Tuesday, October 5, 2010

saya cucu emas nenek saya.


 Assalamualaikum.

hye, sekarang ni aku tengah cuti semester. final dah habeh boleh la bela perut ni baik baik sampai dia berjaya boleh masuk universiti. jangan lupa balas jasa aku tau perut bila hg dah berjaya. 
*sambil cucuk cucuk perut dengan kayu golf :D
aku sampai sampai ja kat penang ni terus mama aku ajak balik kedah, rumah tok aku. abah aku takleh ikut la sebab dia harus bertugas sebagai seorang polis yang kacak lagi bergaya. ecehhh ;p oleh sebab tu la sampai dah nak dekat seminggu aku tak update belog ni. sumpah boring gila kat umah tok sebab adik beradik tak ramai macam hari raya haritu, pastu aku pulak terperap lam rumah, orang ajak p open house takmau. suka sangat terperuk lam rumah sampai dah nak jadik belacan dah aku ni. nasib baik ada febreze yang mewangikan aku ni. kalau tidak memang jadik hidayah belacan. tak pasal pasal aku nak kena paksa ezany si taukey belacan tuu buat produk belacan baru nama hidayah. fulamak !
tudiaaa, bila taukey belacan pakai baju melayu, semart gila ! :D

makcik makcik dan pakcik pakcik
mari kita kembali ke pangkal jalan..
:|
muka insap.
haaa ! tapi nasib baik ada imanina, anak sedara sepupu aku yg aku cerita kat entry lepas. aku memang balik rumah tok sebab dia ponnn. nak dokong pastu baling baling dia sampai melekat kat syiling rumah tok yg banyak cicak tuuu. haha. sesuka hati ja nak buat anak orang macam tuuu. takda, takda. aku tak buat punya laaa. habeh kurang sangat pun aku bagi ayam patuk patuk dia jaaa. HAHA.
makngah mude ; iman, tengok pakcik tuu ha dia bekenan sangat kat iman. 
iman suka dak? :)
iman ; err, itu pakcik ke alien makngah mude? :\

haa, cerita pasal tok pulak. aku SAYANG gile ngan tok akuu. tolong laa paham. paham? bagus ! *sambil ketuk ketuk kepala ekau ngan hammer ^.^

tok aku baik gilaaa, tambah tambah sejak dua menjak ni dia sangat tak kedekut ngan aku. yelaaa, dah besar. kalau ballik jaa bagi duit poket sebagai tanda rasuah suruh balik lagi eh, bukan tok memang saja sedekahkan kat akuu. boleh tambah pahala. haihh, jangan salah paham. *pesan zabedah kepada diri sendiri. HAHA
tapi, bukan itu saja yang membuatkan aku sayang kat tok aku gila mati sampai kalau tok aku ada kelab-kipas-susah-mati (hard die fanclub) memang aku akan masuk jadik peminat number satu tok aku. haha. *lihatlah betapa hiperbolanya aku. 
tapi betul, aku sayang tok aku sebab aku dapat rasakan yang aku ni adalah cucu emas atau boleh dikatakan cucu kesayangan tok aku. hihi *sila baca dengan nada perasan ;)

nak tau camana aku boleh syak semua ni?
 pada zaman dahulu, tinggal seorang nenek tuaaa tapi masih cantik. kulitnyaa gebu dan tegang, takda sebarang kedutan mahupun retakan pun kat wajah dia. di saat itu juga terdapat seorang kanak kanak yang comel... haaa, sudah hidayah a.k.a zabedah wahab. sudah ! 
please ! :|

*selepas tersedar daripada keterlanjuran...
baiklahhh, cerita sebenar dia camni. masa aku kecik kecik duluuuu aku selalu jugak balik rumah tok aku ni dengan parents aku. of course laa kan, takkan aku balik sorang sorang naik kereta sorong pulak, tak gitu? masa tuu rumah aku dekat ja ngan rumah tok aku. tepi hidung jaaa. eh, menipu pulak ! sekarang jauh sikit sebab aku dah pindah penang. kecik kecik dulu aku kuat melantak, semua benda aku nak. pastu pulak, tok aku ni kalau aku mintak makanan atau pun apa apa benda yang best, selalunya dia akan bagi dengan rela hati. takda paksa paksa ponn. takpon kalau aku nak pergi kedai kann, dia selalu bagi kat aku 30 sen, 50 sen. zaman dulu dulu bagi aku bebudak ni kira kaya dah la kalau dapat duit banyak tuu. tapi tak bermakna kat cucu dia yang lain dia tak bagi, dah aku sorang ja yang berani pergi mintak kat tok aku, sebab aku dah biasa sangat ngan tok aku ni, so dia bagi la. haha. 
nak dijadikan cerita, kat rumah tok aku tu ada satu kedai makan dan kedai runcit. aku selalu kempunan nak beli roti planta yang berharga 30 sen. kalau dulu roti tuu memang terbaik dari ladang laaa. sekarang ni dah jarang jumpa. kalau mintak duit ngan mama nak beli roti ni, selalu tak dapat. mintak ngan tok, baru dapat ! haha :DD
selalu kalau aku balik kampung mesti ada jugak sepupu sepapat aku sebelah mama aku kumpul ramai ramai. satu hari tuuu, kami semua kempunan nak makan roti tuu tapi takda duit. pikir punya pikir, sepupu sepapat aku ni semua sepakat nak suruh aku pergi mintak duit kat tok sebab bebudak tu tahu tok akan bagi kalau aku mintak. wuuu, tak pasal pasal aku. tapi aku tak kisah sebab aku takkan kena marah. ecehhh, konfiden pulak. 
ok, pastu aku punn lari larii pergi mintak. tetiba terjatuh tergolek dari tangga pastu perut aku tercucuk ngan pisau yang memang terrsedia untuk cucuk aku. HAHA. maaf, anda tertipu lagi :)

penat aku lari, tok bagi 30 sen jaaa. boleh beli satu jela. tapi jangan harap la aku boleh makan sorang, terpaksa kena share ngan yang lain. tak feel betol laaa, kalau kena share, celah gigi pon tak lepas. 
ngehngeh ;)

tapi best kan boleh jadik cucu kesayangan ni. boleh dapat macam macam. boleh berbangga jugak dengan sepupu sepapat sepapan yang lain. haha.

so, cepat cepat laa amik hati nenek ekau supaya dia boleh jadikan ekau sebagai anak ikan beliau. eh maksud aku cucu kesayangan beliau. tapi jangan la jadik cucu derhaka pulak sampai ekau nak kaut segala harta benda yang nenek ekau ada. nanti habes perabot rumah, barang kemas semua ekau nak sapu. itu perompak namanyaa. haha. jangan jadik perompak, tak baik untuk kesihatan. boleh menyebabkan sakit jantung yang amat dahsyat :D

so, thats all.
byebye :)
p/s ; alamak, lupa pulak nak amik gambar tok. nak jugak aku promote gambar tok aku kat belog ni. mana tau ada yang berkenan. aku dah agak lama takda atok :|

ohh ya, maaf sebab aku gunakan ayat kejam kejam untuk entry kali ni. tak sengaja ! ;)

No comments:

Post a Comment

Bebel di kotak ini ;