Friday, November 5, 2010

Ketagihan.

Harini sangat bohsia bohsan la abang abang dan adik adik sekalian. Walaupun harini adalah hari Deepavali, tapi kenapa aku tak rasa kemeriahan tuuu? Nak makan laddoo, nak pakai sari. Nak pergi raya lahh, boleh dak? HAHA.
GILA !
Harini jugak abah nak masukkan duit. Oh no ! Oh no ! *muka menggigil gigil sambil mengetap gigi.
Kenapa aku takut dan tak suka? Sepatutnya aku gembira dan bahagia. Tapi, ini semua disebabkan gerai gerai kat bawah tuuu. semua dia punya pasal lahhh. sekarang dah hilang aku yang dulunya suka pergi ke atm dan cucuk cucuk dia dan tekan tekan dia. aku rindu aku yang dulu. *over. haha
Anda mesti tertanya tanya kenapa aku over begini kan? Sebenarnyaa, kat campus aku ni tengah ada 'Raudhah Festival'. Macam macam aktiviti ada kat sini, ada gerai bukak banyak gilaaa jual makanan, baju, selendang, kasut. Memang best untuk sesapa yang rasa duit dia banyak gila sampai tak tahu nak buang kat mana. haa, jawapan dia kat sini laa. Memang kompem boleh habis duit wehhh. kalau dia bertapa kat sini sehari dua boleh tahan la jugak. ni dua minggu wehh, dua minggu ! memang tak menahan.dah laa depan blok asrama aku. pergghh ! sebab tu la aku nak keluarkan duit kat atm pon tak berani. kalau hampa, ada beran?
kalau asyik membeli jaaa, alamatnya tak berasap la perut ni. haha
Tapi, tapi harini aku nak cerita bukan pasal festival tuuu saja. aku nak cerita pasal ketagihan. bukan ketagihan dadah sepertisyabu mahupun ice tuu. tapi aku nak cerita pasal ketagihan lain berdasarkan pengalamann yang aku pernah nampak ataupun yang familiar dalam kehidupan aku. buatpa nak cerita benda yang aku tak tahu dan tak penah rasa. kalau hampa nak aku cerita jugak, bagi aku rasa dulu dadah tuu. then baru aku boleh cerita. ok?
Ketagihan #1
Game ;
Ini memang bukan setakat berlaku di sekililing aku. sekali ngan aku sekali terjebak dalam kancah tak bermoral ni. haha *sambil buat gaya pengacara 999. tapi, ketagihan kepada game ni biasala kan? bukannya teruk sangat pon. kalau game yang tak teruk dan menunjukkann moral yang tak baik tuu memang la salah kan? ini aku ketagih dengan game tembak tembak, race kereta, game jalan jalan macam mario. tuu pun tak menang menang lagi aku main. sedih betul. selalunya aku main game dekat sini. alahhh, game bebudak ja yang adik aku umur 4 tahun pun main game tuuu. Haaa, adik aku tuu lagi la teruk kalau dah start main game memang susah nak berhenti. kalau suruh makan pun takmau dahh. petang petang selalunya keluar main dengan kawan kawan, tapi dia sibuk nak main game. dia pernah main dari pagi sampa petang. mama abah aku pun dah naik takut dengan dia. hahaha. yelaaa, dia pernah main sampai mata bengkak. yelaaa, mengadap skrin tuu jaa, mau tak bohsan mata dia. lepas dari tuu abah aku dah tak kasi dia main sangat dah. abah aku selalu bawak dia tengok benda benda hijau macam pokok, rumput, kacang hijau, dinding yang kaler hijau. haha. macam macam laaa, sebab nak rehatkan mata. budak budak kalau mengadap depan skrin lama sangat pon takleh jugak, kan? aku dah tuaaa, takpa laa :D
Ketagihan #2
Novel ; 
Ohh, ini bukan akuu, tapi orang sekeliling aku. Aku tak berminat sangat, tapi aku nak cerita macam mana keadaan orang yang boleh dikatakan gila novel. Aku ambik contoh sepupu aku, sorry cik anisah :D Dia pernah paksa aku tauu baca novel. bayangkan kena paksa dengan buat benda yang kita tak suka? sama macam kita paksa ikan minum air oren tauuu. tak suka ! dia cakap ; "baca laa ni, baca laa. best gilaaa, rugi tak baca. nah nah amik ni baca jugak !" sambil tikam tikam aku dengan pisau sembelih lembu.tapi, nasib baik best novel tuu. siap nangis nangis sikit, biasalaa, baca novel mesti mau feel kan? haha. tak sangka aku layan juga novel tuu tapi satu tu jelaa. lepas tu aku takda pon rasa nak baca lagi macam orang meracau nak bf/gf. haha. sepupu aku yang gila novel ni jugak sanggup simpan duit untuk beli novel ni. Pastu kumpul bertimbun timbun satu rak buku penuh novel. Dia akan berusaha untuk habiskan bacaan novel tu dalam masa satu hari. ish, macam buku tu ada expired date pulak. sanggup tak makan, tak tidur. Tidur la jugak, tapi lambat. Gaya duduk semasa baca novel jugak akan bertukar tukar dari semasa ke semasa. Memula rilek ja gaya, lama lama mula la tertungging laa, terkangkang, jatuh katil. haha. Baca novel mesti mau duduk sorang sorang jugak, sebab sat lagi part yang sedih tuu mesti kena nangis. Malu la kalau nangis depan orang kan? duduk dalam bilik, meraung raung kutuk watak dalam tuu "Aku benci lelaki ni, bodoh betul laa. Tak patut tau dia buat kat isteri dia macam tuuu. Tak suka !" sambil tumbuk tumbuk buku. Tak suka tak suka pun sambung jugak baca sampai habes. Bila dah habes, " Sweet gile suami dia, kan best kalau aku dapat suami macam tuuu." Oh My Galang ! Dahsyat betul impak novel ni, kalau orang dalam novel tu wujud mesti dia menjadi pujaan ramai. nasib baik tak wujud. Tapi ketagihan ni pun takda laa teruk sangat. Sekurang kurang nyaaa, kita boleh mempertingkatkan penggunaan bahasa melayu kita masa nak buat karangan nanti. *Ehemm, mari berfikiran positif mulai dari sekarang.
Test sikit ;
Kenapa si Zabedah tu suka cakap kuat sangat? Aku duduk sebelah dia jaa pon, bukannya duduk sebatu. kalau dia bisik pon aku dengar lahhh. haihhh =.="
Orang yang berfikiran positif akan cakap ;
Hmm, mungkin rumah dia dekat dengan airport kot. banyak kapal terbang, jet dan roket turun naik dekat ngan rumah dia dan menyeebabkan bising. sebab tuu dia dah biasa cakap kuat. kalau ikut volume telinga orang yang duduk dekat airport kira dah habes slow la tuuu.
WAHHHH !

Ketagihan #3 ;
Online ;
Ini macam memang kena batang hidung aku ni. bukan takat kena kat hidung, habes satu badan aku kena, macam kena cucuk cucuk dengan jarum. aduhh, sakit ! Bila dah start online dan buat bermacam macam social network macam facebook, blog, yahoo messenger memang susah nak berhenti. Kadang kadang even myspace ngan friendster yang dah tak laku pun orang still rasa best nak main. Sebab apa? sebab benda ni menyeronokkan la. kalau tak seronok sapa nak main pulak kan. Ayam kot. aku tengok ayam macam takda life ja. haha. sorry ayam *sambil kenyit kenyit mata kat ayam. ayam tu pulak buat bodoh ja kat aku sambil dia kais kais tanah carik ulat.

Dah lama pulak aku mengadap skrin bercahaya ni.
Tu tak masuk lagi ketagihan terhadap artis korea yang member aku tergila gila kan gila ! haha.
sakit mata dah ni, nak pergi tengok benda hitam hijau pulak. 
Jom !
Jom ! 
Jom !
byebye :)

5 comments:

  1. comel gila yg tengah main laptop tuuu!

    ReplyDelete
  2. aku ketagihan game... ketagih tgk naruto.... ketagih baca komik... ketagih isap rokok....

    dah mula kurang isap rokok... mahal sgt....

    ReplyDelete
  3. zizie ; terima kasih la zizie, tu kak dayah masa kecik. haha

    encik gorilla ; wahh, bagus la. mintak2 la harga rokok naik lagi. boleh berhenti terus. haha

    ReplyDelete
  4. sangap tido

    errr

    tu kire ketagih ke?

    ReplyDelete
  5. taktau pulak.
    tuu masalah kot. heh :)

    ReplyDelete

Bebel di kotak ini ;