Tuesday, December 14, 2010

"Aku saja jaa. haha"

Aku jalan pergi kedai runcit milik cina muka jambu takda bulu.
"Weh, kenapa Zabedah Wahab? Nama sapa tuuu?"
"Aku saja jaaa. haha"

Aku pergi kedai makan pakcik rock takda rambut kat depan.
"Weh Zabedah Wahab. Bapak veteren nama kau. Mana kau dapat?"
"Aku saja jaaa. haha"

Aku pergi kelas dekat belog C yang banyak pakcik misai naik motor a.k.a Pakcik Guard.
"Zabedah Wahab. hahahahaha. Nama nenek kau ke weh?"
"Aku saja jaaa. haha"

Aku tengah sibuk check baki duit aku dekat ATM bank lalat Muamalat. 
check jaa, nak keluarkan tak mampu :(
"Zabedah, kau tengah keluarkan duit ka? eh, camana kau boleh dapat nama Zabedah Wahab?"
"Tak laa, aku tengah cuci tapak kasut ni. Aku saja jaa. haha"

Tengah tidur dengan gaya monyet cabut bulu bulu rosak sambil usya member cabut bulu kaki.
aku pikir ada persamaan jugak member aku dengan monyet,
tetiba ada announcement ;
"Perhatian kepada wanita yang mengaku sebagai Zabedah Wahab. Sila kembali kepada diri anda yang sebenar"
"Aku saja jaa. haha" (sambil gigit gigit besi katil)

Kenapa semua manusia (hyperbola disitu) nak tanya kenapa aku letak nama tuuu? Aku macam nak ja pakai banner yang diikat dengan tali, tulis ;
'Nama aku dekat FB Zabedah Wahab sebab takda sebab pun. Lu ada masalah? Jumpa gua belakang kedai mamak' 
pastu gantung dekat leher. 
(bajet macam gangster tengah tahan nak terkencing, muka berparut, baru lepas keluar gym sambil pakai singlet.)

anyway, aku tak marah pon uolllllss tanyaaa. ini entry gedikss saja sebab esok takda exam. tapi esok, esok, esok dan esok lagi ada exam. arghhh :\

Semoga awak berjaya ! 
:D

No comments:

Post a Comment

Bebel di kotak ini ;