Saturday, October 9, 2010

nak suami macam abah.


Assalamualaikum.
first aku nak cakap aku taktau nak letak tajuk apa tapi aku rasa tajuk tu boleh bikin panas !
*dengan nada bangga sambil bersiul siul lagu dangdut.
tahukah kalian semenjak lepas raya ni banyak pulak sedara aku yang nak bertunang dan dah kahwin.
banyak tuu tak banyak la cuma sorang dah kahwin dan sorang lagi nak tunang. saja nak kasi gempak sikit cakap BANYAK ! hahahaha. nak gempak ja aku harini kann? :p
dan, disebabkan itulah aku terpikir nak post entry ni, nak cerita kat hampa semua pasal husband aku. eh, maksud aku bakal husband aku yang aku pun taktau sapa.
mungkin jejaka ni..
lu? lu yang nak kahwin ngan guwa? memang tak laa. hehhh *senyum sinis sambil memalukan aku.
ohh, takpa takpa u taknak ngan i. dulu boleh ja main kahwin-kahwin sama-sama, dah lupa la tu.
hmp, biar aku carik orang lain pulak..
(dengan nada kecewa tapi mata masih gatal mencari lelaki)
jejaka ni pulak camana?
wahh, wahh, u ni memang kacak lagi bergaya i tengok. tapi lebih baik u belajar dulu cara yang betul pakai seluar yang sepatutya dipakai kat dalam lepas tu baru i pikir lain -..-
hmm, tak boleh jugak yang ni. takpa, jangan putus asa ! jum carik lagi..
macam mana dengan yang ni?
peewittt, cumel gilaaa. tak boleh laa weh cumel sangat nanti aku tak sampai hati nak berleter atau dalam bahasa kedahnya 'beletiaq' kat dia, bila dia buat muka sedih dan kesian. hmm :\
semua tak kenaa, macam mana ni. banyak songeh betol laaa. susah jugak nak carik lelaki yang betul betul boleh dijadikan bahan ujikaji. 
eh,tak ! memain jaaaa :D
dah lama aku pikir pikir ni, sampai dah naik satu utas uban kat rambut aku. 
wahhh, mengada gila nak pikir awal awal padahal baru 19. belahhh ! haha. 
aku bukan pikir sangat, tapi selalu TERpikir yang bermaksud aku tak sengaja. yelaa, sapa suruh ramai sangat orang kawin depan aku kan? 
*dah hang dok tercongok depan pengantin tuuuu. 
ISH, MANA ADA LAA ! :p
ok, ok entry kali ini aku nak cerita pasal abah aku yang aku rasa aku nak yang kononnya bakal suami aku yang aku taktau sapa tu ada ciri-ciri seorang lelaki yang macam abah aku.

ecehhh abah, bangga dak kakak buat entry macam ni? mesti abah rasa terlampau best dan nak belanja kakak tomyam pedas sampai terangkat yang kat depan kedai minyak tuu kan? terima kasih laa abah, susah-susah ja. belanja topap 10 hingget sekali boleh? 
*itu motif sebenar, ya itulah motifnyaa ! haha
 baiklah mari kita teruskan dengan ciri pertama :
1) abah aku seorang yang seksi, eh eh salah ! bukan yang tu. abah seorang yang sangat kuat.
ya, sangat kuat. abah aku ada kelebihan boleh buat kerja kerja yang berat macam angkat bangunan, gigit pokok balak. haha. TIPU TIPU *wink. sebenarnya abah boleh macam buat rumah, ada sesetengah bahagian kat rumah aku ni macam tangga, balkoni rumah yang kat penang ni abah la yang buat. haa, best kan? jimat duit ! kalau balik kampung kat kedah, abah suka bersihkan kawasan luar rumah tok. wuhhh, kan best kalau dapat suami macam tu, boleh la aku kerahkan tenaga dia suruh bersihkan kawasan rumah dan buat rumah banyak banyak. 
HAHAHAHAHA :D
2) suka bercucuk tanam. yang ini pon ciri ciri yang best, dulu masa aku tiinggal kat kedah, kat rumah tu ada tanah untuk abah buat kebun kat belakang rumah. macam macam abah tanam, cili, timun, dan pelbagai jenis sayuran. ha, pokok tembikai pun ada. best kan? pasar belakang rumah jaa, kalau nak cili boleh petik ja. tinggal nak beli ikan ja kat pasar tu. kalau suami aku macam ni, memang senang la kerja aku tak payah susah susah pergi supermarket beli barang mentah untuk masak. hohohoho. 
sekarang dah tak banyak abah tanam sayur macam dulu sebab rumah sekarang tak banyak tanah kosong. disebabkan mama aku suka pokok bungaa, maka penuhla pokok bunga dan pokok tak bunga abah tanam. nyamuk, gajah semua boleh membiak kat pokok2 tu. haha

3) seorang yang penyabar. yang ni aku sangat sangat sukaaa. macam mana nak cerita yang ni.. hmmm, mama aku seorang yang boleh dikatakan suka berleter. biasa la kan mak mak kita memang suka berleter. yelaa, untuk kebaikan, bukan saja suka suka bercakap benda yang tak best kan. kekadang abah aku pun sekali kena berleter. haha. tapi, abah aku sabar jaa, takdala nak melenting, mengamuk baling pasu bunga yang sama saiz ngan telinga gajah kat mama aku, takdaaa, dia rilek jaa. 
kalau suami aku nanti macam ni best laa, aku berleter, dia tadah ja telinga. haha. *gelak sambil guling guling turun tangga.

melampau kot akuu, jangan sampai dia cakap talk to the hand pastu belah balik rumah mak dia sebab merajuk sambil bawak baju pakai yang dibalut dengan kain batik.  
(=.=")
4) rapat dengan anak anak. kenapa aku cakap macam ni? yelaa, sesetengah ayah ayah tak rapat dengan anak anak. (tiada kena mengena dengan yang hidup atau tengah koma, pengsan, atau yang ada penyakit insomnia)selalu garang sangat dengan anak anak tak tentu pasal. ini mungkin terjadi kepada lelaki yang panas baran. salah sikit, pukul dengan besi panas, salah lagi korek biji mata anak. arr, taknak taknak ! macam abah aku, kekadang garang jugak dengan adik aku yang kecik sekali tuu(dengan yang dah besar besar ni tak la garang sangat) tapi, bila balik kerja atau dah lama tak nampak adik aku tuu mesti dia carik pastu ajak tidur ataupun main bola sama sama. cumel kann ?
tudiaaa ! mungkin bapak budak ni rabun sampai tak perasan dia jadikan anak dia burger :D

ada banyak lagi ciri ciri yang best, tapi takyah la demand sangat kan? melampau pulak ! kalau aku ni perdana menteri mahupun anak ratu boleh la jugak nak pilih suami macam pilih cekodok 5 biji seringgit. ngehngeh ;)

so, thats all.
byebye :D
p/s ; emmm, takda apa apa laa ;D

2 comments:

  1. hurm.. mengikut kajian doktor2 gigi di seluruh dunia, sllo pmpn mmg suka laki yg mcm bapak dia

    ReplyDelete
  2. patotla aku pun nak laki macam bapak aku. haha

    ReplyDelete

Bebel di kotak ini ;