Tuesday, April 5, 2011

Cerita dari kecik sampai besar, MAMA, you're the only one. HAPPY BIRTHDAY.

Assalamualaikum, 5th April bersamaan semalam birthday Mama aku. so here's an entry dedicated for her.
Mama aku garang, tapi sebenarnya dalam hati ada taman. bukan taman buaya, taman rama rama mahupun taman burung tapi TAMAN BUNGA yang penuh dengan bunga bunga wangi mahupun tak berapa. Dulu masa kecik kecik biasa la kena tibai (pukul), belasah tu kan ? sekarang dah besar dah tak kena dah, dah jadik BESTFRIEND dah. comel lahhhhhhhhhhhhhhhhhh. *perasan.

Mama, ingat dak masa kakak kecik, tak boleh bejalan lagi, mama basuh berak kakak. masa tu kakak sakit perut sebab kakak makan buah ceri yg kakak kutip kat depan rumah. *baguslah mama ingat, sebab kakak pon tak ingat. kakak pernah berak ka kecik kecik dulu ? hmm..*okay ni cerita tipu.

Mama, ingat dak masa kakak kena tibai jugak lagi (kecik kecik dulu duduk tak diam sebab tu asyik kena tibai), sebab apa kakak tak ingat la (maklumla short term memory) tapi yang kakak ingat kakak memang kena tibai kaw kaw la sampai sedu sedu menangis pastu kena tibai lagi sebab tak berhenti menangis. HAHA

Mama, ingat dak masa kami kena kurung duduk kat luar tak boleh masuk rumah sebab balik daripada main lambat sangat. Dah maghrib pon, dok main tendang tendang bola kat padang. urghh, kenapa dulu dulu aku main bola ? tak matang langsung ! tapi nasib baik kami adik beradik walaupun suka gaduuh tapi kalau susah sentiasa tolong menolong, bantu membantu. *masa mama tak bagi makan tu, adik alia bagi makanan kat kami melalui tingkap. kami makan la kat luar tu. KANTOI !

Mama, ingat dak masa kakak sekolah rendah lepastu kakak jatuh basikal masa nak balik rumah ? DAMN, sakit gila. BUAT MALU JAA. takyah la ingat yg ni, kita tukar yg lain.

Mama, ingat dak masa kami adik beradik semua kecik kecik lagi kita semua tidur satu baris ja dekat depan ruang tamu tuu. dulu kita ada bilik dua ja mama kan ? tidoq semua orang sama sama takdala takut. best pulak tuuuu :D rindu lahh nak tidoq sama sama.

Mama, ingat dak masa mama tu abang mungkin umur 8 tahun, kakak mungkin 4 tahun, adik nadia umur 2 tahun, lepastu mama nakk bawak keluar lagi satu. tak cukup tangan nak pegang. semua keja nak reyau jaaa sampai tok pun kena pegang jugak. mama dah la tak larat dah, dok sakit dalam perut ni nak tekeluar. ahh, macam mana la mama ngan abah masa tu kan ? mesti kalut GILA ! 

Mama, ingat dak masa hari pertama kakak balik seolah masa darjah satu kakak tunjuk kat mama tulisan kakak tulis A B C lepastu mama kata lawa tulisan kakak. Ya Allah, bangga gila masa tuu. rasa macam nak menulis ja sepanjang hari. tudiaaaa..

Mama, ingat dak masa mama mengandungkan adik mama tak bagitau kami adik beradik ? lawak laaa, haha. sampai dah berapa bulan baru kami tau. kami pahamm mesti mama taktau nak bagitau camana kan ? sebab adik beza banyak tahun kot dengan kami semua. dengan kakak pon beza 15 tahun.

Mama, ingat dak masa kakak dah habes UPSR nak masuk sekolah menengah pulak, mama sungguh sungguh nak masukkan kakak sekolah agama tuu sampai buat macam macam. mula mula takk dapat kan kakak menangis ? kakak taktau la kenapa kakak menangis, kakak bukannya nak masuk pun sekolah tu. haha tak paham pulak dengan diri sendiri.

Mama, ingat dak masa kakak kat sekolah menengah ? Mesti mama takmau ingat masa zaman kakak sekolah menengah kan ? Orang cakap susah nak bela anak perempuan ni, macam bela lembu la susahhnyaa. Tapii kakak ni bukan perangai takat lembu, tapi mengalahkan kerbau, monyet, buaya dengan dinasour perangainya. Memang a complete disaster. ish ish ish. kena tibai dengan macam macam benda pon tak ingat jugak nak berhenti buat perangai.

Bila dah masuk U ni pulak, macam macam mintak. Nak duit la, nak p sana nak p sini. Bila tak boleh focus dengan study pulak, call sambil menangis. erhhh, it was tough right ? it really was.

Bila difikirkan sekarang ni, kakak betul betul tak kisah mama tibai kakak dengan semua benda tuu, (tali pinggang, paip, hanger, kayu, tali pinggang lagi ) i mean, all those things have taught me something that is really meaningful. Luckily, mama take a really good care of us though in a tough way. well, its your own way to teach your children. Itu yang mengajar kami jadi orang yang berguna sebab it was once-felt-never fogotten lesson. kalau dulu mama tak kisah dengan kakak, biar ja apa kakak nak buat kat sekolah, kalau cikgu panggil pon mama bela kakak, mesti sekarang ni kakak jadik macam dulu lagi. teruk sangat. urghhh. 

Mama, walaupun kita takda la bergaya gayaan, bermewah mewahan, dan disanjung tinggi oleh Perdana Menteri mahupun Oprah Winfrey, tapi kakak sayang keluarga kita. *Lagu background, We are who we are by Ke$ha.* tudiaaa, keluaq habeh lagu.

Loads of thanks mom and HAPPY BIRTHDAY.
I'll always pray for Allah blesses you with perfect peace. ameen.

3 comments:

Bebel di kotak ini ;