Sunday, September 26, 2010

Mengalah.


 Assalamualaikum,
woahhh, harini sangat takda keja dan mood aku berubah rubah dari satu saat ke saat yang lain. 

haha
perkara yang sepatutnya aku buat harini adalah study bersungguh sungguh sebab isnin ni exam, intro to HS. 

sem ni dah masuk sem ke 4 dan tahun ke 2 aku kat UIA Nilai.
masa aku first sem duluuuu, memang rilek habes laa.
dua tiga hari sebelum exam punn aku boleh keluar jalan jalan, melepak lagi ngan member.
memang TERBAIK lahhh.
perkara itu juga berlarutan sehingga ke sem 2 dan 3. haha

selalunya kat UIA ni kalau tengah exam week, memang jarang orang keluar bilik.
nak turun kl lagi la tak.
so, masa keluar jalan nak naik teksi pergi ktm tuu memang takda orang la.
kalau ada punn, org yang terserempak tuu mesti tengok pelik ja.
yela, org exam tapi aku keluar merayau.
mesti mereka cakap bengong jugak budak ni kann, exam exam pergi merendek. haha
tapi, biarlaaa, aku tak kisah pun.

aku tak suka pressure, bila pressure macam ni la aku jadik.
baca apa semua tak masuk. 
aku ada time untuk aku study dengan sendirinya.
masa tuuuu, jangan kacau aku.
aku akan study dengan bersungguh sungguh dan menjauhkan diri dari semua malaun malaun yang adaaa. HAHA
*terlebih semangat pulak.

sem ni, ada subject Introduction to HUMAN SCIENCE.
subject ni kena banyak hafal dan baca macam macam.
lebih kurang macam history.
aku memang lemahh history ni.
masa sem 1 duluu ada subject Basic Themes of Al-Quran atau BTQ.
lebih kurang macam subject intro to hs tuu la jugak, 
macam macam nak kena ingat.
subject subject macam ni boleh dikatakan sengaja membuatkan otak aku tersepai berterabur dengan darah darah yang akan terpercik kat semua tempat, pastu ada kucing jilat jilat semua benda tersepai tuu.
perggghhh, rasa macam maggi brand MAMEE kari berapi extra pedas. pernah rasa tak? HAHA
memang gempak !
________________________________________

kembali kepada cerita asal,
aku pernah secara tak sengaja nya mengeluarkan mutiara putih yang dikenali jugak sebagai air mata disebabkan subject BTQ tuuu.
Ia adalah disebabkan lecturer tuuu yg bernama Alizaman D Gamon.
beliau berasal dari Philipina. 
alahhh, tak penting pun negara asal dia tuuu. aku nak cerita pasal dia.
famous jugak diaaa ni. aku search google nama dia ja punn ada gambar dia. HAHA

haa, dia ni laaaa.
aku sangat tension ngan beliau dari first class aku.
sebab dia pernah cakap dia tak suka budak BEN. aku punn sangat kecil hati.
aku pun rasaa dia tension ngan aku sebab aku ni suka buat muka tak berminat masa kelas dia.
 haaa, amik muka akuuu. patotla dia menyampah ! haha

kekadang aku tak bawak buku, pastu bukak buku pon lambat. haihhhh. 
*eh, aku pulak yg tension. sepatutnya dia. haha
lagi, lagi aku pernah jugak masuk lambat kelas dia.
lepas tuu, yes ! padan muka aku kena berleter ka kena halau balik tahhh.
tak ingat dahh. yang pastinya menimbulkan kesan kat akuu. haha.

masa nak presentation, aku tak ready apa sangat.
pastu aku amik jela kat buku teks yang ada yang dia selalu guna.
aku refer kat buku sikit sikit sebab aku carik kat internet tak banyak yg aku dapat :\
sekali aku dapat tauu, dia taknak ada yg amik kat buku. habes?
kau nak aku tanya tok aku ka?

"tokk, do you know what is modus operandi of knowledge?"
kalau tok aku jawab balik memang aku pengsan on the spot, takda tunggu tunggu lagi.

terus aku nangis sebab terlampau tension dah taktau nak cari kat mana lagi.
member aku yang bagitau info tuu agak terkejut dengan tindak balas akuu. haha
aku nangis sorang sorang kat study room. pastuu, aku telefon mama akuu, nangis nangis.
*wuuuu, tak malu betol. tapi terpaksa laaa :\ 
jangan gelak !

pastuu, pastuuu nasib ada member aku tolong aku jugak sikit sikit. thanks SABILA :)
masa hari presentation, aku sangat teruk. aku asyik lupa lupa ja kat depan, 
aku nangis lagi kat kelas. bebudak kelas pulak tauuu. 
haihhh, nampak sangat keTENSIONan akuu. 
takleh kontrol takleh kontrol. jatuh la keROCKan akuu. tapi aku tak kesah, haha.

masa final, aku tak berapa semangat nak study subject tuu tapi SABILA lagi tolong aku study.
sabila ni sangat suka dengan sir alizaman sebab sir alizaman ni ajar group dia jugak.
dia cakap sir tuu baik, err. aku tak paham kat celah mana dia baik.
last, last, nasib baik aku score jugak subject tuuu.
SABILA cakap,
"tengok dayah, walaupun hg tak berapa nak pulun subject diaaa tapi hg dapat mark ok jugak. dia tak kedekut mark"

aku terus terkedu terkesima. 
tapi kejap jaaa, aku tetap nak menunjukkan ketaksukaan aku kat sir.
lama lama aku selalu jugak jumpa sir alizaman, dia selalu senyum dan tegur aku maknanya dia dah jatuh cinta kat aku eh, bukan. maksud aku, dia still ingat akuuu. bila aku pikir pikir balik, baik jugak dia ni.
so, kalau la aku berpeluang cakap kat sir, aku nak cakap,
"a million thanks to you sir cause you have taught me a lot and although I'm not your best student, you're still one of my best lecturer."

*tapi, make sure benda ni tak diketahui oleh member member aku yang lain terutama sekali bebudak ex A212 duluuuu. haha.

dan untuk sem ni, aku tension dengan subject intro to HS pulak. haihhhh :\
esok exam, tapi aku baca still tak masuk tak  masuk. kan best kalau boleh aku tolak, tenyeh semua benda ni masuk dalam kepala hotak aku, pastu boleh aku terkangkang tidur ja sampai esok, pastu jawab exam dan fuhhhhhhhhhhh, lega ! hahaha.
banyak sangat la nak bacaaaa, aku kena beli memory card lebih untuk otak akuu ni. 
aku dah la mengalami short term memory. malu dak ada kawan macam aku? HAHA.
 subject ni, madam anisah yang ajar. masa dalam kelas diaaaaa memang BEST.
sebab kalau tak dengar punn takpaaa.
nak main judo mahupun wrestling pun boleh. HAHA
bila dah buat perangai macam tuuuu, jadi la macam ni.
menangis sebab tak paham satu patah perkataan punnn. *ok, hiperbola.
pelik laa aku ni asal stress ja nak nangis. kontrol la siket.
tapi, takkan kalau stress nak kena control ayu, kena seyum, sengih sesorang macam kambing. 
kan? kan? 
 bila aku search kat google, ni pulak yg aku jumpa.
maaf, ni bukan madam anisah yang sebenar. HAHA

jadi, untuk subject ni aku MENGALAH jaaa, sebab aku dah taktau lagi nak bagii ilmu ilmu ni masuk dalam otak. otak aku ni dah penuh dengan otak-otak. ilmu ilmu ni pulak sibuk nak masuk. memang la tak muat.

puas hati kau kann intro to HS. nak sangat jadik subject yang susah.
tak larat nak stress lagi, dah la call mama tak angkat punnn. abah punn. 
member aku cakap, 
"alaa, boleh lulus punyaaa, carry mark hg dah 42. budget lulus 50, lagi 8 jaaa. rilek laaa."
sekali lagi aku terkesima sambil berfikir apa g dia cakapkann.
ada betul jugak kannn? hahahahaha. *sambil ketuk ketuk kepala sendiri dengan ekzos kereta.. bye.
tapi, takkan nak pass ja kannn? mesti nak result flying colours jugak kan?

tengok la esok apa nak jadik. 
ada sapa sapa nak bagi ceramah motivasi kat aku dak?
dipersilakan.

so, thats all.
byebye :)

p/s ; for the time being, this quote has inspired me to study a lot.
Those who do not study are only cattle dressed up in men's clothes

No comments:

Post a Comment

Bebel di kotak ini ;