Wednesday, October 20, 2010

15 perkara tentang Zabedah Wahab.


 "Terima Kasih Zizie !" 
itulah ayat yang aku nak cakap kat budak bilik aku ziziezizot sebab dia, aku dah ada sebab untuk post entry kat belog ni. kalau tidakk, tak ter'edit' jugak la belog ni sebab taktau nak tulis apa.
dia suruh buat tag ni ;
15 perkara tentang diri sendiri.
lima belas jaa? kenapa sikit sangat? bagi laa 150 ataupon 1500 baru best sikit nak buat. hahaha.
sebenarnya lima belas ni pun dah banyak. 
macam kena dera pon ada nak kena senaraikan semua ni.

baiklahh, mai kita mulakan ! 
*sambil naik atas motor buat aksi rempit. fuhh, huduh betul.

1. Aku taktau kenapa aku pilih nama zabedah wahab tapi aku rasa macam nama ni glamour dan vouge gitu untuk dijadikan nama manja samaran. Nama sebenar aku Noor Hidayah, masa kecik kecik(sekolah rendah) dulu aku tak suka nama aku ni, tapi sekarang baru aku sedar betapa indah dan bagusnya nama aku ni. Alhamdulillah :)

2. Aku tak suka marah orang atau boleh dikatakan tak sampai hati nak marah orang sebab kesian. Tapi, bila aku betul betul marah memang aku teus serang orang tu. sumpah ! Masa tingkatan satu sampai tingkatan tiga dulu aku ada geng samseng. Geng aku ni memang suka lepak bilik disiplin. haha. Bila dah masuk tingkatan 4 dan 5 dah mula insap. Tapi, masa sekolah rendah dulu aku mempunyai kisah yang sadis. Maklumlahh, aku seorang yang selekeh dan serabai dan serambi. Ahh, sudah ! tak payah hina diri sendiri lebih lebih.

3. Kalau aku bercerita kat orang, orang susah nak paham sebab aku tak pandai susun cerita betul betul. Maklumlahh, aku kan short-term memory, jadik tak ingat sangat yang mana patut diceritakan dahulu, dan yang mana patut diceritakan kemudian. Tapi aku suka cakap banyak. Sepatutnya aku pandai bercerita la kan?

4. Masa tingkatan 4 atau 5 dulu, aku jarang hantar buku karangan bahasa melayu kat cikgu sebab aku malas dan boleh dikatakan tak suka kepada karangan. Tapi yang seronoknyaa, cikgu tak perasan pon. Aku tak penah kena denda sebab tak hantar buku karangan. hahaha *gelak bangga. Tapi, kalau cikgu bahasa melayu aku baca ni, mesti aku kena. Jangan kecoh tau ;)

5. Aku penah belakon masa sekolah rendah jadik heroin lagi ! menang pulak tu lawan peringkat sekolah, disebabkan lakonan aku dan kawan-kawan aku tu berjaya kami kena berlakon masa hari guru tapi malangnya, masa aku nak berlakon tuu aku tak pandai pakai kain batik, tali pinggang pulak tak bawak. cikgu bagi la tali untuk aku ikat kain tu. Sekali masa tengah berlakonn tu kain batik aku terlondeh, nasib baik la aku pakai kain sekolah kat dalam. kalau tidak, FREE SHOW ! =.='

6. Aku suka duduk di Alor Setar, tempat aku dilahirkan berbanding tempat yang aku tinggal sekarang iaitu Penang sebab aku dah dibesarkan kat sana(Alor Setar) dan ada banyak kawan tinggal kat sana. Aku jugak boleh dikatakan tahu selok belok jalan berliku kat sana jadi boleh la jugak kalau nak ronda ronda sendirii bebanding kat Penang yang aku taktau sangat jalan dekat sini dan takda kawan langsung kecuali keluarga sebelah abah aku ni. Akuu rapat dengan sepupu sepapat dan ayah dan ibu saudara aku kat sini. Kira ok la jugak ;)

7. Aku rasa sangat takut untuk kehilangan orang yang aku sayang terutama sekali keluarga. Itulah kelemahan aku. Eh, kelemahan ka tuu? Lantak laa. haha

8. Aku sangat peramah dan boleh bawak bersembang walaupun dengan orang yang aku baru jumpa masa tungguu bas sama sama di bawah pohon yang rendang. ecehhh ;) 
TAK CAYA? TRY LAA SEMBANG NGAN AKU ;)

9. Aku tak suka berjiwang jiwang sebab bila aku berkelakuan begitu aku akan rasa menyampah dengan diri sendiri dan jugak aku rasa malu. haha. pelik kan? Kalau tengok orang buat status kat Facebook atau mana mana ja yang ada ayat jiwang jiwang macam " Aku tetap akan sayang kau walaupun kau dah benci aku, aku rasa kau la jodoh aku. Di saat kita beasmaradana di kala hujan turun......" aku rasa macam nak muntah hijau keluar nasik semalam tau dak? *over siket. Tapi ni bukan niat aku nak mengutuk sapa sapa. Aku nak cerita pasal diri aku ja sebab nak siapkan tag ni. Kalauu nak marah, marah Ziziezizot, sapa suruh dia suruh aku buat tag macam ni. HAHA

10. Kalau bercinta, aku akan jadik perempuan yang paling setia. Dan sebagai bukti, aku tak pernah ada kontroversi mahupun rekod jenayah eh, rekod curang ngann mana mana lelaki yang aku pacaran. Lelaki yang curang ngan aku memang banyak laa. *ni untuk makcik makcik yang sedang mencarik menantu. sila ambil kira sifat saya yang bagus ini untuk dijadikan menantu makcik ;) *sambil duduk bersimpuh dan tunduk malu malu. Ohh, sungguh mengada ngada.

11. Disebabkan aku berumur 19 pada tahun ini(2010), perlu bagi aku untuk menghentikan sifat kebudak-budakan aku yang macam budak terencat. Aku selalu berusaha ke arah itu dan ingin mencapai cita cita aku untuk menjadi seoang gadis yang ayu dan kaya dengan sopan santun, budi bahasa, lemah lembut. Ohh, sangat susah untuk mencapai cita cita tersebut.


12. Masa aku kecik dalam umur budak sekolah rendah dulu, aku pernah curi-curi cubit baby sampai menangis sebab dia cumel sangat. Salah ka? -.-

13. Aku sangat suka baby. Diulangi, baby. Sebab baby tak boleh cakap dan takleh ganas ganas ngan aku. Aku dah fobia dengan kanak kanak yang terlampau aktif yang berumur lingkungan 5, 6 dan 7 tahun sebab aku pernah jumpa kanak kanak macam ni. Comel ja kanak kanak tuu, tapi lepas dah main main dan mesra sikit jaa, terus jadik terlampau aktif sampai terkam, naik belakang, yang cubit cubit aku ngan member member aku pun ada. kalau sorang ja takpa, ni satu geng dia terkam. huhhh, ganas sangat tuu. takut pulak aku. yang siap kejar kejar pon ada. takpa la adik adik, kakak dah tak suka la kat awak. haha.

15. Yang terakhir ni, aku taknak cerita pasal aku. Tapii aku nak tanya anda semua. Sedarkah anda bahawa saya telah men'skip' turutan nombor? Sila semak semula. 

p/s ; sorry zizie, sorry pembaca. Aku nak pergi makan ni, lapar sangat sebab tu aku 'skip' number. haha.
apa perkataan yang sesuai dengan 'skip' dalam bahasa melayu tahh ? 

3 comments:

Bebel di kotak ini ;