Monday, February 14, 2011

Cerita kedai makan.

Lawak gile haritu aku pergi makan dengan mak sedara aku dan anak anakk beliau dekat satu tempat ni nama apa tahh. macam misteri pulak tempat tuu kan ? Kami pon masuk la satu kedai makan yang agak menarik standard restoran biasa la kan. bukan hotel lima bintang pon, tak mampu den. takpa, takdahal la kedai apa pon kan. yang aku nak cerita ni pasal menu dia. 
sekali lagi, bukan menu yang kedai tu sediakan, tapi buku menu tuu. eh, buku ka orang panggil ? lantak laa, yang penting menu yang dia tulis atas kertas keras tu untuk orang pilih nak makan apa. dah paham kan ?
aku pon dengan semangatnya order ja nasi ayam sama dengan makngah aku dan anak anak beliau merangkap sepupu aku sebab makanan tu ja cepat sikit. perut aku dah nyanyi lagu 'Gong Xi Fa Cai' dah ni. mentang mentang baru lepas raya cina. haha. ikut tema jugak perut aku ni.

tengok, dah lari topik. ni aku malas nak tulis blog ni. Aku asyik nak bawak lari ja topik ni.
berbalik kepada cerita, lepas dah order nasi ayam, aku tengok balik menu yang dia tulis atas kertas keras tu untuk orang pilih nak makan apa sebab aku nak order air pulak. tetiba aku nampak ni ;
wuu, aku ingat air nama baru. tak sangak kedai ni pandai reka reka air, nama pon macam sedap.
aku tanya makngah aku ni air apa sebenarnya. lepas makngah aku dah try sebut banyak banyak kali baru sampai ke dalam otak makngah aku dan dia cakap air 'carrot susu' kot. 
BAHAHAHA.
lepastu usha usha lagi nampak ni pulak ;
nampak tak ?nasib baik dia letak gambar buah tu kat situ, aku ingat air otromen.....buat. rupanya air strawberry. Bami(abang sepupu) aku buat kesimpulan dia salah taip kot, sebab huruf A dengan S kan dekat kat keyboard ni. haha. takpa, takpa dimaafkan.
sampai orang tu dah blah pon aku tak bagi balik menu kat dia sebab nak carik lagi kalau ada salah. pastu aku jumpa ni pulak ;
memang takleh blahh laa. tapi best la kedai ni sebab ada hiburan sementara kami tunggu makanan siap. dia memang suruh carik perkataan salah kot. HIHI

2 comments:

  1. harharhar.... kangnong pun kangnong lah...

    ReplyDelete
  2. jom makan kangnong abang joni. ngehngeh :D

    ReplyDelete

Bebel di kotak ini ;