Monday, September 27, 2010

cerita orang melalak.


 Assalamualaaikum.
apa khabar wahai saudara dan saudari?
ahh, skema pulak. tak suka laaa.

*** lupakan ***

nak tauu takk?
semalam, masa aku tengah study bersama dormmate aku ( ziziezizot, Q, Shaz dan Shima),
masa tuu pukul 1 pagi kott, *biasala, aku kan short term memory mana la nak ingat sangat.
hari tuu aku tidur pukul 4 lebih tauu tak?
first time tidur lambat, boleh masuk WORLD BOOK OF RECORDS.
bukannya aku tak penah tidur lambat, tapi tidur lambat sebab study tuu memang tak pernah sepanjang 19 tahun aku hidup ni. mengalahkan time aku ambik SPM punya study. HAHA
kann aku ada cakap kat entry lepas, aku ada paper INTRODUCTION TO HS.
subject ni memang menggerunkan akuu laaaa. giler !

haa, pastu masa kami tengah khusyuk study tetiba dengar anjing menyalak.
scary kannn?
tahu napa scaryy?
pernah dengar tak orang cakap kalau anjing menyalak tuuuu..
orang cakap ada SYAITONN. orang laa cakap, bukan akuu. 
kalau dia tipu aku punn tipuu laaa. HAHA
tapi memang aku dengar ramai dah orang cakap macam tuuu. taktau la boleh percaya ka dak.
lagipunn, mahallah (asrama) aku ni depan masjid.
SYAITON tak boleh masuk masjid kann?
tapi, anjing tu menyalak bukan kat dalam masjid punn, dekat ngan masjid jaaa.
haaa, SUDAH ! ni yang buatkan aku nak terkencing, boleh mencurah kat sini jugak ni kalau sambung lagi cerita pasal ni.

anjing ni, kenapa nak melalak kat sini? tak boleh ka kat jauh jauh sikit.
jangan la bagi aku cuak. aku ni dah la duduk jauh dengan ibubapa dan bomoh. kenapa pulak kalau jauh daripada bomoh nak dijadikan masalah kann? yelaaa, kalau ada pape macam histeria ka, kan susah kalau bomoh takda. takan nak suruh aku yang buang 'menda' tuuu? alamatnya koma la aku sebulann.

"alahhh hg ni hidayah, anjing tuu melalak hg nak marah. hg taktau yang hg dok melalak, jerit jerit berkaroke tuu kau ingat anjing tuu suka ka?" kata blog.

eh, blog ni kantoikan rahsia aku pulak. anjing tuu suka la ngan suara akuu, dia pernah luahkan perasaan dia bahawa dia sukakan akuuu. dia memang hidup kat dunia ni untuk dengar aku nyanyi. haaa, tengok betapa 'merdunya' suara aku. anjing ja yang tau menilai. bahahaha *hina gila !

tapi ya, aku memang suka menyanyi punnn. nak lagi kalau kat hostel aku ni, contoh dalam shower aku ni punn jadi laaa. kalau boleh menyanyi jerit jerit terlolong macam orang hilang akal memang GEMPAK laaa. kalau boleh hilang suara ataupun berdarah rengkong aku sampai ada keluar biji macam halkom punn takpa. dahsyat betol lahhh. haha.
tudiaaa, siap ada company jual mic versi shower punya lagi.
tokey company ni mesti suka nyanyi dalam toilet jugak, sebab tuu dia reka menda ni.

untuk yang ada tebiat buruk macam aku ni, boleh la beli mic yg macam tu untuk nyanyi dalam shower. sambil menyelam carik penyu, boleh jugak buat tonyoh tonyoh daki kat badan.

tapi mestila aku takkan karoke sorang sorang kann? ada geng baru best ! tambah hingaq (bising) lagi, uwahhhhh. melampau melampau. kalau buat macam ni kat rumahhh, maunya kena batang penyapu takpon jelingan tajam mama akuu yang sangat berbisa tuuuu. boleh nampak bisa tuu kat mata dia wehhh. HAHA

time ni tengah nak p banci. mengikut perintah betul kan bebudak bilik aku. 
bagus ! *tengok laa sapa ketua diaaa(aku), bye.

sejak dua menjak nii, bebudak sebilik aku ni rajin pulak study kat study room.
buat bebudak nerd dan skema tahap 10 tuu lebih baik jangan masuk bilik study ni.
sebab, kekadang bukan jadik tempat study punn. tempat melalak ja lebihhh. haha
pasang lagu kuat kuat, then semua jerit jerit mengasah bakat yang tak dapat ditonjolkan sebelum ni.

ni merupakan sesi balas dendam laaa sebab takleh jadik artis, disebabkan mendapat tentangan daripada ibu bapa masing masing dan takleh masuk AKADEMI FANTASIA sebab tak lepas time ujibakat tuuu. (aku merujuk ni kat bebudak bilik aku, bukan aku ok. sila ambik perhatian) HAHA.

so, better tunjukkan bakat yang terpendam tuuu kat dormmate kann. biar bersepai tayik telinga yang dah tak korek berbulan sampai, ok dahh takyah elaborate panjang panjang. tak makan nasik seminggu pulak nanti.

bila dah masing masing melalak menunjukkan bakat, baru aku tau bebudak ni ada jugak bakat menyanyi.
yang suara macam ning baizura punn ada bila tarik lagu yang tinggi tinggi tuuu. fuhhhh !

aku boleh bayangkan dia tarik lagu yang tinggi tinggi, vibrato suara dia cukup untuk membuatkan aku yang tengah duduk atas kerusi sekarang jatuh terduduk atas lantai. macam gempa bumi pulak jadiknyaa. haha

ada sorang budak bilik aku ni, suara dia memang ada suara vibrate ni yang diperlukan untuk menjadi ning baizura. kalau ning baizura jumpa dia mesti dia ambik jadik orang gaji. hahahahahahhaha :D

ada jugak suara yang macam fauziah latif. tapi dia ni memang tau semua pasal music music ni. pandai main guitar semua cukup. piano, drum semua lahhh. kalau bagi periuk yang mak mak selalu masak tuu pun dia boleh buat drum gamaknyaa. punya la terrer !

aku dan bebudak bilik aku kalau dah menyanyi ni memang kena nyanyi dengan serious, takleh ada salah tone, pitch dan semua lahh yang diperlukan untuk menyanyi dengan sedap dan menyebabkan Alleycat pun jeles. tapi, aku bantai ja nyanyi, pastu selalu kena marah.

"hoi, sabar laaa. tak sampai lagi part tu" =..= 

tengok punya serious nya bebudak ni menyanyi. kalau lagu tuu kena pitch tinggi, haaaa jerit laa sampai suara hang garau macam bapak orang. suara tuu pun kalau boleh kondem kondem ni dia akan tensen sebab asyik kena jerit. takleh nak rehat langsung. muahahaha :D
boleh buat kelas latihan vocal kan bilik aku ni kan? takyah bazir bazir duit nak masuk kelas vocal mahupun bersusah payah nak isi borang untuk masuk Akademi Fantasia. wahhhh ! ('o')


kalau nak nyanyi tu pulak, lagu mesti lahhh POWER ! kalau boleh lagu tuuu yang kena tarik tinggi tinggi dan untuk membolehkan klon ning baizura ni vibratekan suara dia. HAHA.
contoh lagu yang kami selalu 'sumbangkan' suara :

Maroon Five - She Will Be Loved
Maroon Five - Won't Go Home Without You
Kopratasa - Permata (Untuk Isteri Ku)
Christina Aguilera - Hurt
Spring - Pesanan Buat Kekasih
Spoon - Rindu Serindu Rindunya.

Wahhh, memang tak menahan semua lagu nak bantai. haha. masa menyanyi tuu jugak kami akan berlakon kononnya diri sendiri sendiri tu artis yang tengah buat persembahan dengan band kat belakang dan dihiasi penari penari yang menari dekat tiang macam dekat club malam. ok, melampau. tipu tipu ! serious tipu :|

antara dialog dialog untuk bajet atau boleh dikatakan sebagai perasan diri sendiri macam artis adalah seperti ;
  (boleh tiru kalau berminat sebab ini tak membahayakan kesihatan anda mahupun couple anda)
sambil mengangkat tangan seperti melambai lambai dan menjerit "ramai ramai !"
sambil mengankat tangan ke sebelah kiri dan menjerit suruh menyanyi "yeaaa, sebelah sini pulak, saya tak dengar suara anda !"
  (yang ni jangan tiruu)
sambil menghantuk hantuk kepala kat dinding dan tulis nama ning baizura dengan darah yang dah keluar disebabkan hentukan kepala. wahh, kreatif gila ! *yeaaa, sila baca dengan nada ning baizura.

semalam dah berjaga menahan mata sampai pukul 4 pagi, so aku sangat pasti malam ni pun aku takkan boleh tidur sampai pagi. sekali dah buat pernagai tidur lambat yang membuatkan mama aku kalau tau ni sangat marah dan berleter selama berminggu minggu. ahh, hiperbola ! haha


baik pergi main bola sekarang.
eh, maksud aku..
baik pergi tidur sekarang.
so, thats all.
byebye ;)

2 comments:

  1. yaa, yg belakang tu, kuat lagi. kuala lumpur, nyanyi sama2,(smbil tunjuk mikrophone kt depa) hahaha ;D

    ReplyDelete
  2. peminat yang tengah menyanyi : aku dah jerit sampai terkeluar kahak kaler hijau ni, hg nak suruh aku nyanyi kuat macam mana lagi.

    ReplyDelete

Bebel di kotak ini ;