Saturday, December 4, 2010

hero.

pernah tak kalian terasa 'down' secara tiba tiba?
sapa pernah? 
sila buat pusat bergetar. 
haha
 meh aku nak cerita pasal pengalaman aku.
tau tak, hari khamis hari tuu aku pergi kelas macam biasa lahh.  
aku tak penah ponteng. 
*ceh, apa motif ni? hiraukan ja please :D 
aku masuk kelas pukul lapan, dan macam biasa dah habes kelas tu ada kelas lain pulak. kelas poetry namanya. lepas tu, lepas tu masa tengah rilek rilek tunggu lecturer masuk, baru aku teringat aku tak buat kerja yang dia suruh buat. sebenarnya taktau pun kena buat kerja tuu, lepas member aku tanya baru aku tau ada kerja. haha. kantoi dalam kelas main main.
ok, takpa hiraukan yang tu jugak. 
aku pon terus ambik pusat eh, purse dan belah dari kelas tu ke cybercafe untuk carik poem dan print. kalut kalut carik dan terus ambik ja mana mana poem yang ada. masa tengah carik carik tu baru aku teringat member aku sorang ni pon tak carik poem lagi jugak. terus aku printkan untuk dia jugak. terasa bangga sebab dapat menyelamatkan member aku sorang tu daripada ditelan ikan gorila. eh, ikan ka gorila? 
gorila? ikan?
apa apa jaa.
rasa macam hero wooo sebab dapat selamatkan orang.
lepas dah print terus pergi kelas balik. tengok tengok lecturer dah masuk. tapi takpa, aku masuk buat bodoh ja. disebabkan terlalu bangga sebab dah dapat carik poem aku masuk kelas sambil senyum senyum mesra sampai semua orang pengsan tengok kemesraan aku. ewahhh ! tipu ja. aku pun duduk lah kat tempat aku pastu bagi poem yang aku dah print dekat member aku yang tak buat kerja jugak tuuu. taktau nak cakap macam mana lagi perasaan bangga aku tuu. rasa macam nak gigit gigit kertas tu. haha
"apa nak jadik ni? kerja senang macam tu pun takleh buat." 
aicehh, mentang mentang baru siap kerja. nak marah orang pulak.
malangnya, baru beberapa minit terasa bangga..
tetiba, aku nampak kat depan lecturer tulis dia nak poem oleh Wilfred Owen yang bertajuk Anthem for Doomed Youth SAHAJA. faham tak? faham tak apa salah aku? aku pergi carik poem yang tah hapa hapa macam tak guna ja. terus down lepas dapat tahu aku salah carik poem.dah la aku sebenarnya sakit kaki sebab malam sebelum tu aku jalan banyak. masa lari lari pergi carik  poem tu tak rasa sangat kesakitan di kaki ku sebab terlampau semangat nak siapkan kerja, takut kena marah. tapi, lepas dapat tahu salah buat kerja terus rasa sakit balik, berdenyut denyut macam nak tercabut kaki plus sakit kepala dan down gila ! 
macam nak sorok bawah meja sambil nyanyi lagu 'laukku cukup masin' sebab malu jugak buat kerja salah.
eh, kenapa lagu tu? -mugkin masa tu lapar. haha

ingat boleh jadik hero kat member aku sebab dah selamatkan diaa. 
tapi.....

p/s ; inilah akibat sebab terlalu berbangga dan riak dan takabbur dan over.
Allah marah, anak anak murid cikgu jangan buat macam tuu tau?
*sejak bila pulak aku jadik cikgu?*

2 comments:

  1. huh...
    ikan gorilla..... spesis terancam tu...
    huhuhu..

    ReplyDelete
  2. hahahaha. yang tak terancam sekarang ni incik gorilla jaa :D

    ReplyDelete

Bebel di kotak ini ;