bagi makan tu, adik alia bagi makanan kat kami melalui tingkap. kami makan la kat luar tu. KANTOI !

Mama, ingat dak masa kakak sekolah rendah lepastu kakak jatuh basikal masa nak balik rumah ? DAMN, sakit gila. BUAT MALU JAA. takyah la ingat yg ni, kita tukar yg lain.

Mama, ingat dak masa kami adik beradik semua kecik kecik lagi kita semua tidur satu baris ja dekat depan ruang tamu tuu. dulu kita ada bilik dua ja mama kan ? tidoq semua orang sama sama takdala takut. best pulak tuuuu :D rindu lahh nak tidoq sama sama.

Mama, ingat dak masa mama tu abang mungkin umur 8 tahun, kakak mungkin 4 tahun, adik nadia umur 2 tahun, lepastu mama nakk bawak keluar lagi satu. tak cukup tangan nak pegang. semua keja nak reyau jaaa sampai tok pun kena pegang jugak. mama dah la tak larat dah, dok sakit dalam perut ni nak tekeluar. ahh, macam mana la mama ngan abah masa tu kan ? mesti kalut GILA ! 

Mama, ingat dak masa hari pertama kakak balik seolah masa darjah satu kakak tunjuk kat mama tulisan kakak tulis A B C lepastu mama kata lawa tulisan kakak. Ya Allah, bangga gila masa tuu. rasa macam nak menulis ja sepanjang hari. tudiaaaa..

Mama, ingat dak masa mama mengandungkan adik mama tak bagitau kami adik beradik ? lawak laaa, haha. sampai dah berapa bulan baru kami tau. kami pahamm mesti mama taktau nak bagitau camana kan ? sebab adik beza banyak tahun kot dengan kami semua. dengan kakak pon beza 15 tahun.

Mama, ingat dak masa kakak dah habes UPSR nak masuk sekolah menengah pulak, mama sungguh sungguh nak masukkan kakak sekolah agama tuu sampai buat macam macam. mula mula takk dapat kan kakak menangis ? kakak taktau la kenapa kakak menangis, kakak bukannya nak masuk pun sekolah tu. haha tak paham pulak dengan diri sendiri.

Mama, ingat dak masa kakak kat sekolah menengah ? Mesti mama takmau ingat masa zaman kakak sekolah menengah kan ? Orang cakap susah nak bela anak perempuan ni, macam bela lembu la susahhnyaa. Tapii kakak ni bukan perangai takat lembu, tapi mengalahkan kerbau, monyet, buaya dengan dinasour perangainya. Memang a complete disaster. ish ish ish. kena tibai dengan macam macam benda pon tak ingat jugak nak berhenti buat perangai.

Bila dah masuk U ni pulak, macam macam mintak. Nak duit la, nak p sana nak p sini. Bila tak boleh focus dengan study pulak, call sambil menangis. erhhh, it was tough right ? it really was.

Bila difikirkan sekarang ni, kakak betul betul tak kisah mama tibai kakak dengan semua benda tuu, (tali pinggang, paip, hanger, kayu, tali pinggang lagi ) i mean, all those things have taught me something that is really meaningful. Luckily, mama take a really good care of us though in a tough way. well, its your own way to teach your children. Itu yang mengajar kami jadi orang yang berguna sebab it was once-felt-never fogotten lesson. kalau dulu mama tak kisah dengan kakak, biar ja apa kakak nak buat kat sekolah, kalau cikgu panggil pon mama bela kakak, mesti sekarang ni kakak jadik macam dulu lagi. teruk sangat. urghhh. 

Mama, walaupun kita takda la bergaya gayaan, bermewah mewahan, dan disanjung tinggi oleh Perdana Menteri mahupun Oprah Winfrey, tapi kakak sayang keluarga kita. *Lagu background, We are who we are by Ke$ha.* tudiaaa, keluaq habeh lagu.

Loads of thanks mom and HAPPY BIRTHDAY.
I'll always pray for Allah blesses you with perfect peace. ameen.

Thursday, March 31, 2011

Famous Video Bloggers. Me ? OF COURSE NOT !

*sekarang ni aku tengah pikir tajuk untuk entry ni. PERLU KA BAGITAU KAN ?
susah la nak pilih tajuk, lemah betul bab bab ni. memang sejak azali lagi aku ni memang susah nak bagi tajuk untuk apa apa jaaa. 


pernah sekali dalam kelas, bukan sekali laa, banyak kali la jugak, lecturer suruh pilih nama group tapi group aku paling last pilih. kalau ikut aku nak letak ja nama rainbow, nose, window, benda benda yg aku nampak jaaa, tapi orang lain takmau pulak. fine la nak letak nama GEMPAK. bla..bla..bla.. eh, boleh dak kembali ke jalan yg benar ? ni apaasal melencong pergi jalan lain ni ?


okay, okay.


sebenarnya aku nak cerita pasal orang orang yg famous amous namanya disebabkan video yg depa buat lepastu letak kat YOUTUBE. tau kan youtube ? ini bukan sekadar tube yg kita buat masak masak masa kelas science tuu. BUKAN. and bukan la aku nak cerita semua orang. gilalah, ingat aku ni banyk masa sangat ka nak cerita pasal sorang sorang. dah la tulis ni terpaksa jaa. bukan nak sangat pon. TUDIAA, jujurnyaa. ya, aku memang jujur orangnyaa. makcik makcik kalau nk carik menantu dialu-lukan baca statement ni. HAHA
aku rasa mesti dah ramai yang tau pasal video bloggers atau pon nama manjanya vloggers (ada orang panggil vbloggers) taktau la org org tu manja ka tidak kan. tapi tak kisahla sebab aku nak cerita pasal video yg best !


You know what ? video depa ni bukanlah calang malang balang video, tapi kekadang ada jugak unsur unsur berpelajaran lagi berpengetahuan lagi ber.. ber.. err.. ber apa apa jelah yg elok. boleh ja kalau nak bagi adik adik atau anak anak hampa tengok video ni. takda halangan macam cinta terhalang dalam movie movie sekarang. kekadang ada bagi nasihat dan moral value macam kita kena buat buku nilam masa sekolah sekolah kan ada kena tulis moral value sesuatu buku cerita tuu ? TAK INGAT SUDAH !


jom tengok satu contoh vlogger ni ;


ANWAR HADI

ini lagi sorang ;
MATLUTHFI

nak tahu kenapa aku promote video depa ni ? sebab yg pertama tama tama tama sekali mestila sebab video depa best and tak merapu rapu rapu macam belog aku ni.. takda maklumat penting pon. Ada meseg, tu yg buat video depa terkenal selain menarik perhatian sebab depa jugak pandai berlakon. jadik pondan pon boleh. HAHA

yg kedua dua dua sebab depa org KEDAH jugak. kita GENG. yay ! *okay, nampak sangat overact. padahal dua dua orang ni takk kenal pon aku. HAHA

copp, ini ada lagi satu video but it's for girls . guys might not interested with the video. well, you still  can have a look of it if you really insist.

HANA TAJIMA
 i like her because she's so cool as others might be acting exaggeratively and of course she's captivative.




p/s ; ini bukan entry berbayar mahupun entry berasuah okay. haha

Sunday, March 27, 2011

eh, baru sedar.

aku ada blog rupanya, aku baru sedar dua tiga hari yang lalu. tak sangka aku dah hilang ingatan. eh, kasar sangat ayat tuuu, lupa daratan baruu sopan santun sikit.

sebenarnya nak cerita aku tengah cuti ENAM BULAN bukan enam minit mahupun enam hari mahupun enam minggu tapi ENAM BULAN. nampak dak ke-OVER-an aku tuu ? haha. dan aku jugak dah habes program pengajian asasi (taktaula betul ka dak ayat ni) dekat Nilai. Serhoonokkkk tersangat sangat sangat sebab aku ingatkan aku dah memang kena tua kat Nilai tu sampai beranak pinak pon kena stay sana lagi. tapi nasib dah habes. 2 tahun kot aku kat sana. 2 kali raya baru habeh. raya tahun ni aku raya kat rumah la pulakk :DD siap boleh puasa sebulan lagi kat rumah. seronok dak ? eh, buat apa aku tanya hampa kan ? hampa tak boleh cutiiii ENAM BULAN macam akuuuuu. hahaha. okay okay tak cakap macam tu lagi dah. 

buat pengetahuan anda, aku sekarang ni memangg free 24/7. takda buat apa pon kat rumah. carik kerja pon idak, study untuk muet pon idak. HAHA ni bukan salah aku, salah cuti la sapa suruh lama sangat aku macam rilek rilek la dulu sebab rasa macam lambat lagi nak habeh cuti. kerja ka apa ka rilek la dulu kan ? ngehngeh ;)

oh, ya ? nak tau dak kenaapa aku dah lama tak update blog ni ? *yg taknak tau p tekan tanda pangkah kat atas tu sekarang.* aku sebenarnya bebai (marah, tunjuk perangai) sebab aku punya belog tak lawa, orang lain punya semua lawa lepastu aku tak pandai nak decorate decorate semua. disebabkan rasa menyampah gila tengok belog ni terus aku rasa menyampah nak bukak sampai lupa daratan kat belog ni. BAHAHA ye, aku tau la takdak sapa hairan pon aku nak update ka idak. fine laa fine.

aish, buat sedih sedih pulak. 

DAH, SEKARANG NI AKU NAK P MAKEOVER BELOG AKU LAWA LAWA. TUNGGU TUNGGU !

Monday, February 14, 2011

Nabi sayang sangat dekat kita, sedar tak ?

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL.
Sempena maulidur rasul ni, aku nak cerita pasal article yang aku baru baca ni. sedih sangat dan boleh buat kita muhasabah balik diri sendiri. *baru kau nak muhasabah diri ye? sebelum ni macam cacing lupa nama nenek ni apa hal?
Tau tak nabi kita sayang sangat dekat kita semua, umat baginda. Aku baca kat page ni yang aku jumpa lepas member aku post kat FB. Aku cerita sikit sikit ok pasal article ni, nanti baca sendiri okay ?
Article ni cerita pasal kisah nabi waktu ajal dia dah dekat sangat. baginda bagi khutbah terakhir dan tinggalkan wasiat untuk kita. Semua para sahabat sedih lepas dengar khutbah dia tuu. 
Masa nyawa baginda ditarik, baginda cakap baginda sakit sangat dan baginda mintak dekat Allah supaya digantikan semua kesakitan yang bakal umat baginda rasa dekat baginda ja. dia taknak umat dia sakit. mulia kan Rasulullah ? Walaupun nyawa baginda sedang ditarik, baginda masih lagi ingatkan kita. sehingga ke saat terakhir baginda menyebut 'ummatii ummatii ummatii' 

Mari kita berselawat banyak banyak banyak dan sematkan rasa cinta dekat Rasulullah.
Sama sama lah kita berdoa semoga kita semua diberi Hidayah dan diredhai Allah, amin.
 tudiaaa, boleh dak kalau nak masuk gadis melayu ? 

Cerita kedai makan.

Lawak gile haritu aku pergi makan dengan mak sedara aku dan anak anakk beliau dekat satu tempat ni nama apa tahh. macam misteri pulak tempat tuu kan ? Kami pon masuk la satu kedai makan yang agak menarik standard restoran biasa la kan. bukan hotel lima bintang pon, tak mampu den. takpa, takdahal la kedai apa pon kan. yang aku nak cerita ni pasal menu dia. 
sekali lagi, bukan menu yang kedai tu sediakan, tapi buku menu tuu. eh, buku ka orang panggil ? lantak laa, yang penting menu yang dia tulis atas kertas keras tu untuk orang pilih nak makan apa. dah paham kan ?
aku pon dengan semangatnya order ja nasi ayam sama dengan makngah aku dan anak anak beliau merangkap sepupu aku sebab makanan tu ja cepat sikit. perut aku dah nyanyi lagu 'Gong Xi Fa Cai' dah ni. mentang mentang baru lepas raya cina. haha. ikut tema jugak perut aku ni.

tengok, dah lari topik. ni aku malas nak tulis blog ni. Aku asyik nak bawak lari ja topik ni.
berbalik kepada cerita, lepas dah order nasi ayam, aku tengok balik menu yang dia tulis atas kertas keras tu untuk orang pilih nak makan apa sebab aku nak order air pulak. tetiba aku nampak ni ;
wuu, aku ingat air nama baru. tak sangak kedai ni pandai reka reka air, nama pon macam sedap.
aku tanya makngah aku ni air apa sebenarnya. lepas makngah aku dah try sebut banyak banyak kali baru sampai ke dalam otak makngah aku dan dia cakap air 'carrot susu' kot. 
BAHAHAHA.
lepastu usha usha lagi nampak ni pulak ;
nampak tak ?nasib baik dia letak gambar buah tu kat situ, aku ingat air otromen.....buat. rupanya air strawberry. Bami(abang sepupu) aku buat kesimpulan dia salah taip kot, sebab huruf A dengan S kan dekat kat keyboard ni. haha. takpa, takpa dimaafkan.
sampai orang tu dah blah pon aku tak bagi balik menu kat dia sebab nak carik lagi kalau ada salah. pastu aku jumpa ni pulak ;
memang takleh blahh laa. tapi best la kedai ni sebab ada hiburan sementara kami tunggu makanan siap. dia memang suruh carik perkataan salah kot. HIHI

Friday, January 21, 2011

Rasa macam nak update, tapi malas, tapi nak edit, tapi takdak idea. ada sebenarnya tapi malas.

I am so not in mood of updating my blog.
Got no idea.

Tonnes of assignments to be done.
 
Busy with sports. Oh yeah, I'm participating in futsal and the match will be tomorrow. 
Harap harap boleh menang. sangat berharap.


And in other words, aku pemalas rasa macam nak tidur ja sambil berdiri,

sampai tak sedar hingus dah jadik belon,
kenapa semua nak gambaq karton ni ? tak paham.

that's all.
byebye :D

Saturday, January 15, 2011

stress gila kalau tengah boring.

weekend sepatutnya diisi dengan ektiviti yang menakjubkan lagi syiok.
tapi aku boring gilaaaaaaaa. gila gila gila gila. orang gila pon tak boring macam ni.
orang lain takpala, 
ada boifren/gerlfren boleh main tekan tekan keypad henpon dengan boifren/gerlfren.
ada duit melimpah ruah sampai taktau nak buat apa boleh la keluar merayap sampai lebam.
ada rumah dekat boleh balik tiap tiap minggu sampai pecah tayar kereta mak bapak asyik mai ambik.
aku ni dah la tengah kayap, takleh keluar merayap,(wahh, boleh buat pantun) rumah jauh, mak bapak tak mampu nak mai ambik tiap tiap minggu.
takpa, aku TAK JELES LANGSUNG dengan orang yang duit banyak, boifren/gerlpren keliling pinggang, rumah tepi hidung. tak jeles pon, betoi ni ! betoi :|
*obvious sangat ka sebenarnya aku jeles? ok, fain !
AKU JELES.
nak balik jugak, boring tau dak !
tengah tengah online sampai dah sakit pinggang tadik pastu tetiba rasa rindu dekat family. ya, rindu gilaaa dan dengan pantasnya aku ambik handset dan dail "Rumah". tapi takda orang angkat. ni mesti keluar jejalan ni. jeles lagi. lepastu call "F Abah :)" tak angkat jugak. aipp melampau ni berseronok sampai takmau angkat call anak yang jauh di mata. hidung ni dah merah merah tahan sebak. sabar lagi, aku call "F Mama :)" nasib baik adik aku yang umor 4 tahun tu angkat. lepastu dia bagi kat mama aku.
sembang sembang mama aku cakap depa satu family kat rumah tok aku. cousin aku bertunang. confirm la meriah gila kan kat sana ? arghhh, marah ni ! marah ! aku taktau pun. nak balik jugak. dah la mak sedara campur sepupu sepapat aku dok bising kat belakang kata best gila  laaa, makanan banyak, boleh makan macam macam. orang ramai kat sini boleh sembang sembang, mentang mentang la aku kat sini boring sampai rasa nak tendang tendang diri sendiri. terus menangis sebab mama tak bagitau cousinn aku nak bertunang. kalau tidak boleh balik, takda la nak boring macam ni :|

RASA MACAM  LOOSER GILA ! 
p/s ; takpa nanti aku cuti tujuh bulan, aku nak duduk rumah tak keluar dah sampai jadik jakun bila keluar. haha :D

sebenarnya aku nak cerita pasal mama aku seorang hero. tapi jadik cerita ni, baca jela. bukan senang aku nak buat cerita sedih. HAHA

Wednesday, January 12, 2011

kangaroo kena hukum gantung.

Kejam dak tajuk gua ? haha

*Err, camna nak buat pendahuluan ni ? taktau pulak. 

Straight to the point jela, aku memang tak pakar nak buat  ayat karangan bahasa melayu macam masa SPM dulu. haha

Err, isi penting pun taktau nak buat macam mana. hahaha mengada ngada gila aku.
OK,OK back to the main point,

Sebenarnya aku tengah main game Hangaroo. 
Serious tengah main ni, aku tak tipu pon. betul !
 *takda orang cakap aku tipu pun kan? mengada gilaa =.="
Penah main dak ni? game ni bagus jugak sikit sikit sebab nanti kita boleh dapat pengetahuan am. Dah lama sebenarnya game ni diperkenalkan (ewahh, pandai pandai ja) Dulu masa aku sekolah menengah ka sekolah rendah, dah ada game ni. maksudnya dah lama la kan ? mesti la tuan tuan dah puan puan semua penah main kan ? mesti dah tau kan ? 
mesti dah taknak baca entry ni kan ?
TAPI KENA BACA JUGAK ! kena paksa. haha

Sapa yang taktahu, meh nak tunjukkan gambar,
ni dia !
muka nak comel ja kangaroo ni.

tapi 'jangan pandang haiwan hanya dari paras rupa.'
dan jugak,
'tak kenal maka tak tahu.'
dua periperi eh peribahasa ni sesuai untuk menatang kangaroo ni. 

bila dah main baru tahu kangaroo ni kurang hajar. mulut nak laser ja, dok maki maki. tak padan dengan nak mampus kena gantung, lagi nak maki maki orang. bawak bawak la mengucap ka, buat ibadat, ataupun bertaubat. ini tidak..

nak tahu kenapa dia maki? 
sebab kalau kita pilih huruf bukan seperti yang sepatutnya atauu dalam kata lain, SALAH pilih nanti dia kena gantung lepas tu mati. sebab tu dia takut. haha
tengok dia dah jadi angel. tapi muka masam jugak. 
" tak baik berdendam lah incik kangaroo. "

Memang takkan pernah aman kalau main ni sebab nanti mulut dia dok pot pet pot pet bila salah pilih huruf. geram lak aihhh. kalau nak tenang kan keadaan kena mute kan volume speaker so nanti tak dengar suara dia. HAHAHA
padan muka padan muka.
Tapi aku suka buka volume kuat kuat pastu kalau rasa dah geram sangat sengaja buat buat salah pilih biar dia mati digantung. *ayat nak cover ja, padahal taktahu jawapan. tak kisah la kan, asalkan dia mati terseksa.
HAHAHA 
padan muka padan muka.

KAN BEST KALAU BOLEH GANTUNG ORANG MACAM TU. KALAU GERAM JA TERUS TARIK TALI BIAR TERJERUT PASTU MENJERIT JERIT SAMPAI MATI.


gurau gurau :D
thats all,
byebye :D

Saturday, January 8, 2011

Nama aku ditukar tanpa kerelaan.

Assalamualaikum.

Penah main google translate dak?
Aku ngan bebudak dorm selalu gila kot main google translate ni. 
aku tau benda tu bukan untuk main.
aku dah salah gunakan kuasa ajaib aku.
tapi,
tapi memang lawak habes kalau buat benda main. 
tak caya tengok ni..

click untuk penambahan ukuran gambar.
Terima kasih Google Translate sebab dah tukarkan nama aku.
yang aku tak paham,
Kenapa WET NURSE ? 
Apa jadah tu weh ? 
WET NURSE tu apa ? 
nurse basah ?
HAHAHAHA

Nurse yang selalu kena simbah air dengan patients maybe ;)

Friday, December 31, 2010

Azam tahun baru membawa padah ?

Yay ! dah masuk tahun baru 2011. 
HAPPY NEW YEAR !
tapi,
apa kena mengena ngan aku ?
entah laa, orang seronok aku pon seronok la. 
orang ada azam aku pun nak ada azam jugak. 
KAH! KAH ! KAH !

Azam baru aku baru ja aku dapat tadik masa tengah basuh pinggan (tudia main point nak bagitau dia basuh pinggan ja)

betul ni.
tadik aku basuh pinggan pakai skirt.
skirt ni 
|
|
|
|

dan sekarang ni aku sangat marah. 
sebab sebab sebab
eh, nampak dak bulatan pink tuu ? teka kenapa aku buat bulatan?


sebab ni 
|
|
|
|

ni apa murid murid?
TERKOYAK CIKGU !
bagus.

skirt tu dah tekoyak la wehhhh. aku taktau macam mana boleh terkoyak. why wehhh ! 
ni aku agak kalau bukan sebab lutut aku tajam, mesti sebab anai anai yang gigit. 
wahh, boleh pulak anai anai gigit time aku pakai. bahahahaha. 
haa, ni mesti sebab lutut aku la ni tajam sangat. haish, bengang betul lah !

disebabkan terlampau bengang aku pun ambil penyagat dengan AZAM baru yang tertanam di hati - NAK SAGAT LUTUT.

Jadi, tula azam baru aku dan dah tertunai pon. 
yay ! 
satu azam satu tahun. tahun depan tanam azam lain pulak. 
Azam aku dah tertunai. Azam korang ?

p/s ; disebabkan lutut beliau dah disagat, zabedah kini terpaksa mengharapkan kerusi roda untuk meneruskan sisa sisa hidup beliau. 
-BERITA TV5-

Wednesday, December 29, 2010

Indonesia boleh tutup mulut.

 Gambar ihsan Google
Alhamdulillah Malaysia dah menang. Bangga gila rasa macam nak pergi tarik ja seluar penyokong Indonesia sorang sorang biar malu. bahahaha ;p

Sebelum ni salahkan laser, kali ni kita tengok pulak diorang nak salahkan apa. geram betul aku bila main game Ameba Pico ja mesti aku kena hentam dengan geng Indon ni. Dah kalah pun nak belagak lagi. susah betul.

Tapi sebenarnya bagus oh penyokong Indonesia, walaupun dah kalah masa perlawanan akhir yang pertama, tapi diorang still tak putus asa. kalau aku, Malaysia dah kalah first game terus aku tak sokong dah Malaysia. bahahaha. BURUK PUNYA PERANGAI.

Berbaloi jugak aku kena marah tadik sebab terlampau bising dan menggangu pemandangan abah mama abang dan adik adik aku kat belakang sebab end up dengan kemenangan. yippi !

Tahniah K.Rajagopal, tahniah pemain bolasepak negara, tahniah Malaysia.

Tuesday, December 28, 2010

Cerita laser.

Susah betul bila penyokong Indonesia tak boleh terima kenyataan diorang kalah. 
Nak salahkan laser pulak. ok, FINE !
tahukah anda ?
Yang sebenarnya, INDONESIA YANG START DULU MAIN MAIN LASER.

gambar ihsan KOSMO.
Penjaga gol Malaysia yang dipancar sinaran laser semasa perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF.

tudiaaa, bukti dah ada. aku memang semangat bab bab nak bergaduh ni.. sanggup p carik gambar lagi. setan tengah beratur kat belakang aku ni tunggu turn nak menghasut. haiya !

berbalik kepada gambar. sekarang ni penyokong Indonesia dah malu balik sebab asyik nak salahkan penyokong Malaysia yang menggunakan  laser 10 hingget tu. amboi amboi amboi, yang mulut depa laser tak mau mau tu takpa pulak.

" Malu la, Malaysia kalah haritu tak kecoh pun dengan laser laser ni. Masa korang kalah nak kecoh kecoh pulak pasal laser. sekali terkena balik. boooooooooo !"

Yang aku lagi marah, tengah aku best best main application Ameba Pico kat FB. "hampa penah main dak ni? best gila game tu, cepat p main sekarang." aku asyik kena hentam ja ngan orang indon pasal bola ni laaa. bengang lak aihh. aku pon p layan, dok maki memaki. terus ada sorang budak ni cakap nak bakar rumah aku. rumah kat dalam game tu laaa, sekali dia letak unggun api kat dalam rumah aku. bahahaha. nak pecah perut aku gelak. bukan boleh terbakar pon rumah tuuu. aku bajet dia budak budak lagi kot. takpa laa, di maafkan. Aku pun click kat unggun api tu dan DELETE. senang gila padam api. bahahaha.
paham dak ? esh !
Takpa la, back to the main point.

Aku bangga gila jadik rakyat Malaysia. kalau kalah pon rilek, menang Alhamdulillah.
wahh, COOL GILA ! *sambil korek korek bijik mata. errrrr.

Majulaah sukan untuk negara. (bajet penyampai berita sukan pulak)
Semoga Malaysia dapat kalahkan Indonesia untuk perlawanan akhir peringkat kedua nanti.
Amin. *cepat amin ramai ramai ;)

5 minit baca ni.


"yela, yela nak buat la ni." 
boleh ka start entry macam ni? haha.

Perlukah saya menjawab soalan soalan di bawah dengan tepat? 
bahalol sangat ka soalan ni ?
ok, hiraukan =.="

1)Apa yang paling penting dalam hidup korang?
 Allah, sanak saudara, rakan dan taulan, pencuci muka, katil dan bantal dan juga connection internet =.='
2)Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri?
Gula gula perisa asam jawa dua puluh sen.
3)Adakah korang bercinta sekarang?
Napa tanya soalan ni? sensitif tau. Aku baru ja lepas break up semalam dengan Donald Trump  :'(
4)Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
 Selagi beliau tak serahkan harta beliau kat aku.
5)Di mana korang akan berjumpa kekasih korang?
Kedai runcit Mak Limah.
6)Novel/Buku/Majalah terakhir korang beli.
Buku Grammar dan Oral Communication semester lepas.
7)Apakah nama penuh korang.
Zabedah Wahab. betul ni  (=________=)
8)Antara mak&ayah korang mana lagi mesra?
Dua dua laa. tak sampai hati nak bezakan. kalau merajuk ngan abah, p kat mama. kalau merajuk ngan mama p kat abah. kah ! kah !
9)Namakan orang yang betul korang nk jumpe dalam hidup korang?
Rasulullah S.A.W
10)Namakan tempat yang betul2 korang nk pegi?
Ireland. dulu berangan nak sambung belajar sana, taktau kenapaa. kah ! kah ! kah !
11)Pilih 1 peluk atau cium?
atau +.+
12)Lima lagu bermakna dalam hidup korang.
E.Y.E = Izinkan selamanya nama mu di hati. (bapak retro)
Lagu sekolah rendah.
Lagu sekolah menengah.
Lagu CFS (nak jugak =,=')
Yang kelima taktau nak cakap macam mana. kah ! kah ! kah !
13)3 perkara tentang orang yg tag korang
Suka biar laptop terbuka kalau nak pergi mana mana ataupun nak tidur.
Suka cakap 'geli ngat aih'.
Pandai cakap Kedah. weeewitttt.
Nak lebih lagi boleh ?
Suka cakap benda benda yang menyedihkan secara tiba tiba. ha ha ha
Nama samaran beliau ialah Ambrell. 
Malam malam ja nak carik McD.
eh, banyak pulak. sorry ;)
14) 5 benda yang korang sangat sayang dalam hidup korang
hadiah orang kasi. tapi sayang gila aku tak pandai jaga barang.
accesories. walaupun dah buruk dan berkarat, tetap nak simpan :D
benda free.
mug yang baru guna untuk minum milo. sayang killer nak basuh. (sebenarnya malas)
benda baruu beli.
15)Bila tarikh lahir korang dan bila korang sambut tahun lepas.
aku lahir tahun lompat. 4 tahun sekali.
16)5 blogger yang korang nk tag     
Billah     
Dah siap !

Jangan tunjuk kat bakal mak mertua aku pulak tag ni. 
Kalau nak tunjuk, bagitau dulu aku nak edit lain.
HA HA HA

Saturday, December 25, 2010

Kobi, Lobi, Hobi.

err, aku taktau kenapa aku letak tajuk camtu. 
hiraukan =.='

Yang penting sekarang aku nak cerita aku kena tag. yay ! aku suka.sebab kalau takda tag takda la entry baru. HAHA.
Tag kali ni pon oleh Datuk Cekadak jugak. 
memang takda orang lain dah yang sudi nak tag aku. 
eh, aku tak rasuah dia suruh tag aku pon ok. tetiba emo lebih lebih.
(=___________=' )

Aku jawab tag ni sambil letak eyemo. tau tak benda apa? alahh, yang letak dekat mata sebab taknak mata cair tuuu. 
taktau jugak? nanti pergi kedai apek tepi jalan tanya dia eye mo tu apa ok ?

dah settle masalah tu, jum kita tengok tag ni. apa benda tah dia nak aku jawab.

1) Siapa suruh anda buat tag ini?
Cekadak, isteri cekodok.

2) Apakah hobi anda?
Ushar monyet makan. 

3) Sejak bila anda mula berminat dengan hobi anda itu?
Tanpa sedar, saya dah mula meminati bidang ushar mengushar ni.

 4) Apakah faedah mempunyai hobi anda itu?
 Boleh mintak sikit makanan tu kat monyet. Jimat duit takyah beli makanan. 

Kenapa sikit ja soalan? 
tak mencabar. ha ha ha
(banyak ni punya soalan pun dah malas nak jawab sebenarnya)